Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 4 February 2015

GARDEN BY THE BAY, SINGAPORE | Konsep Hutan Buatan Yang Sangat Menakjubkan


Salam.
Gila lah aku tak tahu 'hutan Avatar' yang dalam filem Avatar tu wujud pulak kat Singapore ni. Tengok ni cantik tak?


Macam 'hutan Avatar' kan? :D Siap dengan lampu-lampu bagai~ Cantik betul! Entah bila lah diorang buat hutan tu pun aku tak tahu, alih-alih dah siap. Gerek seyhh!! Owh ya, aku share sikit penerangan tentang taman ini ya...

Ada Apa Dengan Garden By The Bay??

1. Garden By The Bay dibina atas dasar keprihatinan Singapore terhadap RTH (Ruang Terbuka Hijau), yang berfungsi bukan saja untuk mencantikkan dan mengindahkan bandaraya, tetapi juga membantu menyuburkan tanah dan membantu tanah menyerap air dengan baik untuk tanaman. Singapore memang dah lama bercita-cita nak membuat suatu 'negara dalam taman' dan ini merupakan antara kejayaan besar bagi Singapore.

2. Taman Garden By The Bay ini dibina dengan konsep yang cukup luar biasa dan bijak, akan diterangkan satu-persatu seperti di bawah :-

i. Kubah Kaca
Nampak kan dua binaan daripada kaca yang berbentuk seperti kubah mendatar tu? Di dalam kubah itulah terletaknya taman-taman dan hutan buatan Singapore yang terdiri daripada pelbagai jenis tanaman dan tumbuhan semulajadi daripada seluruh dunia. Ia merupakan kawasan yang bertutup (indoor) bagi mengekalkan suhu dan iklim yang sesuai untuk tanaman dan tumbuhan tersebut. Namun, cuaca di Singapore kan lebih kurang macam di Malaysia, tak menentu. Jadi, di saat cuaca sangat panas terik...

13424288991389511588
Akan ada sesuatu yang bentuk macam layang-layang tu ala-ala 'selimut' akan bergerak menutupi kaca tersebut bagi melindungi 'taman dan hutan' di dalamnya. 

2. Pokok 'Supertree'
Supertree yang tingginya mencecah hampir 16 tingkat ini sememangnya bukan pokok buatan yang biasa kerana ia 'dicipta' dengan tinggi sebegitu kerana fungsinya adalah untuk mengumpul air hujan, menghasilkan tenaga sistem solar melalui matahari demi kegunaan dalam taman tersebut. Malahan dindingnya juga dibuat khas agar sistem pengudaraan dan baja (yang diletak dalam strukur superfree) itu 'sampai' kepada pokok-pokok yang terdapat di sekitar kawasan tersebut!


Jadi itulah dia sedikit sebanyak tentang taman dan hutan buatan dalam Garden By The Bay, Singapore ini. Ia sangatlah segar jika kita pergi waktu siang, dan teramatlah cantik serta menakjubkan kalau pergi pada waktu malam. So, aku tunjuk gambar waktu siang dulu ya..



Macam aku bagitau tadi, ada dua kubah kaca yang dalam dia ada taman dan hutan buatan tu kan? Haa menurut sumber yang aku baca, dalam tu kalau nak masuk, kena bayar tiket. Satu kubah kaca tu dinamakan Flower Dome iaitu bahagian bunga-bunga yang ditanam ala-ala konsep garden, macam ni haa :-

Semua tu bunga betul ye anak-anak...rasa macam nak cabut je semua kan sebab cantik sangat..hihi



Haa..nilah yang aku cakap tentang 'selimut' tadi tu. Bila cuaca panas, automatik benda ni akan terbukak untuk melindungi kubah kaca tersebut untuk kekalkan suhu kat dalam kubah tu.

Okay sekarang kita pergi ke kubah kedua yang aku kata tanaman dia ditanam secara 'lebih liar' ala-ala dalam hutan gitu kan. Nama kubah ni adalah Cloud Forest, yang merujuk kepada struktur air terjun ini:

Yang dalam gambar ni adalah bahagian depan 'busut tinggi' tu, pengunjung akan naik masuk dalam 'busut' tu daripada dalam (ada lift maybe), lepas tu kalau turun boleh lalu luar guna jambatan yang bentuk dia berlingkar-lingkar keluar tu haa..lepas tu, kalau kita lalu bawah dan pusing ke belakang 'busut' tu, akan ada air terjun buatan kat situ...

Kat bahagian jambatan-jambatan yang terkeluar tu, pengunjung boleh keluar kat situ untuk menikmati pemandangan air terjun buatan yang sangat cantik tu. Ni pemandangan daripada atas :





Hohoho, tengok bawah dia tu macam tinggi gila haa~~



Ini pulak bahagian lower ground dekat air terjun tu, rasa sangat sejuk dan nyaman je tengok~ Haa oleh kerana Cloud Forest ni berkonsepkan 'hutan', so bila waktu malam, akan ada kabus-kabus dalam tu...


Memang semulajadi!! best gila (n_n)




HARGA TIKET MASUK KE GARDEN BY THE BAY

- Taman Terbuka Supertree : Percuma
- Tiket untuk Satu Dome (Kubah) :-
  i. Dewasa : SGD28 = RM 75.40
  ii. Kanak-kanak : SGD15 = RM 40.39

WAKTU OPERASI GARDEN BY THE BAY

- Kubah / Dome : 9 am - 9 pm

Info harga tiket dan waktu operasi diambil dari sumber ini. Maaf andai ada yang silap ya.

Apapun, kalau anda seorang yang gemar main game ataupun on9 guna phone dinasihatkan tak payah lah membazir pergi sini, sebab tempat ini lebih sesuai untuk orang-orang yang suka berjalan atau bersiar-siar sambil menikmati apa yang ada di sekeliling mereka, atau lebih tepat lagi kepada yang cintakan alam semulajadi. Seriously bukan untuk orang yang gemar layan handphone mereka, ;) Hahaha~ semoga bermanfaat!

P/s : Gila sampai 3 jam aku take time untuk tulis entry ni (-_-')


3 comments:

Unknown said...

ye la..untuk jalan2 saja nih..kita kat malaysia baik la masuk hutan betul je..depa tak da hutan padan la depa nak pi tempat macam ni..

Suria Amanda said...

Woww....cantik la..bila la bleh sampai sini kan....

suwara entertainment said...

Subhanallah..cantiknya!!
konsep supertree tu rasanya pernah digunapakai kat one utama dulu, masa hubby kita ade show kt sana..
design lbh kurang gak la..