Happy Three Friends

Miss Money

Friday 31 October 2014

Melihat kehebatan Country Garden, JB


Salam \(n_n)/


Ya, hobi kami sekeluarga malam-malam adalah pergi ke bandar JB untuk menziarahi shopping mall tanpa membeli apa-apa, window shopping di Bazar Karat barang seround dua dan melepak di tepi pantai Lido untuk lihat lampu-lampu di Singapore dari seberang.

Perjalanan kami dimulakan dengan pergi ke kedai Big Bundle.


Ya, puas membelek, aku jumpa sehelai baju yang cantik! Rm5 saje, Nice!! Hahah..lepas tu, pergi makan tauhu bakar..

 

Tauhu bakar ni memang dah jadi fevret kami sekeluarga. Asal pergi makan kat kedai or nak makan yang ringan-ringan je, confirm tauhu bakar lah pilihannya.

Pergi menziarahi Perling Mall yang dah diubahsuai reka bentuknya. Dan terjumpa satu kucing comel yang sangat comel ni,


Sempat lari jap ke Season beli roti sosej untuk bagi kat encik kucing ni. Lepas jalan-jalan dalam mall tu, keluar je dah malam, so pergi lah melepak tepi laut untuk cari ketenangan katanya~ Hahah

 

Muka kitorang je ade haa, lautnye tak ambil gambar pun. Malam-malam gelap gelita, tak nampak apa~ haha..so lepas tu barulah pergi ke Country Garden~~ This is my first time, selama ni memang tak terasa nak pergi pun~ Hahah so, aku tak kira aku nak jugak letak gak gambar aku masa pergi sana banyak-banyak kat bawah ni, muahahahaha~

Very colorful!! Aku suka gambar ni, hahaha

Mommy dan daddy~~ haha gedik, padahal kat rumah panggil mak dgn abah je pun~~


Lepas jalan-jalan kat luar, masuk dalam showroom dia pulak~ Perghh! Hebatnya plan dan replika pembangunan dia~~


Nampak tak abah aku terselit kat tengah-tengah, dengan tangan ternaik-naik siap haa. Itu dia tengah jakun lah tu~ Hahaha~

Memang terbaik dan hebat gila artist yang buat replika ni, berapa juta agaknya upah dia buat benda ni...ish3..


 
Seorang kanak-kanak dan bapanya yang sentiasa berada dalam mood jakun kat dalam ni...



Phew!! Hebat~hebat~ kagum dibuatnya! Jelez pun ada, sebab dulu cita-cita aku nak jadi pembuat model bangunan cam ni..tapi tak kesampaian, jauh menyimpang jadi grafik designer. Hahah :p

Okay dah, itu saje. Sangat nampak macam gila betul projeknya. Harap tak tenggelam ya, buat based dia tu kukuh-kukuh sikitlah gamaknya. Hahaha~ okay nah..


Dua ketul cinta plastik untuk korang! Plastik je~ bukan betul-betul~ Hahaha (>_<) okay, bye. Terima kasih sudi baca entry jakun saya ni~ :p


No comments: