Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 22 September 2015

Busy Book Tutorial : Rutin Bangun Pagi 1

Salam.
Malas gila nak update blog. Blogwalking apatah lagi. Penangan Bride to be kot? Banyak fikir. Hahaha~ Okay! Kali ni aku nak sambung lagi tutorial pasal busy book tu kan. Tutorial kali ni memang agak panjang sikit sebab banyak benda kena buat. So, aku suggest, sambil korang baca, eloklah sambil buat sekali, so that boleh faham dan terus siapkan busybook korang tu ya. Hehe :)

Tutorial Busy Book (Klik link di bawah untuk baca)
#2: Cara buat template 'Rutin Bangun Pagi' 1 :


Untuk busy book kanak-kanak ni, biasanya ibu-ibu di Barat sana lebihkan aktiviti2 yang menajamkan minda anak-anak, tapi aku fikir, why not kita letak sikit nilai-nilai murni dalam busy book ni kan? So, sebab itulah aku wujudkan 'Rutin Bangun Pagi' (RBP) ni dalam busy book versi saye, Lynndamya (n_n).

Dalam page ni, kena buat 3 benda iaitu,
i. Template tingkap
ii. Pengikat langsir
iii. Langsir

i. Bahan, material & cara buat Template Tingkap

i. Kain felt pelbagai warna ikut kesesuaian


ii. Kain-kain tu digunting jadi macam bentuk-bentuk yang dibuat dalam gambar tu. Template disediakan di bawah, sila download kalau nak :)

Dah siap gunting felt ikut bentuk, haa bolehlah susun macam bawah ni, ikut turutan ya. Lepas tu jahit!

Jahit muka matahari : Kalau tak yakin, boleh lakar guna pen dulu before jahit, so nanti jahit ikut garisan yang dah dibuat.
Untuk jahitan bingkat tingkap tu, aku guna jahitan bentuk X sebab bingkai tu tebal, kalau halus aku prefer guna jahit jelujur je. Hehe.

ii. Bahan, material & cara buat Pengikat Langsir

i. Riben 4cm panjang
ii. Snap Button (beli kat Daiso)

Snap button tu kalau beli, memang siap satu set camni, depan dan belakang. Dua2 boleh dijahit pada permukaan fabric. So, aku jahit snap button ni pada permukaan riben dan terus pada bingkat tingkap tadi tu, sampai jadi camni...

Make sure before jahit, kedudukan snap button tu betul ye, so that dia boleh 'snap'!

iii. Bahan, material & cara Langsir

i. Kain perca bercorak untuk jadikan langsir
ii. Batang aiskrim


Okay, kain langsir aku jadi camtu sebab aku conteng dengan fabric pen. Kat rumah takde kain perca, so hentam je lah. Haha :p Okay, dah siap camtu, barulah aktiviti 'Rutin Bangun Pagi' iaitu ikat langsir, boleh dilakukan oleh anak-anak anda (n_n)


Apa yang anak anda dapat daripada page ini, adalah:

i. Perasaan ceria dan semangat di pagi hari, so that mereka semangat bangun pagi untuk lihat matahari :)

ii. Kemahiran snapping button

iii. Kebiasaan rutin yang mungkin bakal mereka buat dalam rutin harian sebenar mereka, sebab dah 'diajar' melalui aktiviti ini. In Shaa Allah~ 

*****************************************
So, itu saja setakat ini. Next masih lagi dalam page 'Rutin Bangun Pagi', tapi untuk aktiviti kemas tilam dan bilik pula. Stay tuned!

P/s: buat kawan2 blog saya, maaf sbb dah lama tak BW blog korang. Hamba bz sedikit T_T, aku janji aku akan BW dan bagi berbakul komen okay. Time kasih :)

Friday 18 September 2015

Menang Contest NIVEA Pouty Lips

Salam.
Yeayyyy! Tengah-tengah sedih tadi, tetiba dapat email daripada NIVEA, cakap aku terpilih sebagai winners contest Pouty Lips ni. Wahhh! Alhamdulillahh, yeayy!! 


Actually contest ni dah lama gila tahu, sampai aku dah malas nak check page Nivea hari-hari untuk tengok winners list dah keluar ke belum. Sampai dah lupa dah pasal contest ni. Hahah~


Contest Nivea Flaunt Your Pouty Lips ni memerlukan peserta membeli produk lip balm Nivea kat atas tu, yg ada percuma Sticker Bibir cam tu, pastu, kena pakai Sticker Bibir tu kat bibir dan snap picture! So, alang-alang aku memang guna lip balm tu, terus je lah join. Hahah...gambar ni lah yang aku hantarnye punn :


See, bibir aku hitam sebab dah lekat sticker warna ungu bintik-bintik tu haa....punyalah blur aku sebab tak tau camne nak pakai mende alah tu, itu pun dah terkoyak-koyak masa lekat kat bibir. Adik aku lah jadi saksi betapa gigihnya aku masa pakai sticker tu, nasib baik senang nak bersihkan. Hahaha...


Hadiah aku Voucher Watson dan Product Nivea. Dah lah aku ni memang pengguna setia produk Nivea. Sungguh mengujakan lah bila dapat free je! Hahah (n_n)

P/s: first time menang memang jakun sikit :P

Busy Book Tutorial : Jahit Buku Felt

Salam.

Tutorial Busy Book (Klik link di bawah untuk baca)
#1: Cara jahit buku felt


Ya, agak lama projek busy book ni terkandas sebab kemalasan yang melimpah-ruah. Apapun, sebelum kemalasan tu bertambah, aku cadangkan sape-sape yang nak buat Busy Book ni, better siapkan dulu buku nya tu, sebab bila dah siap buku, baru kita jadi semangat nak penuhkan buku tu dengan aktiviti2 busy book! So, jom jahit buku felt. Hahaha~

Material

1. Kepingan kain felt pelbagai warna
(size terpulang ikut anda, aku buat size 12 x 6 inchi, so that hasilnya bentuk segi 4 sama)
2. Gunting, jarum, benang

Cara Jahit Buku Felt
1. Susun kepingan2 kain felt tu rata-rata, pastu sepitkan dengan sepit kertas supaya masa kita jahit tu, susunan felt tak senget-benget. Buat satu garisan pembahagi tengah pada kepingan felt yang paling atas, dan yang paling bawah (belah luar) dan boleh start menjahit. Matikan benang, dan mula jahit daripada bawah (belah luar) macam dalam gambar atas tu. Aku jahit guna 2 lembar benang.

2. Tarik benang sampai habis pastu bawak semula ke belakang (belah luar), cucuk balik kat tempat mula2 cucuk tadi. Pastu haa boleh lah menjahit macam biasa. macam jahit jelujur tu, tapi kena buat ulang-alik sikit sebab nak bagi kukuh sikit. Aku tak tau camne nak explain. Huwarghh, korang tengok je lah gambar ek, haha


Tipsnya adalah, jahit je sesuka hati ikut garisan pembahagi tu, dan pastikan jahitan anda kukuh

Tu je, hahaha...entah apa nama jahitan tu pun aku tak tahu lah...haha (tu pun ada hati nak buat tutorial ek). Pastu, untuk bahagian terakhir jahitan buat sama je macam masa mula-mula nak menjahit, then matikan jahitan.


Siap! Okay pic bawah ni hasil jahitan pada belah luar. Memang tak kemas sebab simpulan 'matikan benang' tu belah luar, tapi takpe. Kita abaikan je dulu semua tu, cantik-cantikkan cover ni kita buat masa finishing je nanti ye..


***************************************
Ni pulak hasil lepas jahit wording 'Busy Book' pada cover. 


Toddler amat tertarik dengan color yg colorful, so color sangat penting dalam pembuatan busy book kita. Jadi, itu saja. Owh ya, untuk busy book edisi Lynndamya ni, chewah~ Aku nak masukkan some rutin yang bagus untuk anak-anak seperti bangun pagi, kena selak langsir buka tingkap bagi angin masuk, pastu kemas katil dan sebagainya. So, semua tu aku akan buat dalam busy book ni.



Next Tutorial : Rutin Bangun Pagi I
Stay tuned~~~

Wednesday 16 September 2015

Takkan Aku Lepaskan SERUAN

Salam.
Tengok tajuk entri tu macam ada unsur-unsur kepahlawanan gitu kan? Hahaha..so apekah yang aku katakan itu? Seruan apakahh??


Kalau korang ingat, aku pernah update tentang siri novel 'Jangan Baca Novel Ni' (JBNN) ni dulu.

Aku beli siri JBNN ni yang dalam box set punya. Harga Rm70.

'Jangan Baca Novel Ni' adalah satu siri novel misteri yang sangat luar biasa dan komplikated yang korang tak boleh nak expect langsung tentang keadaan atau pun apa yang berlaku pada satu-satu wataknya. Terbiar misteri dan buatkan kita rasa sangat ingin tahu apa jadi pada selepas setiap bab. Kronologi JBNN ni ada 3 buku semuanya...terdiri daripada:

1. Jangan Baca Novel Ni
2. Tiada Tajuk (ya, cover memang kosong, takde tajuk)
3. Akhir

Aku dah baca ketiga-tiga buku tu. Cerita dia sangat luar biasa. Sampaikan bila dah habis baca, aku macam tak bleh move on gitu. Menderita berfikir kenapa dan mengapa...sebab banyak sangat watak yang 'datang' dalam keadaan misteri yang macam tak tercapai dek akalku. Ianya sangat aneh dan pelik! Ya, PELIK!

So, dek kerana semua itu, maka aku takkan lepaskan siri SERUAN, yang merupakan kesinambungan daripada kronologi 'Jangan Baca Novel Ni'. Aku mesti tahu kenapa watak itu begitu dan watak ini begini ! Dan inilah rupa cover untuk 3 buku dalam kronologi SERUAN:


Seruan Pertama

Seruan Kedua

Seruan Terakhir

Anda baca tak dia punya sinopsis kat belakang tu? Jarang kan jumpa penulis yang buat sinopsis macam tu. Aku tak tahu kenapa bila baca tiga2 sinopsis tu secara berturutan buat aku rasa meremang.

Satu sebab kenapa aku inspire sangat dengan penulis ni adalah, DIA SANGAT MISTERI. Orang kenal dia hanya melalui hasil penulisan dia saja. Langsung takde gambar tentang dia, even google ke laut sekalipun tetap tak jumpa. Jantina pun tak tahu dia pempuan ke lelaki, tapi aku suspek dia seorang pempuan sebab hari tu dia upload gambar laptop dia, warna PINK! Kau tengok laptop punyalah comel, sekali hasil keluar novel misteri. Hahah!

Btw, aku tahu sebab aku add friend dengan dia. Ramai lagi fans siri JBNN yang add dia di FB. Kami bual-bual, sembang macam biasa, dan dia selalu tulis pengalaman masa dia kecik dan masa dia buat novel.

TENTANG PENULIS

PENULIS BUKAN PENULIS BUKU FIXI, OK!

Dia tulis novel sendiri, dan terbitkan sendiri buku-buku penulisan dia. Dia pernah update macam mana dia ulang-alik ke kilang untuk urusan percetakan, cover buku, pastu dah siap angkat buku-buku tu cari kedai-kedai yang nak terima buku dia untuk dijual, ramai yang tak nak jual. Dia pakai kancil je angkut semua kotak buku-buku dia yang berat tu. Dia cerita juga tentang ayah dia yang selalu tolong dia, dan bawak dia ke mana saja, sebab dia memang tak boleh drive.

Sampaikan dia terpaksa buat offer untuk sesapa yang boleh jadi driver pribadi dia sebab dia memang tak boleh bawak kereta, due to her problem yang misteri, yang dia tak nak ceritakan.

Pastu, jenis dia, bila tulis novel heavy genre macam ni, suka tulis sampai sakit-sakit sampai kena jumpa doktor. Bukan doktor biasa, maybe berkenaan psikologi gitulah. That's show her passion in writing.


Sesapa yang beli box set siri JBNN akan dapat satu 'surat panjang' tu. Dalam tu dia cerita perbualan dia dengan doktor dia, doktor dia risau sebab dia macam depressed gila buat novel sampai macam dah tak tahu camne nak have fun in life. Nama doktor tu pun dia pinjam untuk jadi watak dalam siri JBNN ni. Hehe..

***************************************
So, itulah dia sedikit info tentang siri Jangan Baca Novel Ni & Seruan by Ismi Fa Ismail. Mula-mula nak review sikit je, tapi dah alang-alang, cerita je lah sikit tentang penulis memandangkan dia sangat misteri! Meh belanja sikit sinopsis Jangan Baca Novel Ni, masih ada lagi kat kedai sebab demand tinggi ;)

Sangat berbaloi dan aneh. Aku suka!

P/s: aku tak tahu nak review novel JBNN tu camna...terlalu aneh dan spoil kalau direview..hehe btw tak sabar nak beli SERUAN!

Sunday 13 September 2015

Kami Support Kedai Makan Baru !

Salam.
Percaya tak, kami sekeluarga lebih kerap makan di luar berbanding makan di rumah?


Tengah makan cendol kat lori tepi jalan. Sedap dn suasana santai je. Dekat seberang flyover Angsana Mall, lorinya depan dewan awam.


Ni pun kedai lori jugak. Bean curd / rojak tahu kat sini sedap gila! Area Angsana Mall.


Yang ni aku pernah review sepenuhnya dalam entry INI (Klik). Kedai baru area Angsana gak, main menu dia Asam Pedas. Sedap! Tapi, tak ramai orang singgah makan even lokasi dia strategik. Atas dasar kesian dan nak gembirakan pemilik kedai, maka kami makan kat situ. Tapi takde rezeki diorang jugak agaknya, skang kedai tu memang dah tutup dah.

Facecook Cafe ni area tempat aku je, kat Senai. Selau dan suka makan sini, tapi sedih jugak, sebab kedai ni pun dah tutup. Aku tak tau apesal, rasa sebab kekurangan pekerja. Hmm :(

Ni kedai makan baru dalam Angsana Mall. Dulu kedai bunga dan barang-barang perkahwinan, tapi skang dah boleh siap makan kat dalam tu. So, feeling2 makan dalam taman. Chewah! Kedai ni of course bukan orang susah punya, tapi sebab dia baru, maka kami support makan kat sini.

Dan Khamis lepas, kitorang satu family makan lagi kat satu kedai baru ni, kedai SOUTHERN TIGERS! Yeaahhh!

Kafe JDT dua tingkat tuu~~ wuuu teruja pergi situ. Hahah ni nantilah aku ceritakan.

**************************************
Rutin harian kami memang macam ni. Makan luar ni membazir sebenarnya. Tapi, kami ni berniaga pasar malam, so memang tak masak kat rumah, semua makan beli kat pasar malam je. So, bila cuti pun, malas nak masak. Pastu semua semangat nak keluar berhuha-huha even just nak pergi makan je pun. Hahah. So, kira macam quality time with family tu time makan di luar. Yelah, aku pun bagitau tarikh nak kawin masa makan kat luar, beb. Siap bawak buku bagai, punyalah nervous~~ Hahahaha!

Jadi, dah alang-alang makan kat luar tu, kitorang suka cari dan makan di kedai-kedai baru or kedai-kedai Melayu yang nampak okay tapi tak ramai orang. Kira macam jalan-jalan cari makan versi low budget gitu, sambil membantu mereka secara halus gitu haa... (n_n)

Banyak lagi cara sebenarnya untuk kita bantu orang, kami suka bantu dengan cara yang macam tu. Lain orang lain cara, macam hotel ni, dia bagi penginapan percuma buat orang-orang yang homeless! (Klik) Hukhuk terharu kan? Time kasih, hotel :')

P/s: there's millions way to show your kindness :)

Friday 11 September 2015

Hasil Affiliate Dengan ZALORA Selepas Setahun

Salam.
Syukur Alhamdulillah, sebab melalui reward ini..dapatlah aku bershopping di ZALORA secara percuma! Muaahaha..(n_n)

Aku start 'ber-Affiliate' dengan Zalora ni sejak bulan September 2014. So, skang ni dah September 2015, genap setahun dapatlah Rm697 tu. Alhamdulillah, dan surprise sangat sebab hasil yang aku dapat tu tanpa aku perlu bersungguh-sungguh sangat, aku percaya pada rezeki je. Aku ni kan pemalas nak promote habis-habisan. So, kalau ada rezeki, ada lah. Imagine kalau aku berusaha dengan lebih gigih, mungkin boleh dapat lebih lagi, insyaAllah!

Apapun, yang lawaknya adalah...aku ingatkan reward tu boleh convert to cash RM. Sekali nggak bisa lahhh...hahaha so apa jadi pada reward aku tu??

ZALORA bagi 2 option sama ada:
i. Simpan reward sebagai Store Credit di ZALORA
ii. Simpan reward dalam akaun Paypal

Aku takde PayPal, so aku pilih option pertama iaitu simpan sebagai Store Credit, yang mana kita akan dapat satu kod khas untuk kegunaan kita bershopping di ZALORA!! Part ni yang best nak story ni..hahaha seriously, untuk aku yang memang suka gila shopping di Zalora, reward ini memang best!! Tengok contoh ni ya...before masukkan Kod Khas :

Lepas masukkan Kod Khas

Siapa yang tak seronok wehhh...beg rege 400++ boleh dapat free sajeee sebab dia tolak daripada reward aku yang 600++ tu. Yeayyy! Alhamdulillah, even tak dapat cash, tapi aku happy sebab boleh shopping percuma macam ni. Hahaha, btw aku tak beli pun beg tu, saje buat contoh. Spend untuk mak kot-kot dia ada mengidam apa-apa ke kan kat Zalora nih~ hahaha

So, camtulah keuntungannya bila kita join program Affiliate.
Klik SINI untuk info Affiliate ZALORA

P/s: Jangan takut untuk jadi Affiliater tau, banyak untung dan faedahnya..hehe

Thursday 10 September 2015

Kenapa Saya Pilih Beli Emas di Public Gold?

Salam.


Okay, sambung lagi cerita tentang emas. Dalam entry yang lepas, aku ada bagitau yang aku beli emas di Public Gold. Walaupun masa aku google-google tu, ada sumber yang mengatakan Public Gold ni pernah masuk dalam Alert List pihak Bank Negara Malaysia (BNM), tapi aku still decide nak beli emas di situ. Kenapa??

1. Status Public Gold Bersih
Aku email tanya status Public Gold dgn BNM, dan BNM jawab..

Take note Perenggan Kedua
"Walau bagaimanapun, sekiranya urus niaga emas tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK)."

************************************
Untuk makluman, suatu ketika dulu Public Gold pernah masuk dalam alert list BNM, tapi setelah Public Gold keluarkan statement yang ianya adalah salah faham, dan diorang dah perbaiki mana-mana dokumen yang ada, dan BNM dah puas hati, maka sekarang status Public Gold dah bersih, dan dah dikeluarkan daripada senarai tersebut. Alert list ni macam organisasi atau syarikat yang 'diberi perhatian' lebih oleh pihak BNM. Hehehe.

So, kena faham yang Public Gold hanya syarikat yang menjalankan urus niaga emas sahaja. Kita beli, bayar, dapat emas. Kita pegang emas kita. So, takde isu kutip-kutip duit ke apa ya :)

2. Emas dijual Tanpa Harga Ahli

Banyak syarikat emas yang jual emas macam Public Gold. Banyak sangat pilihan, masing-masing menekankan kita supaya beli emas dengan dia. Sebab apa? Kemungkinan besar individu-individu ini adalah ahli bagi sesetengah syarikat, yang akan dapat komisyen kalau kita beli emas daripada mereka. Jadi...

Emas daripada syarikat emas, yang mempunyai ahli-ahli sebegini biasanya menjual emas pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa, SEBAB...ada komisyen untuk ahli-ahli mereka. So, before beli, sila lah rajin-rajin survey harga emas yang ditawarkan. Harga bagi 1g emas tak sama okay, depend pada syarikat tersebut.

Jadi, setelah aku survey setakat ini, aku dapati harga 1g emas Public Gold jauhhh lebih murah berbanding harga 1g emas di syarikat2 lain, sebab Public Gold memang takde harga-harga ahli ni. (masa aku place order kat Public Gold, memang takde suruh jadi ahli ke apa, aku cuma kena buat akaun untuk log in. Then, Public Gold cuma ada dealer semata, tapi dealer2 ni bukan dapat komisyen daripada urusan kita jual beli emas, Dealer Public Gold hanya dapat komisyen bila diorang introduce lagi 5 orang dealer, itu sahaja. So, urusan jual beli kita tu memang takde 'caj tersembunyi') :D

3. Beli senang, jual pun senang
Tak dinafikan, inilahhhh sebenarnya sebab yang kukuh kenapa aku beli emas. Aku mula daripada zero knowledge, so aku takut kena tipu. Aku takut bila jual emas, orang yang beli tu bagi aku kurang daripada yang sepatutnya. Banyak lagi yang aku belum tahu. Tapi di Public Gold, aku boleh pantau secara live harga emas sama ada untuk dibeli, atau untuk dijual kepada Public Gold! Harga-harga tersebut akan terpapar macam ni...

*Sell : harga emas kalau kita nak beli daripada Public Gold
*Buy: harga emas kalau kita nak jual kepada Public Gold

Harga ni akan diupdate setiap 20 minit daripada jam 9 pg sampai 6 ptg (ikut waktu kerja diorang). Kalau korang nak tengok sendiri live price ni, boleh klik Harga Emas Public Gold

So, di Public Gold, mereka memang akan terima emas yang kita beli daripada diorang, sebab diorang ada kilang sendiri, dan diorang yang lebur sendiri emas-emas tersebut. That's why mereka terima emas kita kalau kita jual balik pada diorang. So, tak yah nervous2 nak pegi pajak or jual kat bank/ kedai emas/ pajak gadai :D Hahaha~

4. % Spread Rendah, Untung Cepat
Okay, maksud peratus spread ni adalah susut nilai bila kita jual balik emas kita tu. Kenapa pentingnya mencari tempat jual emas semula dengan % spread yang rendah?? Aku bagi 1 situasi:

Beli di Public Gold
Kita beli emas akhir tahun ni di Public Gold, 3g Rm500, dengan peratus spreadnya rendah dan kekal iaitu sekitar 5% sahaja. Simpan emas tu selama setahun. Kita ambil contoh, kenaikan harga emas semasa selepas setahun itu adalah sebanyak 8%. Lebih tinggi kan daripada spread 5% tu? Jadi, kalau kita jual balik, kita dah dapat untung 3% sebenarnya. Tunggu setahun je dah dapat untung camtu :)

Beli di Mana-mana syarikat lain yang % spread Tinggi
Contohnya beli di bank, kedai emas dll yang peratus spread lebih tinggi iaitu sekitar 20 - 25%. Kalau beli dan simpan setahun juga, bayangkan, kenaikan harga emas semasa adalah 8%. Bila kita nak jual balik, 8% - 20%....bukankah -12%?? Itu maksudnya kerugian!

Sebab itulah penting untuk menyemak % spread yang ditawarkan before beli emas tau! :D Setakat ni, Public Gold menawarkan %spread yang paling rendah aku rasa. Yeayy!

5. Ada program beli emas 1g untuk anda yang ada bajet kecil (n_n)
Yess! Kita ni bukanlah kaya mana kan. Simpan duit pun sikit-sikit je haa. Tak cukup-cukup nak beli emas. Haaa tapi jangan risau, kat Public Gold, korang boleh beli sikit-sikit iaitu 1g emas sahaja. Pastu korang boleh disiplinkan diri lah kalau nak beli 1g emas tiap2 bulan :D, melalui program ini...

Melalui program GAP ni, korang boleh beli sikit-sikit emas 1g. Kalau tengok rege emas skang di Public Gold, hanyalah Rm164 untuk 1g. So, simpan duit sikit untuk beli sikit-sikit ni sampailah jadi banyak. Beli emas kecik-kecik ni, berguna masa korang terdesak nak pakai duit tapi dalam jumlah yang sikit macam seratus dua gitu kan. So, boleh pajakkan emas kecik2 ni :D

Untuk maklumat lanjut tentang GAP ni, boleh klik SINI . Apa-apa boleh terus tanya staff diorang lah kot, sebab aku takde pengalaman pasal tu, aku beli emas lain.

**************************************

So, itulah dia sedikit sebanyak sebab kenapa aku decide untuk beli emas di Public Gold ni. Kalau google, memang banyak yang rekemenkan. Tapi most of them adalah dealer, sebab diorang nak cari lebih ramai dealer bagi tujuan komisyen mereka. Tapi takpe, boleh je baca sebab diorang banyak bagi tips dan ilmu tentang emas dan semua tu aku dah ringkaskan dalam entry aku 'Perkongsian Ilmu Sebelum Kita Beli Emas'.

Dan kita, orang biasa dengan modal yang kecik, punnn boleh je beli emas di Public Gold. Sebab itu nama syarikatnya Public Gold; Emas Untuk Semua (n_n)

Apa lagi ek, owh Public Gold jugak ada banyak cawangan. Boleh klik SINI untuk tengok list cawangan diorang. Penting untuk tahu kat mana cawangan Public Gold ni, sebab nanti stock dah sampai, korang sendiri kena pergi amek daripada diorang. Haa gitu~

P/s: Okay itu saja, nanti next entry aku citer cara aku place order ya! Time kasih dan semoga bermanfaat ;D