Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 12 February 2015

Suatu Kehilangan... (Nik Aziz & Hasbullah Awang)


Salam.
Aku turun bawah tadi, sebab nak maklumkan kat mak aku, yang Hasbullah Awang dah meninggal siang tadi. Mak aku pun terkejut, dan lepas tu dia cakap kat aku...

"Nik Aziz pun dah meninggal tadi..."

Aku macam hah??? Nik Aziz??? Bila??? Serius, macam kena lempang masa dengar mak aku cakap macam tu. Before ni memang maklum yang beliau sakit, so terus cepat-cepat aku bukak FB, ramai yang dah sebarkan. Aku terlewat beberapa jam. Kalau mak aku tak bagitau tadi, memang aku tak tahu.


Sambil scroll FB, sambil aku tahan menangis. Lama-lama, terus aku menangis teresak-esak. Terasa betul kehilangannya. Memang sebak campur sayu campur terasa kosong. Selama ini aku betul-betul sanjung, hormat dan sayang pada Tuk Guru. Beliau adalah role model yang sangat-sangat merendah diri dan menjadi suatu inspirasi kepada umat-umat Islam yang lemah ini untuk terus mempertahankan Islam. Sedih sangat bila beliau dah takde :'(

Suasana di hadapan kediaman TGNA


Keramaian ini mengingatkan aku pada kematian beberapa orang ulama' di dunia ini, dan juga pada Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam, yang mana semua orang berebut-rebut untuk menolong mengangkat jasad arwah walaupun hanya dengan menyentuhnya dengan hujung jari, kerana insyaAllah besar ganjarannya daripada Allah kerana arwah-arwah ini merupakan hamba-hambanya yang tawadhuk. 

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”
- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)




P/s : Ramainya ulama' yang telah dijemput Illahi, yang meninggalkan sisa-baki manusia yang lemah dan penuh dosa iaitu kita. Entah berapa banyak ulama' kah yang masih tinggal kini... :'(


1 comment:

eima said...

sedih sangat dengan kehilangan Tuan Guru ...
salam takziah kpd semua ahli keluarga arwah ...