Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 31 December 2014

Kuning yang Menghangatkan...

Salam.
Sejak akhir-akhir ni, aku macam tersedar yang aku mula sukakan warna kuning dan warna kuning jingga. Aku seperti 'mula melihat' baju-baju dan aksesori yang berwarna kuning. Padahal dulu, aku tak suka langsung benda yang berwarna kuning.

Pada aku, warna kuning sangat terang...dan menyakitkan mata...


Warna kuning juga turut dikaitkan dengan personaliti seseorang. Sesiapa yang gemarkan warna kuning dikatakan lebih ceria dan gembira. 


Heh, padanlah dulu aku tak suka warna kuning. Aku bukan orang yang macam tu.


Tapi sekarang, tak lagi. Hidup aku hari-hari dah rasa ceria dan happening. Dan mungkin sebab tu lah, aku dah boleh 'melihat' pada benda-benda dan baju-baju yang berwarna kuning. Siap rasa teringin nak pakai baju warna kuning pulak. Hehe :p


Bila lihat gambar atas ni, aku rasa ia macam aku. Macam aku yang dulunya suram, hingga suatu hari si dia datang, untuk menjadi seperti matahari. Datang untuk menceriakan hari-hari aku. Membakar semangat! Hangat tetapi nyaman... :)


"Jom, kita duduk kat bangku tu, dan tengok matahari terbenam"

:)

p/s: adoi, aku nak buat entry pasal sunset scenery yang cantik, sekali jadi entry jiwang lah pulak~ Hahah ;D

Kat Sini Ada Pelamin Pallet Kayu

Salam!
Tak dinafikan, trend pelamin pallet kayu kini memang sedang hangat dan menjadi pilihan bakal-bakal pengantin kerana dekorasi dan stylenya yang unik dan sweet. Tapi, ramai juga yang rasa tak tahu kat mana nak tempah pelamin pallet kayu macam ni kan?

Jadi, dalam entry ni, aku akan kongsikan seberapa banyak pautan (link) yang menawarkan servis tempahan untuk pelamin pallet kayu ini demi memudahkan anda membuat pilihan, sekaligus menjadikan impian anda tu menjadi kenyataan.

Lokasi: Seri Kembangan, Selangor
Blog: Sophiesna

Lokasi: Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar
Hubungi: 011-1443 2187
Email: kotakkayudeco@gmail.com

Lokasi: Meru, Klang
Hubungi: 03-3392 0487
Email: supercunwedding@gmail.com


Lokasi: Kuala Lumpur

Lokasi: Batu Pahat, Johor
Email: dedaunbridal@gmail.com
IG: @dedaunbridal

Lokasi: Ampang, Kuala Lumpur
Hubungi: 012-614 7554

Lokasi: Kuala Lumpur
Hubungi: 018-282 7017

8. Kazim Mahasan
Hubungi: 012-950 1515

*************************************
Okay itu saje, semoga entry ini dapat membantu anda yang berminat untuk buat pilihan ya. Terima kasih sudi singgah sini (n_n)


Tuesday 30 December 2014

Cek Nuffnang aku bermasalah?

Salam.
Patutlah cek Nuffnang yang aku cashout bulan November tu tak dapat-dapat lagi, rupa-rupanya kena reject.


Korang punya cek pernah kena reject tak? Pasal apa ye?

p/s: baru ingat nak guna duit ni buat beli novel. Kena reject lah pulak..haha

Misteri 'Jangan Baca Novel Ni'

Salam. Last weekend aku berfoya-foya di CS, JB. Masuk MPH konon nak tengok FIXI, sekali aku terpandang benda alah ini! Apalagi, terus ambil dan belek.


Tajuk kotak dia, 'Jangan Baca Novel Ni'. Menarik kan? Aku suspek ada 3 bijik novel dalam ni. Novel apa ni? Tak pernah dengar pun before ni? Bukan label FIXI. Dan tajuk dia tu memang mengundang minat. Yang dilarang tu lah yang nak dibuat..haha



Pusing belakang ingatkan nak baca sinopsis tapi takde. Yang panjang-panjang kat belakang tu hanyalah luahan dan bebelan si penulis yang menceritakan tentang ada sesetengah orang tak puas hati dengan cara dia memilih tajuk novel dia. Panjang jugaklah bebelan tu. Then, dia tulis jugak betapa ramainya orang kata buku tu best dan suruh dia cepat-cepat menulis lagi sambungannya.

Whoa! Kiranya buku ni dah terkenal lah?? Tapi apasal aku tak tahu langsung pasal buku ni?? Kesiannya aku!!! Terasa macam nak beli, tapi mahal kot, harga dia RM80..


Balik rumah, aku terus google pasal buku ni. Owh, rupa-rupanya before ni, novel pertama yang bertajuk 'Jangan Baca Novel Ini' dah pun dijual secara berasingan. Novel bergenre creepy dan aneh.(ade ke genre tu?) Agak popular jugak tapi aku tak tahu pasal kewujudannya. Mungkin zaman tu, aku belum minat baca novel kot? Dan hampir kesemua blogger yang dan habis baca novel ni cakap, novel ni sangat best, unik dan terjalin secara halus. Ending ada twist yang superb habis. Pergh!!

Memang lah...memang! Memang mengundang minat aku untuk membeli. Lagipun cara dia promote dan style packaging dia tu menarik. Siap ada merchandise dan free gift dalam kotak tu. Tema warna pun ala-ala Emily The Stranger...

So, ini sasaran aku yang seterusnya di MPH nanti! Akan ku beli kau cash di MPH nanti wahai novel-novel sekalian. Hahaha~ tak sabarnye nak beli!!!! \(>_<)/

p/s: untuk membeli novel ni, aku terpaksa batalkan niat utk membeli headphone dan camera memory card yang baru. Bahan bacaan harus diutamakan! Yeah!! :p

Monday 29 December 2014

Restoran Uncle Jack dah naik harga


Salam...


Ingat lagi entry aku yang INI?

Sekarang menu di Restoran Uncle Jack tidak akan lagi semurah itu. Jumaat lepas aku pergi, harga dah naik lepas dikenakan cukai 6%. Ya, even GST belum bermula, mungkin nak biasakan pelanggan dengan harga lepas GST kot?


Kenaikannya adalah sebanyak Rm 1.29 kalau tak silap aku, sebab untuk menu berharga Rm5, dah naik jadi Rm6.29. Begitu juga menu kanak-kanak yang dulu cuma Rm3, kini dah menjadi Rm4.29. Baru nak jadikan Restoran Uncle Jack ni sebagai tempat berjimat, dah kena cukai pula. Haihh...


P/s : Memang memasak dan makan di rumahlah yang paling jimat sekarang ni. So, jom masak! Hahaha~


Memang 'Terbaik Dari Langit' ! (FILEM)



Sebuah filem yang sangat fresh bagi aku. Fantasy + Metafora. Sangat terbaik dari langit. Sangat santai dan sangat just nice! Memang terbaik!




Mengisahkan tentang Berg (Bront Palare) yang mengumpulkan 3 lagi member baiknya masa sekolah dulu, demi menjejaki UFO yang dia pernah lihat sewaktu di sekolah pada 15 tahun yang lalu, untuk dijadikan sebuah filem. Road trip sambil bikin filem.







Road trip yang penuh dengan konflik yang complicated antara member yang tak ngam, tetapi disampaikan dalam gaya yang relaks, buat kita tenang dan go with the flow bila tonton filem ini.



Kesimpulannya, cerita ni akan buat kita teringat kenangan kita dengan member-member baik kita zaman sekolah dulu. Zaman kita fly sama-sama, zaman kita lari lintang-pukang daripada warden, dan zaman kita kenakan member-member kita. Dengan watak Sofia Jane (Nadiya Nissa) yang slumber dan menjadi pelerai setiap pergaduhan. Paling best, saat dia 'ajar' 4 orang sekawan tu untuk menikmati hujan. Just nice :) Tak terlalu over dan tak terlalu kayu. Memang nice! :)


Rate : 10/10

P/s: memang aku suka filem macam ni...maaf kalau korang rasa filem ni bosan dan tak faham :p


Kenapa kita nak kaya ?

Rata-rata orang bila ditanya kenapa nak kaya, akan menjawab...

"Nak hidup senang"

Sekarang, cuba definisikan 'senang' tersebut. Apa maksud 'kesenangan' pada pandangan kita? Adakah senang untuk memenuhi keperluan asas, seperti membayar hutang rumah, kereta dan perbelanjaan harian? Adakah senang untuk lebih dari itu? Seperti senang untuk membeli-belah apa saja yang diimpikan? Bak kata orang-orang tua kita, 'kau ada duit, senang hidup kau. Nak beli apa je, kau boleh beli je sesuka hati.' Betulkah itu definisi 'senang'? Dan 'kesenangan' yang bagaimana sebenarnya yang kita mahukan lagi dalam hidup kita?

Cuba kita pusing sedikit soalan tu,
cuba fikir kenapa kita ni masih tak kaya-kaya?

Aku bagi dua situasi :-

1. Sesetengah orang, kita nampak dia dah bekerja keras, dah cuba sehabis baik bekerja demi mendapatkan wang, tetapi kenapa kita rasa dia masih belum kaya lagi? 

2. Dan lagi setengah orang, pendapatan bulanan mereka memang lebih dari cukup untuk mereka melunaskan hutang keperluan asas iaitu rumah dan kereta, malah lebihnya boleh pula digunakan untuk membeli-belah tanpa rasa sesak, kenapa golongan macam ni pun rasa dia masih belum kaya?

Kenapa?...

1. Kerana definisi kita terhadap perkataan 'kaya' tu sendiri adalah salah sama sekali! Kita salah anggap dengan makna 'kaya'. Sesetengah orang, kita nampak dia dah bekerja keras, dah cuba sehabis baik bekerja dapatkan wang, dia mungkin kaya, tapi bila kita tak nampak dia pakai barangan branded, selagi kita tak nampak dia guna kereta mewah, selagi kita tak nampak dia bergaya dan hidup dalam kemewahan, kita akan menganggap dia tu tak kaya. Pemahaman kita tentang 'kekayaan' jauh terpesong. Kita menilai kekayaan itu berdasarkan apa yang mampu dimiliki dan di show-off. Sedangkan kekayaan itu sepatutnya dinilai berdasarkan jumlah yang berjaya disimpan. 

"Kau ni kerja siang malam, bagai nak rak kerja, tapi still takde kereta. Beli lah satu, sampai bila nak naik motor? Takkan tak mampu kot?"

Dengan menggunakan ayat yang seumpama itu, kita berjaya membantu membuatkan seseorang itu merasakan dirinya masih belum kaya dan masih tidak mampu. Kejam tak kita? :)

2. Kenapa sesetengah orang, asyik tidak merasa cukup dan asyik rasa dia belum kaya? Selain soal keberkatan, ada lagi satu hal yang menyumbang kepada 'rasa tidak cukup' dan tidak kaya ini, iaitu keinginan. Selagi ada keinginan, selagi itulah kita berusaha. Dan selagi ia tidak tercapai, selagi itulah kita rasa kita ni macam miskin gila. Ini semua permainan dan ilusi minda je sebenarnya. Kita tengok orang pakai iphone6, kita pun nak beli juga, tapi takde duitlah pulak. Mahal. Time tu lah otak kita akan psiko kita, dia buat kita rasa macam kita ni belum kaya sebab tak mampu nak beli.

Percayalah, satu hari nanti kalau kau dah dapat beli Iphone6, definisi kau tentang 'kaya' akan berubah lagi bila kau tak dapat nak beli latest iphone10 yang mungkin berharga Rm5000++....sebab apa? Sebab keinginan selalu menginginkan sesuatu yang diluar kemampuan kita. Kau akan mentafsir 'kaya' itu pada orang yang mampu beli iphone10 pulak :) (just incase kalau iphone10 wujudlah)

Jadi, nampak tak betapa bodohnya kita ni sebenarnya? Otak kita main trick macam tu je, kita dah rasa miskin harta. Aku rasa jadi macam ni sebab kita menilai kekayaan seseorang berdasarkan apa yang dia mampu beli dan show-off di laman sosial kot? So, kita pun nak orang lihat kita ni kaya dengan mampu membeli sesuatu yang mahal. :)

Ok, next. Jawapan kedua bila ditanya kenapa nak kaya, orang akan menjawab;

"Nak tolong orang susah"

Baik hati dan sungguh murni cita-cita tersebut kan? Sejauh mana kita nak bantu tu sebenarnya? Atau betul ke bila dah kaya nanti, kita betul-betul lah nak bantu orang susah?

Paling senang, kita tengah duduk di meja makan di restoran-restoran. Datang seorang kanak-kanak membawa bakul jual kacang rebus kat kita. Harga Rm2. Confirm kita beli kan? Tak sampai hati nak biar, atleast budak tu berusaha cari duit dengan berniaga, bukan dengan minta sedekah. Kemudian, datang pula seorang pakcik buta dipimpin oleh seorang wanita yang mungkin juga buta, mungkin isterinya, datang meminta sedekah dari anda. Alamak! Tadi dah bagi Rm2, ni datang pulak orang buta. Tak bagi kesian pula. Takpelah, bagi je lah. Rm1 je pun. Kemudian, datang pulak seorang perempuan mengendong bayi kecil ke meja anda, meminta sedekah. Aduh! Ni menipu ke apa ni? Orang sekarang bukan boleh percaya! Ditakdirkan lepas tu datang pulak seorang lelaki tempang meminta derma, belum sempat sampai ke meja kita dah geleng kepala sebagai isyarat tak nak derma. Lepas tu..datang lagi.....

OKAY STOP!

Persoalan yang aku nak kita renungkan di sini, mungkin di ketika itu kita bergaji rendah. Sebab tu kita pun fikirkan diri sendiri dan keluarga bila nak bantu orang, kita ni pun tak berapa nak kaya. Tapi, cuba bayangkan kalau ditakdirkan Tuhan, kita menjadi kaya suatu hari nanti...

Adakah kita masih menderma seringgit saja untuk mereka-mereka yang meminta derma ini?

Adakah kita jadi was-was sedekah sebab kita takut kita tertipu dengan mereka?

Adakah kita akan rasa rugi kalau bagi duit ni kat diorang; yang mungkin sebenarnya dia ni penipu! Tak buta tapi pura-pura buta...yang tu pula buat-buat miskin...dan yang minta derma buat sekolah agama ni pulak, entah-entah masuk poket dia sendiri~ (ragu-ragu punya banyak, padahal kalau derma, seringgit je pun, bukan Rm50)

Jadi, di mana cita-cita murni kita nak tolong orang susah tadi tu? Zakat memang wajib bayar. Kita ni pula bukanlah team rancangan BersamaMu nak meredah kampung-kampung dan pedalaman untuk cari dan bantu orang susah. Bukan juga mendaftar di mana-mana pusat kebajikan untuk bantu orang susah dari sudut kewangan atau sponsor. Jadi, bilanya kita berpeluang untuk membantu orang susah tu kalau bukan dengan menderma pada mereka-mereka yang meminta sedekah tu? Soal betul ke tak duit tu disalurkan untuk yang benar-benar memerlukan itu tolak tepi, sebab kita punya Tuhan untuk balas kalau dia tipu kita.

Cuba bayangkan pula, semua yang meminta derma tu adalah ujian yang Dia bagi untuk kita lepas kita kaya, sebab Dia nak uji betul ke tak kita ni nak tolong orang susah. Dan kau gagal ujian tersebut, lalu Tuhan tarik semula kekayaan kau...? :)

************************************************

Jadi, sebenarnya untuk apa kita kaya sebab kalau dah kaya pun masih rasa miskin sebab mengidam benda-benda yang masih di luar kemampuan? Dan kenapa perlu kaya jika dah kaya nanti pun kita rasa berat nak menolong orang-orang yang susah?

Kenapa kita nak sangat jadi kaya sebenarnya.....

...?

Apa yang kita kejar....?




p/s : menulis tengah malam, memang entry macam ni lah hasilnya...


Friday 26 December 2014

Impian Tulis Cerita Psiko...


Salam.
Sejak ada 'line' buku FIXI yang menerbitkan novel bergenre thriller, seram, psiko dan gila, aku dalam diam bercita-cita nak tulis sebuah novel di bawah genre yang macam tu, terutamanya genre psiko.

 

Tapi, aku macam paranoid sikit. Aku fikir memang gila, tapi aku takut nak tulis, aku takut nak karang apa yang aku fikir. Sebab aku takut, apa yang aku tulis tu jadi balik kat aku or sesiapa yang aku sayang. Hahaha~ boleh terima tak alasan tu? 

Aku tak buat-buat, memang betul. Sebab tu, cerita psiko aku jadi macam baik dan selamat je, mesti nak happy ending :p Padahal otak aku fikir lebih kejam dan mental daripada tu. Sama macam cerita seram. Aku takut aku pulak yang mengalami keseramannya tu. Hah! Lagi-lagi kalau tulis waktu malam, hantu ciptaan aku hebat betul, tapi lepas tu aku yang meremang sendiri~ Sungguh menakutkan (u..u)

p/s : aku tengah tulis cerita terperangkap dalam hutan. Baru bab 1. Kahkahkah...memang kuat berangan lah aku ni :p Btw, ada sorang blogger berbakat dalam penulisan psiko pada aku, nama pena dia Reenapple ;) 

Thursday 25 December 2014

Pappa Roti Makin Mahal Siot


Salam!


Pappa Roti ni sedap makan panas-panas. Selalu aku beli Rm 2 je, dah lama tak beli, tiba-tiba hari Selasa lepas aku beli, harga sebijik dah naik Rm 3.20??? Naik sampai Rm 1.20!! Amboi~ dah kena GST ke sampai naik banyak gila camtu? Melampau!! Aku terbeli dua bijik pulak tu...pfttt~

P/s : memang dah lama ke naik rm3.20 ni? Menyesal aku beli hari tu (-..-)


Wednesday 24 December 2014

My Daily Basic Make Up


Salam \(n_n)/
Ya! Aku bukan jenis perempuan yang bermekap, tapi mekap ala kadar tu perlulah kan untuk mengelakkan aku kelihatan seperti zombie. Tak sampai 5 minit pun aku bermekap, haha jom tengok produk yang aku guna :p Biasa-biasa saje~

1. Krim Safi Lidah Buaya
Cuci muka dulu, baru sapu krim ni sebagai 'bedak asas' untuk muka. even ya aku tahu ia adalah krim sapuan, bukan bedak. Lepas guna ni, muka akan jadi cerah sedikit :p

2. Maybelline Clear Smooth Compact Powder
Ini lah bedak asas aku. Daripada dulu sampai sekarang setia dengan ini. Pakai untuk sebatikan dengan sapuan krim safi tadi, supaya cerah, tapi tak berminyak. Cerah sempurna gitu, hahaha~ dah petang-petang tu, agak-agak muka cam berminyak sikit, pakai je bedak ni, terus jadi cerah sempurna balik. Hehe

3. Maybelline Hyper Sharp Liner
Inilah sumber keyakinan aku kalau pada muka. Mesti kena pakai eyeliner. Kalau tak pakai rasa macam mata sepet dan bengkak gitu. Hahaha, so ini mmg eyeliner ter'fevret' sekali sebab jenis liquid dan sangat halus dan tajam. Nice gila!

4. Nivea Soft Rose Lip Gloss
Aku jenis tak pakai lipstick sebab bibir aku cepat kering. So, penyelesaiannya aku kena pakai dua jenis lip balm. Satu, guna nivea ni, just untuk lembapkan bibir. Memang tekstur lip balm Nivea ni terbaik, lepas pakai terus rasa lembut dan segar, cuma warna dia tu pudar sangat. 

5. Lip Ice Sheer Color Strawberry
So, lepas guna lip balm Nivea, aku lapiskan pula dengan Lip Ice ni. Warna memang best kan, pink-pink camtu. Bau dia pun wangi. Setiap kali aku pakai dalam kereta, mesti mak aku tegur tanya bau apa yang wangi ni? Hahaha

So, that's all about my daily make up yang tersangatlah simplenya. How about yours? Story sikit u alls guna apa~ haha. Okay thanx sudi singgah sini :)

P/s : kesian kat mangsa-mangsa yg banjir :'(

ADA DAPAT SMS 'is this your photo?'


Salam!
Pagi-pagi semalam aku dah dapat mesej daripada cousin aku, mesejnya berbunyi camni...

"Cousn Lynn, is this your photo?"

Lepas tu hujung dia ada satu link. Handphone aku memang bukan smartphone, so takdelah aku terus klik link tu kan. Kira masa untuk berfikir tu panjang sikitlah before check link tu kat PC ofiz ni haa...

Aku fikir, buang tebiat apa cousin aku ni tetiba mesej aku pepagi tanya gambar aku ke bukan. Speaking pulak tu, memang tak ahh.. Confirm spam! Tapi dalam hati nak jugak tengok, curious kan biasalah~

Sampai ofiz, aku terus bukak link yang dia bagi. Keluar macam satu browser untuk kita search-search apa-apa lah, macam Google Chrome, Firefox dan Yahoo jugaklah. Tapi dalam tulisan Cina. Aku cepat-cepat tutup. Okay, memang sah, SPAM. Tadi pagi pun dengar kat radio, dia pesan kalau dapat sms 'is this your photo?' tu, sila abaikan sms tersebut, kerana ia adalah Malware!


So, dapat je SMS ni, sila ignore dan delete je lah ye~ Sekian :)

p/s : hmm~ macam-macam cara orang nak cepat kaya..


Tuesday 23 December 2014

Dinner di Lats Place, Nusajaya (Restoran Tema Komik)


Salam \(n_n)/
Hohoho~ annual dinner datang kembali. Kali ni, baik punya bini boss plan, dia bawak kitorang pergi makan di Lats Place Restaurant..yahoo! Selalu baca komik Lat dalam majalah Gila-gila dulu, kali ni tak sangka dapat pergi makan kat restoran dia pulak. Memang tip-top, jom ikut aku, terjah Lats Place ni tengok best ke tidak ;)


Nak pergi sana, senang je. Pergi ke Kota Iskandar, pegi Pearl Harbour dan cari Traders Hotel ni. 


Dalam bangunan ni lah letaknya Hello Kitty Town, Bob The Builder dan Lats Place tu. Kat perkarangan hotel tu ada macam tasik dan banyak kapal.

Sini memang port untuk bergambar sambil berangan kapal-kapal tu kau yang punya~ 

Gigih siap buat props semata nak shooting time dinner ni~ hahah


Lats Place tu terletak di dalam bangunan tu tau, so korang jalan, dan naik escalator, depan tu memang terus jumpa Lats Place ni.


Daripada luar, nampak macam 'Eh, camni je ke?' Sekali bila masuk, rasa macam masuk kampung tau. Interior penuh dengan hutan-hutan dan rumah kayu yang ala-ala rekaan 3D gitu.

Dalam ni, macam ada bahagian-bahagian dia. Kalau nak buat dinner makan ramai-ramai, boleh booking satu bahagian tu terus. So, orang lain tak kacau lah kan. Hehe

Dekorasi dalam restoran memang sangatlah menakjubkan sebab dia ada tema kan. So, memang sangat menarik :D





 

Ni bahagian kitorang, kalau korang nampak, kat kiri dan kanan yang tulis Welcome tu adalah skrin tau. Setiap bahagian ada 3 skrin utama yang macam tu. Nanti ada watak-watak komik Lat muncul daripada tiga skrin tu dan diorang akan bersembang-sembang. Siap boleh berinteraksi dengan kita lagi tau :D 

Ni kawan aku dan budak kecik tu kena sembang-sembang dengan kartun dalam skrin tu, aku punyalah menyorok tunduk je supaya tak kena, sekali kena jugak. Kalau korang nak tahu, bahagian dinding-dinding dia tu ada banyak kamera tau, so daripada situ diorang boleh nampak kita, dan bercakap dengan kita. Hehe..rasa macam dalam citer SAW lah pulak :p

Ni masa aku bersembang dengan kartun dalam skrin tu. Nama dia Tong. Dia tanya aku pandai main congkak ke tak~ Cheh, setakat congkak kan~ ape ade hal..hahaha sembang-sembang gitu lah..
Then, about the food! Kat Lats Place aku tak sure ada pakej-pakej ke apa, tapi untuk yang datang saje-saje nak makan tu boleh order ala carte. Macam kitorang datang ramai-ramai untuk dinner, so kira by per head. Makannya 1 round je, nasi putih dan lauk-lauk kampung. Perghhh gila sedap!

Satu dulang ni memang set untuk 4 orang saje. So, takdelah berebut sangat kan. Semuanya sedap. Daging dia, sambal belacan dia..hadui~~ bertambah-tambah nasi. Hihi :P


Makan pulak kena dengan sound system dia macam dalam cinema, rasa macam betul-betul dalam kampung. Ada bunyi kicauan burung, tetiba ada bunyi kambing mengembek. Pastu ada macam bunyi motor lalu. Haha sweet gila :D

Owh ya, kalau kita lebih 20 orang dan ke atas, diorang akan buat show untuk kita tau. Ada tarian nyanyi lagu Welcome To Lats Place, ada joget lambak dan lagu Goodbye. So, jom lah layan interior design dalam Lats Place ni dan kemeriahan semalam di sana.

Ni suasana jadi biru sebab konon-konon cuaca mendung nak hujan. Then dalam skrin tu tunjuk hujan, dan bunyi dalam bahagian kitorang makan tu pun macam hujan-hujan gitu. Cool Gila!

Ni aku menang Lucky Draw, dapat tuala gitu~ hahah masa ni 'cuaca' dah mendung gila. Elok je habis aku amek hadiah, lampu terus padam habis, dah budak-budak ni amek hadiah dalam gelap lepas tu :p


Rupa-rupanya, dia tutup lampu sebab nak tunjukkan lampu kelip-kelip ala-ala kunang-kunang! Haha best sangat :D Tapi takde gambar pulak. Aku ambil video je :p

Ni pulak masa tarian India dengan kartun dalam skrin, ikut apa yang kartun tu buat, time ni pun dia boleh bercakap dengan kita tau, hehe :D

Ni pulak, diorang ajak joget lambak ramai-ramai. Hahaha layan~ memang meriah gila \(n_n)/


Ini pulak nyanyian lagu Goodbye..dengar lagu ni even ceria tapi cam sedih pulak nak balik, sebab tadi meriah gila, then nak balik dah..wuwu~

Apapun, memang sangat pengalaman berharga kot masuk restoran bertema macam ni kat Malaysia. Gila coOL dan bukan calang-calang tau tema dia tu. Bukan ala kadar punya restoran. Memang serius menarik :D Terima kasih pada boss dan kak fara sebab bawa kami ke sini (n_n)


Kesimpulannya Lats Place seronok untuk dijadikan tempat reunion / dinner dan apa jua majlis yang dijoin secara ramai-ramai :D Harga per head untuk majlis, sorang Rm 70 :) Okay sekian saja review dari aku, BYE-BYE :D


P/s : next entry aku try upload video dan gambar dekorasi dalam Lats Place ya :D