Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 29 May 2014

Tolong sedara...tolong melayu...




Ada 3 jenis pembeli. Anda yang mana satu?

A. Beli kat kedai melayu sebab katanya nak tolong orang melayu berniaga. Lepas tu, kalau beli banyak mesti mulut tu tak boleh kalau tak tanya macam ni :

Takde free ke? Takde diskaun ke? Saya beli banyak ni...

B. Tak berniat langsung nak bayar, terus je nak mintak free sebab dia tahu si penjual tu sedara-mara dia / kawan-kawan dia. Kalau kena bayar pun seboleh-boleh nak mintak 99.9% diskaun untuk dia.

C. Beli macam biasa. Ada diskaun, ada lah. Kalau takde, tak meminta-minta. Beli macam biasa. Kalau dapat barang percuma, ambil. Kalau takde, anggap memang takdelah.


(situasi ini berbeza dengan situasi tawar-menawar, sebab tawar-menawar adalah satu strategi untuk cuba dapatkan harga yang murah sedikit daripada harga asal. Tapi kalau jenis perangai A dan B tu adalah mengambil kesempatan. Tahu?)

Majority peniaga yang pernah kena macam ni selalunya tak sampai hati untuk tak bagi pada yang meminta-minta tu, walaupun keuntungan mereka tidaklah selumayan mana. Orang Melayu memang baik hati, sedara-sedara kita memang baik hati, jadi jangan ambil kesempatan atas kebaikan ini..


p/s :  Kalau hati kau 'jenis bertaman bunga', jangan berani minta dengan aku, sebab aku kejam. Tak, bukan kejam sebenarnya. Cuma aku tak nak biarkan kau bertindak kejam dan ambil kesempatan pada aku hanya kerana kita sama melayu / ada pertalian darah. Be professional..




2 comments:

Umie Nadhirah said...

kerja is kerja yeah ! ^^

reenapple said...

aku selalunya jadi pembeli C even beli dari kawan aku. Hehehe