Happy Three Friends

Miss Money

Friday 18 November 2016

DIY Bunga Besar-besar Sebagai Hiasan Backdrop

Salam (n_n)
Ya, aku kembali lagi setelah berkurun tak tulis blog sampai suami pun dah sound bila nak tulis blog balik? Hahahaha! Jadi, janganlah kita hampakan harapan peminat nombor satu kita, meh tulis blog balik meh :p Kali ni aku nak share kejadian malam tadi di mana aku membuat projek DIY bunga besar lagi untuk backdrop jamuan kat sekolah mak mertua aku :D

Ada 10 kuntum semuanya. 5 kuntum yang besar macam kat atas ni, lagi 5 kuntum yang sedang-sedang comel saje..


Mak mertua aku tolong gunting, so memang ikut padanan warna dia. Mula-mula tengok macam colorful sangat, sekali bila dah siap, wah okay jugak. Meriah. Lagi-lagi bila dah dihiaskan kat backdrop jamuan beliau tadi. Hihi (n_n)


Meriah habis kan! Memang kenalah dengan temanya tu haa. Haha btw, memang trend sekarang kalau orang nak jimat, dia buat je bunga besar ni banyak-banyak untuk dijadikan backdrop sesuatu majlis. Terutamanya untuk wedding. Mostly warna yang digunakan berona lembut seperti putih ataupun warna-warna pastel. Tampak sangat exclusive you'all~




Masa wedding aku pun guna jugak bunga-bunga besar ni tapi tak dan lah nak penuhkan semua background camtu, aku letak bahagian atas je haa camni. (klik)

Part hiasan pelamin memang jimat habis, kecuali part kerusi sanding lah sebab time tu ngade2 nak beli jugak yang nampak grand kan, kah3~ okay tu saje. Lama tak update blog, aku rasa macam tak reti nak buat ayat pulak. Kasi warm up dulu baru boleh update dengan jayanya :p Ok lah bye~



2 comments:

eima said...

cantik dan kreatif ...... mil cikgu ek

Unknown said...

cantiknya lynn!!! mcm mana nak lekatkan bunga tu kat tabir?