Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 16 September 2015

Takkan Aku Lepaskan SERUAN

Salam.
Tengok tajuk entri tu macam ada unsur-unsur kepahlawanan gitu kan? Hahaha..so apekah yang aku katakan itu? Seruan apakahh??


Kalau korang ingat, aku pernah update tentang siri novel 'Jangan Baca Novel Ni' (JBNN) ni dulu.

Aku beli siri JBNN ni yang dalam box set punya. Harga Rm70.

'Jangan Baca Novel Ni' adalah satu siri novel misteri yang sangat luar biasa dan komplikated yang korang tak boleh nak expect langsung tentang keadaan atau pun apa yang berlaku pada satu-satu wataknya. Terbiar misteri dan buatkan kita rasa sangat ingin tahu apa jadi pada selepas setiap bab. Kronologi JBNN ni ada 3 buku semuanya...terdiri daripada:

1. Jangan Baca Novel Ni
2. Tiada Tajuk (ya, cover memang kosong, takde tajuk)
3. Akhir

Aku dah baca ketiga-tiga buku tu. Cerita dia sangat luar biasa. Sampaikan bila dah habis baca, aku macam tak bleh move on gitu. Menderita berfikir kenapa dan mengapa...sebab banyak sangat watak yang 'datang' dalam keadaan misteri yang macam tak tercapai dek akalku. Ianya sangat aneh dan pelik! Ya, PELIK!

So, dek kerana semua itu, maka aku takkan lepaskan siri SERUAN, yang merupakan kesinambungan daripada kronologi 'Jangan Baca Novel Ni'. Aku mesti tahu kenapa watak itu begitu dan watak ini begini ! Dan inilah rupa cover untuk 3 buku dalam kronologi SERUAN:


Seruan Pertama

Seruan Kedua

Seruan Terakhir

Anda baca tak dia punya sinopsis kat belakang tu? Jarang kan jumpa penulis yang buat sinopsis macam tu. Aku tak tahu kenapa bila baca tiga2 sinopsis tu secara berturutan buat aku rasa meremang.

Satu sebab kenapa aku inspire sangat dengan penulis ni adalah, DIA SANGAT MISTERI. Orang kenal dia hanya melalui hasil penulisan dia saja. Langsung takde gambar tentang dia, even google ke laut sekalipun tetap tak jumpa. Jantina pun tak tahu dia pempuan ke lelaki, tapi aku suspek dia seorang pempuan sebab hari tu dia upload gambar laptop dia, warna PINK! Kau tengok laptop punyalah comel, sekali hasil keluar novel misteri. Hahah!

Btw, aku tahu sebab aku add friend dengan dia. Ramai lagi fans siri JBNN yang add dia di FB. Kami bual-bual, sembang macam biasa, dan dia selalu tulis pengalaman masa dia kecik dan masa dia buat novel.

TENTANG PENULIS

PENULIS BUKAN PENULIS BUKU FIXI, OK!

Dia tulis novel sendiri, dan terbitkan sendiri buku-buku penulisan dia. Dia pernah update macam mana dia ulang-alik ke kilang untuk urusan percetakan, cover buku, pastu dah siap angkat buku-buku tu cari kedai-kedai yang nak terima buku dia untuk dijual, ramai yang tak nak jual. Dia pakai kancil je angkut semua kotak buku-buku dia yang berat tu. Dia cerita juga tentang ayah dia yang selalu tolong dia, dan bawak dia ke mana saja, sebab dia memang tak boleh drive.

Sampaikan dia terpaksa buat offer untuk sesapa yang boleh jadi driver pribadi dia sebab dia memang tak boleh bawak kereta, due to her problem yang misteri, yang dia tak nak ceritakan.

Pastu, jenis dia, bila tulis novel heavy genre macam ni, suka tulis sampai sakit-sakit sampai kena jumpa doktor. Bukan doktor biasa, maybe berkenaan psikologi gitulah. That's show her passion in writing.


Sesapa yang beli box set siri JBNN akan dapat satu 'surat panjang' tu. Dalam tu dia cerita perbualan dia dengan doktor dia, doktor dia risau sebab dia macam depressed gila buat novel sampai macam dah tak tahu camne nak have fun in life. Nama doktor tu pun dia pinjam untuk jadi watak dalam siri JBNN ni. Hehe..

***************************************
So, itulah dia sedikit info tentang siri Jangan Baca Novel Ni & Seruan by Ismi Fa Ismail. Mula-mula nak review sikit je, tapi dah alang-alang, cerita je lah sikit tentang penulis memandangkan dia sangat misteri! Meh belanja sikit sinopsis Jangan Baca Novel Ni, masih ada lagi kat kedai sebab demand tinggi ;)

Sangat berbaloi dan aneh. Aku suka!

P/s: aku tak tahu nak review novel JBNN tu camna...terlalu aneh dan spoil kalau direview..hehe btw tak sabar nak beli SERUAN!

8 comments:

Raz said...

terus aku nak carik.. mcm best je..! kat popular ade kan? xpe x payah cite.. hahahaha

eima said...

penulis ni mmg psiko aku rasa .... aku mmg suka novel yang mcm ni ... klu cinta jgn harap la

Cici said...

babe baca sinopsis memang boleh buat meremang. first time I tau novel misteri macam ni. -,- and suka lah cara penulis tu 'sorok' diri dia. cuma dari segi u cerita , dia memang psiko gila. terbawa bawa sangat cerita novel tu ke realiti sebenar. i ingat watak macam tu cuma ada dalam movie je >,<

Anonymous said...

Akk kwn juga dgn penulis ni di fb.. mmg berazam jugak nak beli seruan tu..

Seri Kandi Tanah Jauhar

Anonymous said...

Baru habis baca...apa yang terjadi dengan munir???

pendeq boncyyit said...

da abis bce kesemua 6novel ni. n waiting for the last 1. haha. adicted dkt novel. n dkt watak kemboja.

pendeq boncyyit said...

adicted dgn novel ni. skrg tgh 2gu utk sambungan dia. mmg best. lg2 watak kemboja dan adib.

emerald said...

setuju! dari novel 1-7 mmg best & unik... betul ke novel "yg ke-7" tu last?? misteri la ending 'suraya@anom' tu, xkan gitu je. sambungan dia "serigala neraka" ke? hmmm....