Happy Three Friends

Miss Money

Friday 5 December 2014

Adoi! Terkena aku dengan budak kecik...


Semalam, aku tengah niaga kat pasar malam. Tiba-tiba ada sorang kakak ni, ada hubungan sedara-sedara jugak lah kitorang ni, so berbual-bual kejap. Dia baru bersalin bulan lepas, so dia datang semalam bawa 3 orang anak termasuk baby baru tu. Aku bual-bual dengan anak dia yang kedua, perempuan.

Aku: Best tak dapat adik?

Dia: Best!! (semangat jawab sambil sengih-sengih)

Aku: Akak nak pinjam adik boleh tak? (dengan niat menyakat)

Dia: (Geleng kepala...) Tak boleh lah, kita tak bagi...

Aku: Alaa...boleh lah, pinjam adik...

Dia: (Geleng lagi...)...Nak buat lah sendiri~

Terus aku tersembur air yang aku tengah minum time tu, hahaha..Siot betul budak kecik ni. Aku yang terkena! (-..-')

p/s : yelah dik, nanti akak buat sendiri...hahaha


4 comments:

Unknown said...

adehhhh..kecik2 lg dh pndai hihihi

Unknown said...

ambik.. kan dah terkena.. hahahaha!

reenapple said...

Gelak sakan aku baca jawapan adik tu.

nini said...

Hahahaha....nak buat sendirilahhh...