Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 9 March 2014

UPDATE MH370 : Tompokan Minyak Dikesan



Sumber : Hot FM
Lokasi Pengacara : Sidang Media di KLIA

- Kesan tompokan minyak yang besar ditemui di kawasan lokasi terakhir
pesawat MH370 ditemui.

- Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Pengarah DCA) telah diasak dengan pelbagai
soalan berkenaan dua pasport palsu yang digunakan oleh penumpang MH370

........................


Sumber : Astro Awani

KUALA LUMPUR: Dua tompok tumpahan minyak yang dipercayai datang daripada
enjin pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang awal pagi Sabtu
ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan pihak berkuasa Vietnam, lapor
sebuah akhbar negara itu.

Akhbar Tuoi Tre itu juga melaporkan tompokan minyak masing-masing sepanjang
20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang
pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu
di pesisir selatan Vietnam.

Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap
di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara,
103.2320 timur.

Sebelum itu akhbar yang sama melaporkan pesawat MH370 yang dalam
penerbangan ke Beijing itu terhempas di Laut China Selatan dalam kawasan
perairan Malaysia.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik berkata pesawat itu
dipercayai terhempas kira-kira 300 kilometer dari Pulau Tho Chu. Pulau itu terletak 102
ke barat daya resort peranginan Phu Quoc dekat kawasan perairan sempadan
Malaysia dan Vietnam.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara
selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang
pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di
Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik
udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Dalam pada itu, Vietnam juga menyatakan kesediaan untuk menggerakkan misi
mencari dan menyelamat sekiranya ada permintaan daripada kerajaan Malaysia.

"Oleh kerana pesawat itu hilang dalam kawasan perairan Malaysia, Vietnam
tidak boleh menghantar pasukan penyelamatnya tanpa permintaan rasmi
daripada Malaysia," kata Mejar Jeneral Pham Hoai Giang, pengarah Jabatan
Mencari dan Menyelamat di Kementerian Pertahanan Vietnam dipetik oleh Tuoi Tre.


(apapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan apa-apa, kerana tompokan
minyak itu boleh jadi bukan milik MH370)


UPDATE : Tiba-tiba maklumat terbaru, adalah takde sebarang kesan minyak.
Hmmm...(-_-')

No comments: