Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 9 November 2014

Gambar Kahwin TMJ 8 November


Salam..\(n_n)/


Sumber

Sumber

Sumber

Sumber
Ruginyaaaaaa semalam aku tak pergi bandar JB, kalau tak boleh lambai-lambai Tunku Mahkota Johor kesayangan patik ni. Mesti meriah. Bukan senang tau nak merasa suasana macam ni, rasa lain macam sebab yang kahwin tu merupakan anak sultan yang memerintah negeri kelahiran aku. Rasa semangat dan happy sungguh! Haa..nampak tak darah kemelayuan dan anak jati Johor tu dah muncul dah~~ hehe

Jom kita tengok gambar-gambar sekitar persiapan dan perkahwinan TMJ semalam, iaitu 8 Nov 2014 :

3

Okay, ini sangat cantik dah macam i-City ataupun fairy tale story dah. Bagi yang tak tahu, ini adalah persekitaran kawasan Istana Besar (muzium Johor), yang mana pada hari biasa, ia akan kelihatan seperti ini :

[palacejb.jpg]


Taman istana besar Johor ni sangat-sangat besar dan luas (terletak betul-betul di sebelah jalan besar tepi laut), jadi bayangkanlah bila ia dipenuhi dengan lampu-lampu macam ni:

Persiapan Perkahwinan Diraja, TMJ Dan Cik Khaleeda

1

2

Gambar Persiapan Perkahwinan Diraja, TMJ Dan Cik Khaleeda

Sangat meriah. Dan rakyat juga nampaknya berpeluang menyaksikan sendiri secara langsung istiadat perkahwinan mereka di Dataran Bandaraya Johor Bahru melalui dua buah skrin bersaiz gergasi.


Rakyat Johor takde hal bro~ berpayung dalam hujan, demi menyaksikan istiadat tersebut.


TMJ dan isterinya, Cik Puan Khaleeda dibawa masuk ke perkarangan Istana Besar. Paling best, cermin takde tinted tinted gelap maa~ nampak jelas beliau kat dalam tu...maybe sebab dia tahu, ramai rakyat jelata sedang menunggu beliau :D




Raja yang dekat di hati kami, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat, Tahniah diucapkan kepada pasangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Cik Puan Khaleeda Bustamam \(n_n)/

"Daulat Tuanku"

P/s : jalan nak ke JB jem gila woO semalam..hihi~

Sumber gambar : Bernama, myMetro, ohBulan, BHarian & Katak Comel


No comments: