Happy Three Friends

Miss Money

Monday 31 March 2014

Setelah 2 minggu minum EPHYRA



Salam. Hoyeahhh~ masih lagi dengan cerita EPHYRA ya...
Hahaha...kali ni aku nak cerita secara details tentang apa
yang berlaku setelah 2 minggu aku minum EPHYRA ni..

1. Keletihan dan kepenatan hilang


Okay honestly, rutin harian aku adalah memenatkan dan
mengantukkan. Kerja start 9 pagi sampai 6 petang, balik
pergi pasar malam tolong parent berniaga, balik niaga malam
jam 9 lebih macam tu...sampai rumah biasanya lepas mandi
semua, aku akan golek-golek konon untuk mencari mood
untuk menjahit bantal. Tapi, selalu aku mencari mood tu
memang confirm sampai ke alam mimpi lah kan sebab tertido.
Sangat selalu aku tertido, dan proses jahit bantal aku dalam
dua bulan before ni memang agak tergendala.

Dan lepas try EPHYRA, baru hari kedua kot aku minum dah
rasa kesannya. Bila malam balik daripada niaga, aku boleh
duduk kat ruang tamu, tengok-tengok TV, main-main kucing,
buat air panas dan makan biskut, bual-bual dengan parent
aku sambil buat lawak sengal...aku rasa macam haaahhh....
nyamannya~ teringat dulu before minum EPHYRA, balik niaga
je aku memang terus naik atas masuk bilik dan 'cari mood'.
Kurang dapat spend time bersama keluarga berbanding
sekarang ni :D

2. Senang Bangun Pagi


Sekarang aku dah boleh bangun pagi dengan jayanya
tanpa 'snooze' kan alarm, mahupun bergolek-golek untuk
5 minit lagi kononnya. Perasaan ketika bangun pagi tu
macam boleh terus berfikir tanpa mamai dan terus
mengucapkan ,'Alhamdulillah..' sebab masih hidup,
dan rasa tenang. Aku ni susah betul bangun pagi kalau
takde pape yang penting berlaku pada hari tersebut,  tapi
sekarang selalu terjaga awal dan tak ngantuk lepas tu :D

3. Melancarkan proses pembuangan


Okay tengok dalam gambar tu memang banyak buah-buahan
yang perlu dimakan untuk betul-betul melancarkan sistem
pembuangan kita ni. Tapi aku jenis yang kurang gemar makan
buah-buahan sebagai snek. So EPHYRA sangat membantu
sebab kebanyakan khasiat daripada buah-buahan ni dah
dicampurkan sekali dalam ramuan sepaket EPHYRA tu.

So, minum EPHYRA pada waktu pagi sebelum tidur, atau
pada waktu malam sebelum tidur, memang tak mengecewakan.
Kalau ada yang belum tercerna memang cepat je dapat signal daripada encik perut. Hahaha :D

4. Rambut kurang gugur masa mandi


Serius aku perasan rambut aku kurang gugur masa mandi.
Kalau dulu, memang masa syampu rambut tu, tarik guna jari
je rambut aku dah boleh tertarik sekali sebab akar dia tak
kuat kot? Tapi sekarang Alhamdulillah, aku ada gak try
tarik-tarik sikit rambut aku masa tengah bersyampu tu, haha
tapi kurang lah dalam 2,3 helai je gugur.. :D

5. Kulit Tumit Jadi Lembut

Okay aku ni selesa pakai selipar je kalau pergi kerja or
pergi jalan-jalan. So, bila dah selalu guna selipar je of
course lah kaki selalu terdedah dengan habuk dan apa-apa
je kat luar tu yang boleh merosakkan dan mengeringkan
bahagian kaki dan tapak kaki. Lepas tu, kat rumah aku
tak suka pakai selipar bulu-bulu yang comel tu, sebab
rasa macam panas...so sometimes memang tapak kaki tu
ala-ala haus sikit..aku ni pulak jenis yang malas pakai
losyen tiap-tiap malam. Hahaha~

So, lepas minum EPHYRA ni, aku macam terkejut sikit
sebab satu hari tu aku tersentuh tapak kaki sendiri, dan
terus aku tengok tapak kaki aku...apesal macam lembut
sikit ni?? Kulit kering kat tumit aku dah macam berkurangan
dan jadi macam lembut lah...itu baru seminggu lebih
guna EPHYRA, kot kalau minum sebulan agaknya boleh
jadi licin terus kot? Haha :D


Tapi, even EPHYRA ni sebenarnya mencantikkan wajah
daripada dalam dan terus 'ke luar'...tapi aku belum rasa
perubahan itu. Lain orang, lain kot? Aku tak tahu sebab
muka aku before ni Alhamdulillah bersih dan takde jerawat-
jerawat sangat, senang kata okay lah. So agaknya tu yang
tak nampak sangat perubahannya even dah guna EPHYRA
ni kot..hehe

Ada lagi satu yang aku nak sahihkan tentang EPHYRA ni.
Ada satu testimoni yang cerita, period pain dia dah tak teruk
macam dulu lagi or maybe dah tak de lagi period pain masa
period, selepas gunakan EPHYRA! Wahhh...okay jugak
kalau macam tu, sebab aku ni bila part period, sometimes
akan diserang period pain yang sakit gila macam nak pengsan!
So, aku akan teruskan penggunaan EPHYRA ni dengan mak
aku. Aku nak pastikan betul ke EPHYRA ni boleh mengurangkan
Period pain aku ni..hehehe

Nota tambahan tentang EPHYRA :

EPHYRA sangat sesuai diminum oleh ibu yang sedang
menyusukan anak, sebab ia dapat membantu menambah
kandungan susu ibu.

Anak-anak yang masih menyusu dengan ibu yang minum
EPHYRA ni turut mendapat kebaikan EPHYRA melalui
susu tersebut, seperti kulit bayi akan menjadi cerah.

Lelaki juga boleh minum EPHYRA kerana ia berfungsi
sebagai anti-oksida yang 'membersihkan' sistem dalaman
tubuh badan dan seterusnya, apabila dalam badan sudah
'sihat', itu yang luaran pun jadi berseri. Fungsi ini juga
bertindak sama pada pengguna wanita.

EPHYRA sesuai diminum oleh golongan remaja hinggalah
kepada golongan yang berumur. Bagi ibu yang mengandung,
dapatkan nasihat doktor jika ingin minum EPHYRA ni.

EPHYRA halal !! :D ini sangat penting tahu !

EPHYRA adalah ganjaran untuk tubuh badan anda
sendiri dan boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang,
mahupun dijadikan hantaran perkahwinan (n_n)

 Email : lynndamya@yahoo.com jika berminat.
Sekotak RM 197 (Free postage)


1 comment:

eima said...

goodluck dear ...