Happy Three Friends

Miss Money

Monday 6 April 2015

Bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim Meninggal Dunia (Gambar)


Salam.
Sebenarnya ada suatu lagi pemergian yang terselindung di sebalik berita sedih mengenai nahas helikopter meletup dan terhempas di Semenyih, iaitu berita pemergian ayahanda kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ayahanda beliau; Dato' Ibrahim Abd Rahman disahkan kembali ke Rahmatullah pada jam 1.45 pagi semalam (Ahad) dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg. Ramal selepas Zuhur semalam.

Dan terima kasih kepada pihak yang berkuasa di Penjara Sg. Buloh kerana memberi keizinan buat DSAI untuk menatap wajah ayahandanya buat kali yang terakhir. Masih ingatkah anda saat DSAI dibawa daripada penjara saat-saat bondanya meninggal dunia suatu ketika dulu? Suasana yang sama dirasakan di ketika ini (semalam), saat beliau kini pulang sebentar untuk menatap wajah ayahandanya pula buat kali yang terakhir.






Antara yang hadir ialah Tun Dr. Siti Hasmah...















Takziah buat DSAI sekeluarga. Semoga roh ayahandanya dicucuri Rahmat, aminn...



Bersabarlah, Dsai dan keluarga sekalian....
Al-fatihah...

P/s: Agak kecewa bila berita pemergian ayahanda DSAI ini tidak disenaraikan dalam senarai 'kehilangan' yang dibacakan oleh host ABPBH semalam untuk disedekahkan Al-Fatihah. Mengapa? Nak kata diorang tak tahu, sangat mustahil sebab Tun M dan isterinya siap ziarah keluarga DSAI, takkan tak dapat berita? Dalam Buletin Utama pun dah disiarkan kat bawah yang tulisan gerak-gerak kanan ke kiri tu, tapi kenapa tak masukkan dalam senarai 'kehilangan'? Dan aku rasa aku tahu jawapannya kenapa ;)

No comments: