Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 29 April 2014

Tropical Village Ayer Hitam ni hidup lagi ke...?



Okay, sebenarnya aku tengah merancang percutian kecil-kecilan
untuk family aku, memandangkan adik aku pun dah nak habis
Diploma dalam beberapa hari je lagi. Kitorang plan nak pergi
ke Melaka lagi untuk yang kesekian kalinya. Memang daripada
kecik, suka sangat pergi Melaka tu, tak tahu kenapa.

So, sebelum pergi ke Melaka tu, aku ingat nak pergi jalan-jalan
dalam Johor je dulu (balik hari lah kiranya). Satu tempat yang
aku nak sangat pergi lagi adalah Tropical Village di Ayer Hitam,
Johor. Tempat ni aku dah pergi masa aku kecik-kecik lagi, dan
aku rasa tempat tu best gila!

Paling aku ingat adalah dalam tu, ada taman permainan yang
bertemakan buah-buahan dan binaannya tu bersaiz gergasi.

Harap maklum, ni gambar google, budak kecik tu bukan aku
okay..haha..haa nampak tak rumah nenas tu? Situ aku dah
pernah masuk, belakang sikit macam ada sepotong buah
honeydew, itu jongkang-jongket! Apa lagi ya, aku tak ingat lah..


Aku tak ingat secara total, yang penting Tropical Village ni
menempatkan replika-replika 7 keajaiban di dunia seperti
Pyramid, Tembok Besar China, Menara Pisa dan sebagainya.
Sebab tu ia dikenali sebagai Taman Mini Malaysia :D


Ada Eiffel Tower yang boleh lalu dengan kereta kat bawah
dia..


Apa pun tempat ni memang dah lama gila, hampir semua
replika dibuat daripada simen, so berpanas berhujan sampai
dah berlumut dah. Pekerja pun malas nak menyental gaknya.

So, aku rasa tak nak lah pergi sana, takut kecewa pulak. Haha~
Tiket masuk Dewasa (Rm 10), Kanak-kanak (Rm 5)..kawasan dia
luas dan penat kalau nak jalan tengah panas, so boleh bawak
masuk pusing guna kereta sendiri, cuma kena tambah lagi RM5.

Pelik juga, masa aku kanak-kanak dulu rasa best sangat pergi
sini, maybe sebab budak kecik tahu nak main je tak kira lah even
kat mana sekalipun. Hahaha...So, bagi korang yang mempunyai
anak yang sporting untuk berposing di depan kamera, bolehlah
bawak pergi sini, sebabnya selain replika bangunan dan buah,
ada juga replika Sponge Bob, Shrek, Batman, Superman dan
sebagainya. Hihi~

So, mudahlah kerja aku, tinggal plan nak pergi Melaka je lah.
Melaka...wahhh lamanya tak pergi Melaka!!!

(tetiba excited sendiri)


6 comments:

Unknown said...

a'ah ek.. ade lagi ke? lama dah tak pegi.. last pegi 13 taon yg lepas.. hahahaha

eima said...

tak penah tau pun wujub kat ayer hitam yg aku tau gerai jual keladi sedap je ... hehehehe

tgu raya nanti br leh pi johor ...... melaka pi byk klai pun ok kan .. tak rasa cam jemu pun

Nurhazlin Hussein said...

Sye and family pergi masa raya tahun lepas . Sebelum tempat buah-buah tu ada tmpt patung2 cartoon mcm superman , spongebob , mickey mouse and such . Best jugak tmpt ni sbnrnye tapi penat gila masa pergi atas tengok ''bangunan2'' tu , hehehe .

Cik Anita said...

Tak pernah pulak daku tahu kewujudan tempat ini! T_T

Unknown said...

Xpenah tau pon tempat ni...klo x dr kexik dh pg dh...so sad...

Unknown said...

Baru jer g tmpt ni...tmptnya menarik klu nk bgmbar...tp kurang maintenance dr pihak pgurusan myebabkn kebykn replika bangunan ni dah usang...