Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 7 May 2015

Cara Isi Benang Sekoci Pada Mesin Jahit (Tutorial Bergambar)


Salam.

Sebab aku ni memang tak pernah pergi mana-mana kelas menjahit mahupun study pasal menjahit guna mesin, maka bila benang pada sekoci aku habis, aku gigih nak cari sekoci beli kat kedai. Padahal boleh 'isi' semula benang pada sekoci guna mesin jahit tu. Jahil betul aku nih (u_u)

So, pada yang zero dan beginner tahap kesian macam aku ni, meh lah aku share camne cara-cara nak 'isi' benang pada sekoci ye~

Aku punya mesin ni, mesin jahit Global GSM-505. Biasanya 'tiang' untuk letak sekoci ni sebelah 'tiang' yang kita letak benang jahit tu hah. 


So, mula-mula kita ambil hujung benang jahit tu, dan gulungkan sikit pada sekoci macam gambar bawah ni...


Agak-agak dah kukuh belitan benang tu pada sekoci, letak sekoci kat 'tiang sekoci' dalam gambar yang aku dah bulatkan tu.

TAPI, pastikan 'tiang sekoci' tu digerakkan supaya ke kiri dulu ya. Ikut anak panah aku tunjuk tu. Hehe, kalau dalam keadaan asal 'tiang sekoci' tu duk kat belah kanan :)

Lepas tu, letak benang jahit tu cam biasa kat 'tiang' dia tu. 

Okay, dah dapat camtu, bolehlah tekan pedal menjahit tu haa, so nanti benang jahit tu akan di-transfer-kan secara automatik lalu memenuhi sekoci kita tu. Yeayyy!


Okay, dah siap dan dah boleh menjahit semula \(n_n)/ Terima kasih sudi bace. Hahahaha..

P/s: baru aku tahu benang sekoci tu boleh isi sendiri, ingatkan kalau benang sekoci habis, kena pegi beli :p Hahah terima kasih mak ajarkan saye :p


4 comments:

eima said...

nanti boleh rujuk entry ni...aku mmg tau nk nk isi benang sekoci tp tak reti je hahahah ....sbb dulu2 penah juga try buat kat mesin jahit mak aku tu ...

nur anis said...

mesin jahit jenis ni okay tak? boleh tak jahit langsir ke apa ke yang material berat sikit,

Unknown said...

sama model yang saya belikan.. tapi tak tahu macam mana nak isi skoci.. sekarang dah tahu.. thank you info awak ya... :)

ikin said...

As salam...sy gune mesin jahit nie..tp xbleh pulak nk tambahkan pd skoci tew..tekan pedal...tempat jahitan yg gerak...tlg saya