Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 14 May 2014

Dah nampak pun nak tanya lagi....




Korang mesti pernah mengalami situasi seperti ini kan :

Tengah duk basuh baju, datang seorang member lalu menyapa anda...

"Basuh baju ke..?"

Atau, mesti korang pun pernah terbuat benda yang sama macam ni kan :

Nampak member tengah sapu sampah,

"Hai, sapu sampah ke?"



Rasa macam ea ko ni kenapa, kan dah nampak aku tengah basuh baju, apasal nak tanya lagi? Kan dah nampak aku tengah sapu sampah sambil control cun ni, kenapa nak kena tanya lagi? Adakah member anda mahupun anda rabun atau kurang jelas sehingga terpaksa bertanya lagi?

Hahaha...relax~relax (n_n) Sebenarnya, kalau betul-betul difahamkan, ia bukanlah sebab kita kurang jelas ataupun tak nampak, tetapi disebabkan ini :

1. Sekadar ingin menegur

Perasan tak, kadang-kadang kita keluar rumah, ternampak pulak jiran tengah sidai kain kat sebelah, masing-masing nampak masing-masing, terus pantas otak kita ligat memikirkan apa nak cakap ni, apa nak tegur ni, kang kalau tak disapa, dikata sombong..so, modal paling senang nak guna adalah, tanya balik ke lah apa yang dia memang tengah buat tu~ Hehe

2. Ajak bersembang

Balik rumah, tengok housemate tengah makan. Kita pun laju-laju terus bertanya 'Hai..makan ke?' dengan harapan, member tu akan menjawab dengan mengajukan topik perbualan yang seterusnya. Biasanya ini dilakukan oleh orang-orang yang agak pendiam, kot?

Contoh situasi :

"Hai, tengah makan ke?"
(sambil dalam hati berharap si member menjawab dengan lebih sepatah)

"Hai, a'ah...ko dah makan belum? Aku beli nasi ni dekat kedai Mak Jemah tu tadi, ramai gila orang..maklumlah semua nak
makan asam pedas dia...sedap...ko dah pernah rasa kan asam
pedas dia?"

Dengan jawapan seperti itu, dapatlah perbualan tersebut dipanjangkan, dan boleh lah bersembang.

So, aku rasa itu lah antara sebab-sebabnya kenapa kita ni suka sangat bertanya even dah nampak terang-terang memang diorang tengah buat apa. Hehehe :p

Em..eh, korang tengah baca blog aku ke?


:p


2 comments:

Umie Nadhirah said...

a'ah....
abuden bak kata orang haha..
aah aku tgah baca blog kau haha!

Cik Anita said...

This is what we call orang Malaysia kan peramah. Kalau setakat nak tegur, Haiiiii. Rasa macam alamak, kosong sangat kan.

HEHE.

Perkara biasa, dah tau buat-buat tak tau!