Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 21 May 2014

10 Tanda-tanda Bulan Puasa Dah Nak Dekat...



Selalunya kan, bila dah nak tiba bulan puasa ni, akan berlaku suatu fenomena yang memang takkan berlaku pada bulan-bulan lain, ye lah sebab bulan puasa setahun sekali je kan. So fenomena ini pun berlaku setahun sekali je lah. So apekah tandanya bulan puasa dah nak dekat ??

1. Kelihatan buah tamar sudah tersusun bertenggek-tenggek dekat pasaraya-pasaraya sekalian untuk dijual

2. Tiba-tiba ramai kaum-kaum wanita dan perempuan yang rajin berpuasa sunat (sebenarnya nak cover ganti puasa)

3. Yang malas nak berpuasa dah terfikir-fikir nak dapatkan surat gastrik daripada doktor sebagai kegunaan (bukti) pada bulan puasa nanti

4. Dah terbayang nak borong apa kat bazar Ramadhan untuk berbuka pada hari pertama dan seterusnya

5. Kaum ibu pula dah terbayang nak masak apa untuk sahur dan waktu berbuka nanti

6. Ramai yang mula google cari macam mana nak niat berpuasa untuk sebulan terus

7. Ramai yang mula google / tanya kawan / baca balik buku solat-solat sunat tentang macam mana nak niat solat terawih dan cara nak solat terawih

8. Makan dengan banyak lepas tu cakap dengan orang lain..

"makan weh..makan banyak-banyak..dah nak puasa nanti tak leh makan banyak-banyak..."

9. Budak-budak office mula berebut apply cuti dengan tamak halobanya...kalau boleh nak cuti sebulan untuk raya nanti...

dan yang paling legend sekali adalah....



10. Bisikan syaitan Yusuf Taiyoob mula kedengaran di corong-corong radio dan menghipnosis anda supaya membelinya...


Hahaha...okay tu je..bye~

(aku sebenarnya takde idea nak update..:p)


2 comments:

Cik Anita said...

Aku bakal berpuasa di perantauan buat kali pertama. Huwa. Sedih!

Nurrul Hazieqah said...

Haha.. betul2 tuh.. hihih bila bulan puasa dah dekat.. kamek pung mula nak masuk kampus.. heeee