Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 30 June 2015

Terjejaskah Rezeki di Bulan Ramadhan?

Salam.
Muraahhhhhh betul rezeki bos aku Ramadhan kali ni, banyakkkkk job dia dapat. Banyaaaakkkkkk jugaklah kerja aku ni haa~ Mohon penghujungnya nanti tu banyaakkkkkk jugaklah bonus rayanye ye~



Hmm..bercakap tentang rezeki, tadi abah aku kata hari ni malas lah nak berniaga. Sebab dapat sikit sangat dan tak berbaloi. Aku ketawa je, dalam hati sedih jugak. Memang bulan puasa macam ni lah, rezeki dunia agak terjejas sikit. Ramai orang lebih prefer masak sendiri mahupun pergi ke bazar Ramadhan yang lebih besar dan meriah.

Tapi bagus juga, sebab ia memberi peluang pada kita untuk lebih dekatkan diri pada Allah dan buat lebih banyak lagi ibadat.Cepat-cepat aku cakap,

"Takpe, abah boleh pergi masjid untuk terawih"

Abah aku pun iya kan cepat-cepat. Aku tahu abah memang kalau boleh dia tak nak skip solat di masjid. Even subuh pun dia solat di masjid. :')



Alhamdulillah, aku punya seorang ayah yang rajin ke masjid untuk solat jemaah. Cuma rutin terawih tu je kadang tak dapat dibuat secara jemaah sebab rutin berniaga pasar malam.

Btw, masa 2,3 hari before Ramadhan hari tu, aku pergi makan dengan family kat satu kedai makan di Bus Stand Kulai, orang kedai tu bagitau nanti sebulan kedai dia cuti. Sebab puasa. Nak terawih katanya. Allah hai, sejuk hati dengar.



Nanti, aku nak buat macam tu jugaklah kalau dah kerja sendiri. InsyaAllah :)

3 comments:

eima said...

semoga murah rezeki ....

Raz said...

xpala kan blh fokus beribadat.. Alhamdulillah

Unknown said...

tula ade hikmah jugak tu kan
bulan2 pose ni ramai yang buat amal jariah
tak lupe jugak ade yang amek kesempatan