Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 30 June 2015

Terjejaskah Rezeki di Bulan Ramadhan?

Salam.
Muraahhhhhh betul rezeki bos aku Ramadhan kali ni, banyakkkkk job dia dapat. Banyaaaakkkkkk jugaklah kerja aku ni haa~ Mohon penghujungnya nanti tu banyaakkkkkk jugaklah bonus rayanye ye~



Hmm..bercakap tentang rezeki, tadi abah aku kata hari ni malas lah nak berniaga. Sebab dapat sikit sangat dan tak berbaloi. Aku ketawa je, dalam hati sedih jugak. Memang bulan puasa macam ni lah, rezeki dunia agak terjejas sikit. Ramai orang lebih prefer masak sendiri mahupun pergi ke bazar Ramadhan yang lebih besar dan meriah.

Tapi bagus juga, sebab ia memberi peluang pada kita untuk lebih dekatkan diri pada Allah dan buat lebih banyak lagi ibadat.Cepat-cepat aku cakap,

"Takpe, abah boleh pergi masjid untuk terawih"

Abah aku pun iya kan cepat-cepat. Aku tahu abah memang kalau boleh dia tak nak skip solat di masjid. Even subuh pun dia solat di masjid. :')



Alhamdulillah, aku punya seorang ayah yang rajin ke masjid untuk solat jemaah. Cuma rutin terawih tu je kadang tak dapat dibuat secara jemaah sebab rutin berniaga pasar malam.

Btw, masa 2,3 hari before Ramadhan hari tu, aku pergi makan dengan family kat satu kedai makan di Bus Stand Kulai, orang kedai tu bagitau nanti sebulan kedai dia cuti. Sebab puasa. Nak terawih katanya. Allah hai, sejuk hati dengar.



Nanti, aku nak buat macam tu jugaklah kalau dah kerja sendiri. InsyaAllah :)

Hummy Lovey Pernah Di-offer Masuk Rancangan TV

Salam.
Hari ni last day bulan Jun 2015. Esok pula dah 1 July. Cepatnya masa berlalu, kan? Dan esok juga adalah bulan ulangtahun kedai craft aku buat kali yang ke berapa ya...lupa pulak...mula dulu tahun 2012...so skang dah dekat 3 tahun. Alhamdulillah (n_n)


Seronok rasanya bila ingat balik masa mula-mula menjahit dekat hostel dulu. Belajar jahit insang pari dengan roomate. Sangat tenang menjahit kat bilik di tingkat 4 sambil buka pintu. Jahit sambil baring pun seronok sebab angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

Produk craft aku masa mula-mula dulu hanyalah button,

Keychain yang kasihan...sebab tali dia guna benang je, hahah :D

dan hand bangle ini...

Ingat lagi masa aku first time dapat customer, kemain gembiranya aku bercerita dengan pakwe aku yang dah pun selamat menjadi tunang aku skang nih. Gigih lah dia dengar cerita, sebab masa tu setiap kali dapat customer pun aku mesti nak excited. Hahah :p

Masa tu dah nak habis degree, so bila dah habis degree, dekat setahun aku tak kerja. Memanglah sedih sebab area tempat aku susah nak cari job graphic designer, tapi takpelah sebab dalam masa yang sama, aku boleh kembangkan sikit-sikit craft aku ni. Dan lepas tu lah terhasilnya idea untuk buat bantal craft.

Ini adalah antara design terawal bantal handmade yang aku buat:




Dulu aku jual memang murah, sebab semua aku tampal je guna gam. Hahaha, dasar pemalas! Tapi okaylah kan, sebab tu murah. Skang nak murah, aku memang tak dapat bagilah, maaf sesangat. Sebab hampir 99% akan aku jahit satu-persatu demi kualiti bantal tu sendiri. So takdelah masa customer peluk-peluk bantal, tetiba tercabut huruf. Hahah..


Zaman kegemilangan aku adalah bila aku berjaya menyiapkan bantal-bantal yang aku kategorikan sebagai gila mencabar seperti ini...




Alhamdulillah, syukur sangat sebab daripada buat craft ni, banyak memberi duit sampingan kepada aku selama 3 tahun ni. Sangat-sangat membantu. Tapi bila aku cakap sebulan aku dapat Rm200++ je daripada menjahit ni, orang tak percaya. Hahah, sebab sikit sangat katanya..:p

Pernah sekali masuk majalah Ratu Sehari...hahaha sekali je tau..itupun dah happy gila! Boleh tengok sini untuk lihat gambar. Pernah juga dioffer masuk rancangan TV. Tak ingat rancangan apa dan channel apa. Dapat call, dorang cakap nak exposedkan Hummy Lovey. Diorang minta aku rekod sendiri video dalam 2 minit, edit sikit dan hantar pada diorang.

Aku fikir-fikir, deadline tinggal lagi seminggu plus laptop aku baru lepas format. Takde langsung software untuk edit video, even Movie Maker pun takde gamaknya. Dah tu, nak rekod ape entah sebab pillow readymade memang takde masa tu. Takkan nak rekod muka aku bercakap-cakap ala-ala pengacara Nona? Hahaha memang tak ah! So, aku assume itu bukan rezeki aku. Plus, malas nak buat pun ade. Kah3..(n_n)

Okay aku tak tahu, apesal tetiba mukadimah jadi panjang gila. Mungkin sebab nak mengenang semula kot? Hahaha..btw, Alhamdulillah...untuk 3 tahun ni, even aku tak promosi sangat pun, pagelike FB Hummy Lovey dah ada seribu lebih Like...terima kasih sangat-sangat.

Pada korang yang nak stalk hasil craft aku, bolehlah klik sini.


P/s: Terima kasih pada yang menyokong dengan ikhlas (n_n) Semoga anda juga dimurahkan rezeki :D Aminn~

Monday 29 June 2015

Lokasi Menarik Untuk Outdoor Wedding Photoshoot di JB

Salam!
Semalam ofiz aku ada majlis iftar dekat restoran
belakang Dataran Johor. Balik kerja jam 5 petang,
so aku dengan staf lain (4 orang) terus gerak.
Sampai sana 5.30, hahaha awal gila, nak buka apa pukul 5.30??
So, masing-masing decide, okaylah..
lepak kat Taman Merdeka, JB (taman rekreasi)
For seriously, memang aku tak pernah lah berekreasi di situ.
Tak sangka pulak dalam tu ada satu bangunan yang rasa macam
cantik untuk dibuat photoshoot wedding kat situ :D

Struktur bangunan tu dua tingkat je dan panjang melengkung.
Kat sini je aku rasa boleh beratus gambar di-shoot sebab
dinding dia ada pelbagai permukaan.
Ada yang guna batu-bata, rustic mozek, batu-batu kecik
dan yang plain putih. 
Bahagian tangga nak naik pun dah berliku-liku dan
banyak sudut. Memang style nak ambil gambar! :D
*apa yang aku nak tunjuk adalah sudut-sudut menarik pada bangunan ni. Mohon abaikan model yang terselit di mana-mana. Hahah


Pandangan daripada atas tangga

Kemudian, ada salah satu bilik tu boleh dimasuk.
Tengok kat dalam ada cermin besar gila 2 bijik.
Apalagi, posing lah kejap dalam tu.
Tengok gaya dalam tu nampak macam Art Studio sebab
bersepah bekas-bekas warna, cat dan spray.


Lorong bangunan tingkat 2 dan atas jambatan pun cantik



Itulah dia sedikit sebanyak tentang lokasi best untuk
dibuat outdoor wedding photoshoot (n_n) Selamat datang ke
Taman Merdeka, JB~


P/s: tak sangka semalam kitorang buka puasa sama tempat dengan pemain team JDT!! Nanti aku update..hihi :D


Sunday 28 June 2015

Itukan Memang Etika Pakaian Yang Perlu Diikut

Salam.
Eh annoying pulak dengan kes-kes yang melibatkan isu pakaian dilarang masuk dalam bangunan kerajaan kat Malaysia ni.

Kecoh hari tu nyonya masuk bangunan pakai kain sarung sebab pakai seluar / skirt pendek. Lepas tu ada lagi kes yang serupa macam tu pun sama jugak. Dan yang terbaru, kes skirt pendek dilarang masuk dalam bangunan JUPEM.

You know what, pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam bangunan tu tak salah pun. Diorang hanya menjalankan tugas! Certain bangunan tertentu memang akan ada rules dan etika pakaian dia. Daripada dulu lagi memang dah wujud etika tersebut. Yang mendakwa dia tak dibenarkan masuk tu pulak tak reti-reti ke tentang etika dan kod pemakaian yang perlu dipatuhi?

Dan kepada media, tak perlu nak buat tajuk kebaboom sangat bagi 'line panas' seolah-olah pihak bangunan tu yang salah. Dah orang yang nak masuk tu melanggar peraturan, kenalah dilarang masuk.

Kan?

P/s: huru-hara lah dunia ni semenjak ada teknologi muka buku. Semua benda pun nak diviralkan, konon atas dasar kebaikan. Puii!


Melepas Nak Rasa Rendang Set Uncle Jack

Salam.
Semalam dah plan nak buka puasa kat Uncle Jack, Giant Mall. Niat di hati nak try menu buka puasa diorang iaitu, Rendang Set ni haa~ Nampak sedap!


Tapi sebab dah lambat sangat sampai, Rendang Set dah habisss...T_T wuwuwu sungguh kecewa. Terus je lah order set lain sebab masa tu dah jam 7.00 malam. Lagi 15 minit nak buka, so dah tak sempat nak pergi kedai makan lain.

So, inilah menu berbuka aku semalam...Uncle Jack Set A dengan seketul ayam goreng sedap! Rm4.29 per set...:D


Air boleh tukar air lain, ada 2 menu baru untuk air iaitu Fresh Mango / Fresh Orange. Ingatkan kalau tukar air tu kena bayar lebih sikit, rupanya tak payah! Terus aku amek Fresh Orange. Sedappnyaaaa!!! Lengkong pulak memang free untuk bulan Ramadhan kot? Ada dua perisa; Ribena dan Strawberry. Sejuk tapi pekat sikitlah lengkongnya. Hehe~

Apapun, hajat di hati nak merasa Set Rendang dia tak tercapai sebab lambat sangat pergi. Next time maybe! :D


Thursday 25 June 2015

Ingatkan budak ni nangis sebab apa, rupanyaaa....

Salam.
Hahahaha...gelak dulu before taip cerita. Ingat lagi tak budak Nia yang merangkap anak jiran niaga aku ni? Haha..semalam beliau telah melakukan aksi comel yang tak boleh blah.. (-..-')


Seperti dalam entry INI, budak Nia ni memang suka gila dengan kucing. Pantang nampak kucing, dipeluknya kucing tu. Kalau kucing tu pergi daripada dia, mesti dia pergi ikut kucing tu, bila dah dapat, peluk lagi sambil bercakap-cakap dengan kucing tu.



Then semalam, masa niaga..kebetulan ada pulak meow oren comel datang bertandang kat gerai dia yang sebelah gerai aku. Bukan sekor, tapi dua ekor! (sorry, xde gambar meow sebab tengah bz) Terus tak keruan si budak ni, siap duk mencangkung nak tarik kepala salah sekor meow tu sebab nak 'sayang' meow tu. Meow tu manja pulak dengan dia. Aku pun tengok-tengok dia sekejap je sebab ramai orang kat gerai, tiba-tiba je dengar suara dia nangis.

Aku tengok-tengok, si budak Nia ni dah terbaring atas jalan (kat celah gerai aku dengan mak dia) Terbaring sambil cakap-cakap ape ntah. Pastu ayah dia dukung dudukkan kat kerusi. Dia duk meraung-raung sambil cakap dalam bahasa dia. Jerit-jerit. Aku ingat kenapa lah haii...kot kucing tu cakar dia ke? Or kena marah dengan mak dia sebab main kucing ke? Rupa-rupanya...

Bersungguhlahh dia nangis sebab merajuk kucing tu tak nak layan dia dah~~ Hahaha! Kucing tu pun boring agaknya asyik kena peluk je, so dia blah lah tapi tak jauh pun, kat situ jugak. Duduk je bawah meja gerai. Yang si Nia pun terduduk lemah je kat kerusi, nangis lama gila sambil tengok je kucing tu. Sedih sangat ngko ni, Nia...Haha!

Ni mak dia pujuk dengan bagi kentang cawan kat dia..makan sambil nangis-nangis, tapi bila aku datang dekat nak snap pic dia, boleh dia tetiba terus diam dan 'kaku' kejap sebab nak amek gambar..Hadoi~ Nia~nia... :p


Kau tengok gengster tau budak ni, duk kat kerusi kaki siap naik atas haa...comel je dia terselit kat celah gerai kitorang. Dengan kerusi pink kecik dan sebijik rambut di kepala dia tu..hahah!


Kpop style lah gamaknya ni~ Hahaha...Nia~nia...dah besar dah kau..muahciked~~ Hahaha!


Menang Duit Raya Rm300 Setiap Hari

Salam.
Yaaa kalau ada masa lapang tu, boleh lah join contest ajuran Safi ni haa. Untung-untung boleh menang Rm300 tau. Hanya perlu lengkapkan teka silang kata yang disediakan, lengkapkan soalan dan submit penyertaan. Kot rezeki anda di sini kan (n_n)

Untuk join, sila klik SINI
Peraduan mula 1 Jun 2015 sehingga 61 hari selepasnya.

P/s: all the best kepada yang join :D

How Fashion Designer Get Their Inspiration

Salam.
Jom, kita tengok proses 'luar biasa' para pereka fesyen professional dalam mendapatkan idea dan inspirasi untuk hasilkan koleksi pakaian mereka.







Sangat best! Rasa menyesal pulak dulu aku tak amek course fesyen, konon masa tu rasa menjahit ni leceh. Malas. Kalau tak, mesti aku dah boleh bukak butik sendiri sekarang ni. Huhu takpelah, dah dapat bukak kedai bantal pun dah Alhamdulillah dah..hehe :D

P/s: sebab tu lah koleksi baju designer mahal ;)

Tuesday 23 June 2015

Bestnya Buka Puasa Tepi Pantai Lido

Salam.
Bulan Ramadhan ni, boring juga kalau asyik berbuka kat rumah je kan? Sebab tu lah, semalam...kitorang satu family berbuka puasa dekat tepi pantai Lido (n_n) Yahoooo!!


Daripada Ramadhan tahun lepas weh kitorang plan nak buka puasa kat sini, tapi tak dapat sebab weekend memang penuh memanjang, semua rakyat jelata Johor datang nak berbuka kat tepi Lido ni. Hahaha~ nasib semalam hari Isnin kan, tu yang dapat cop tempat tu. Hehehe :D


Hahaha~ muka aku tu terserlah kegembiraan yang tak terkawal sebab berjaya cop tempat untuk berbuka! Aku memang suka buka santai-santai macam ni. Ala-ala berkelah. So sweet~ Hahah. Sampai tepi Lido dah pukul 7 malam. So, teruslah hidang-hidang makanan dengan air semua. Semua juadah beli kat bazar Ramadhan Angsana. Tahun ni rasanya bazar Angsana lagi best daripada tahun lepas. Sebab dia bukak keliling car park, so besauuu dan meriah (n_n)



Nampak tu penangan pergi bazar Angsana~~ semua benda pun kitorang nak beli. Paling best ada Pepes Ayam!! Nyum~nyum~~ Haa..apapun, memang best berbuka santai-santai macam ni dengan family. Selamat mencuba. Yang mana negeri takde pantai, buka ramai-ramai kat dataran pun best kan! (n_n) Kitorang tak standby sudu garfu bagai, so kena beli air mineral untuk cuci tangan.

Sekian tu saje (n_n) Time kasih sudi singgah! :D

P/s: Eh, korang tau tak pepes ayam tu ape?


Wednesday 17 June 2015

Kempunan Baju Ni.....

Salam.
Cuak gila search kat Zalora tadi cari baju ni, tapi tak jumpa!!!


Pelik sebab tak muncul langsung baju ni, then bila type secara details maklumat tentang baju ni, laaa haaiiii....


Dah closed rupa-rupanya. And patutlah aku tak beli hari tu, pre-order items T_T wuwuwuw...sedeyyy! Apapun, koleksi baju design Nurita Harith ni memang menarik minat aku, sebab ia bagaikan corak watercolor yang abstract!! Nyum~nyum~



Apapun, ia sudah ditutup. Jadi, jangan bersedih ye Lynn. Hahaha~ 

P/s: Selamat berpuasa semua (n_n)


Tuesday 16 June 2015

Contest Untuk Si Kaki Travel !!


Salam!
Korang suka pergi melancong?? Kalau ya, memang peraduan ni untuk korang. Let's have a look! ;)


Hadiah??
Dianjurkan oleh Tigerair, anda berpeluang memenangi grand prize yang berupa penerbangan percuma selama setahun ke mana-mana saja destinasi yang anda idam-idamkannnn!! Diulangi, PENERBANGAN SECARA PERCUMA SELAMA SETAHUN okayyyyyy~ Means tiap-tiap bulan u'ollz boleh melancong tau! Siapa tak nak, memang rugi!! Err...kecuali buat mereka yang takut nak naik kapal terbang..hihihi

Cara Penyertaan??
Senang gila!! Cuma ceritakan secara ringkas, korang pernah pergi mana, then apa yang menyebabkan korang nak pergi balik ke situ. Contoh, korang pernah pergi London, tapi masa tu bukan musim salji. Jadi, korang rasa naakkkk sangat pergi lagi untuk menikmati musim salji di London. Haaa kena camtu ye..bukan cerita tentang tempat yang korang belum pernah pergi. Sebab tu tagline diorang 'Who says you can't go back?' tu...Hehe~

Setiap sorang boleh hantar satu entry je. Nanti, entry cerita yang korang dah submit tu akan terpapar di ruangan Tigerinsider Strories camni:

Open for All
Haa lagi satu, even dalam T&C dia tulis terbuka kepada Singaporean, tetapi mereka ada menyatakan juga satu dunia boleh join! So, takde masalah untuk orang Malaysia kalau nak join.

Jadi, kalau nak join, silalah klik SINI yaaa!! Semoga menang!! :D

P/s: Tempoh peraduan korang boleh baca kat situ jugak ya. Hehe