Happy Three Friends

Miss Money

Friday 12 December 2014

Mengembara ke Tanjung Piai, Johor


Salam \(n_n)/
Ya! Sekian lama aku tidak mengembara~ hahaha...korang pernah pergi Tanjung Piai tak? Masuk kali ni, dah 3x aku pergi sini :D


Bagi yang tak tahu, Tg. Piai ni lah tanah yang paling hujung selatan bagi benua Asia tau. Lihat peta ni :


Sebab tu daripada Tg. Piai boleh nampak banyak gila kapal-kapal besar sebab laut tu memang laluan utama bagi kapal-kapal tu semua. Dan Tg. Piai ni adalah kawasan pokok bakau ye anak-anak. Haa okay, jom ikut aku mengembara dalam ni :D

Entrance dia agak usang sikit, maklumlah hutan bakau~

Lepas je entrance, kita akan berjalan dalam hutan pokok bakau melalui titian kayu, untuk menuju ke tanah yang betul-betul penghujung selatan benua Asia tu...


Tengah-tengah jalan, abah aku ternampak pulak satu menara tinjau ni, terus dia nak naik, tapi daripada atas tak dapat nampak laut pun sebab banyak pokok je..haha~ gigih~

View daripada tangga menara tinjau..abah aku memang posing dia entah pape sikit (-..-')

Okay jalan lagi..jalan..jalan...

Haa..memang~ sebab ada banyak encik monyet kat situ..hahah

Btw, ini laluan baru sebenarnya, lalu sini ngeriiiiiiii T_T, sebab belah sana tu memang dah kira laut besarrrrr punya tau! Confirmlah dalam kan, lalu atas titi kayu pulak..owh my~ Bunyi ombak dia yang nyaman tu pun rasa macam pelik dan sunyi dan ngeri. Hahaha..

Haa ni view daripada titi yang kita tengah lalu sekarang ni (chewah)..kayu tu dicacak2 camtu maybe supaya kalau ada orang terjatuh, xdelah sampai ke tengah...kot? entah~ haha saje buat suspen..ngahaha

Okay, jalan lagi, kita nak pergi ke tempat bawah ni:
Itulah tanah yang paling hujung bagi benua Asia ye anak-anak, lepak sane memang best!! Jom! :D

Makcik baju merah ni tak sabar-sabar nak duduk kat dataran hujung benua tu haa~ laju je jalan..hahah

Haa lepas tu kan, laluan ni pun ngeriiiii T_T kalau air pasang, memang tenggelamm...patutlah waktu malam dia tutup..haha

and finally...kita dah sampai!! Yahooo!!



Duduk sini memang sangat-sangat best, kerusi yang disediakan memang membuatkan kita tersandar habis dan rasa nak tertidur, angin kat situ best woo! Huhu (n_n)


Haaa...dengan ini, korang pun dah 'dapat' pergi mengembara ke Tg. Piai, cuma kaki je belum jejak ke tanah paling selatan bagi benua Asia..hehehe..okay dah, jom balik! (n_n)

BYE! BYE!! :D




5 comments:

reenapple said...

KAU BUAT AKU NAK PEER gi situ juga... hehehe

Perempuan Patah Hati said...

Aku seumur hdp dok jb pon tak penah g lg. mih mih mih

Etuza said...

pertama kali jumpa blog ini nak follow dahulu lah ya dek..follow me back

eima said...

ekceli byk klai dh plan nk ikut family pi sini ... mak mentua ai dah byk kali pi tp kali slalu tak leh nk ikut sbb ade hal lain .... hahaha

nanti nk pi jg ... MIL ckp sini besh kat chalet atas laut die .. hahaha mlm2 cam creapy sbb buanyi ombak bwh chalet ...


dik ..... yg kayu bakau die cucuk tgh laut tu sebagai penahan ombak le .... fungsi sama cam org tanam pokok buluh kat tanah lapang ....pemecah ribut.

Anonymous said...

bestnye dulu masa dok johor ada ajak asben g sini..sampai ke sudah xpegi2 hehe..