Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 30 January 2013

Angan-angan Mat Jenin


Haaiii, mudahnya kalau hidup ni semudah kita berangan kan? Haha, aku
selalu berangan, tapi nak kata angan-angan mat jenin tu takdelah sangat.
Sebab mat jenin tu jenis berangan yang mampu dicapai, cuma dia malas
nak berusaha contoh dia selalu berangan nak jadi kaya raya, tapi asyik lah
termenung je, tak buat pape. Mana nak kaya kan?

Aku ni banyak berangan jenis yang ala-ala fantasi gitu~ Amboi, fantasi apakah??
Hahaha :p



Salah satu fantasi aku, aku nak tinggal dalam shopping mall ! Wuuuuu best tu~~~
Memang angan-angan aku sejak kecik lagi, punya lah best kan kalau dapat tinggal
dalam shopping mall tu (dah start dah nak berangan~)

Boleh pilih je nak tidur kat store mana, pilih je nak makan apa, ambil je rasa semua
makanan mahal murah,semua free! Dan paling best, pakai lah segala dress, skirt or apa-apa
je yang kau suka, dan pilih je dari mana-mana brand ! Uuuu so heaven >_< !

Hahaha...dan aku berangan nak pergi travel...



Travel ke seluruh dunia, tangkap gambar, shopping, lihat budaya orang luar.
No worries about money, sebab aku kaya. Dan aku nak selama-lamanya macam tu.
Tapi, dari mana pulak datang duit berjuta-juta tu untuk tampung perjalanan aku
tu ek?

Okay, itu sah angan-angan mat jenin. Hahah :p

Apa angan-angan korang? :)


Sunday 27 January 2013

Lorong Pejalan Kaki yang paling kreatif di Portugal !

Location : Águeda, Portugal









Macam abstract painting pulak aku tengok
 





Nak lalu sini tak? :D

 

 

Alahai, aku rasa lorong jalan ni macam sweet dan comel gila dengan payung tu
warna-warni, tiang lampu tu pon nak warna-warni, kerusi pun nak comel jugak.
Hihi, btw patut aku tengok rumput tu hijau semacam je, rupa-rupanya carpet hijau
ek? :D hehe

Saturday 26 January 2013

Siapa suka rabbit ? :D

Salam semua. Siapa yang suka arnab sila cakap yeayy !! Aku suka arnab,

comel gila kan baby arnab ni ??
















sebab ia tersangatlah comelnya kann3 :D Tapi, aku tak suka bela arnab,
sebab arnab asyik lari-lari je, eh yeke? Haha, tapi aku prefer kucing daripada arnab.



Tapi, tujuan aku menaip ni bukanlah nak bercerita pasal haiwan peliharaan arnab
ke kucing ke, apa ke, cuma aku nak promote craft The Rabbit Family aku ni.
Hehe..jom tengok mereka (n_n)

................
















................




















................










Handmade Rabbit Craft
Ada empat ekor kesemuanya even aku takde buat ekor pon, hehe...

Light yellow handmade rabbit craft
Baby blue handmade rabbit craft
Rosy pink handmade rabbit craft
Striking pink handmade rabbit craft
Okay, itu je. Harga berbeza mengikut saiz :D

If ada rakan-rakan blog aku yang nak booking, boleh text terus
kat number aku ni : 012-2150113 okay? Or kalau tak, boleh PM kat page
FB Hummy Lovey, cuma aku takut lambat reply. Hehe

Okay, thanx sudi singgah ya. Take care (n_n)


These Three Things ;)

Salam semua :) Dah lama rasanya aku tak update pasal diri sendiri dalam blog ni.
Hihi. Konon buzy ya amat, tapi sebenarnya memang agak buzy lah, hehe :)

Sekarang aku memang balik keje dah jarang bukak laptop. Ngantuk gila weyhh~~
Penat ! Tapi apa pun aku suka keja aku. Tapi, serius, bukan pasal gaji or apa-apa
yang boleh membanggakan aku. Memang kadang aku terfikir, kalau aku kerja kat
KL or Shah Alam, confirm gaji aku cecah 2K. TAPIIIIIIIII..........
sebelum aku sempat merungut pasal kerja aku sekarang ni, aku terlebih dahulu
sepatutnya bersyukur, sebab Tuhan sebenarnya dah makbulkan doa aku :) iaitu :

1. Kerja yang dalam masa yang sama, aku boleh jaga mak abah aku.

Sekarang aku kerja, dekat je dengan rumah aku. Memang aku tinggal dengan
parent aku. Senang. Selesa. Transport pergi balik kerja pun tak jadi masalah. Ada je,
Alhamdulillah. Pernah terdetik, aku nak nekad je kerja jauh-jauh, konon nak dapat
gaji banyak so boleh belikan family itu ini, tapi....serius aku tak sampai hati bila
mengenangkan, yang aku dah lama gila jauhhhhh dari family dan inilah masanya aku
duduk rumah jaga diorang. Bila lagi kan? Lepas ni kalau ditakdirkan aku sampai masa
untuk berumah tangga, aku kena lebihkan suami dan keluarga mertua :( Sedih nanti,
jadi aku kena ambil masa ni lama-lama dengan mak ayah dan adik aku.

My Family (n_n)
 2. Kerja yang dalam masa yang sama, aku boleh tolong parent aku niaga

Yup, pada yang tak tahu, dah lebih 6 tahun mak ayah aku berniaga kat pasar malam.
Duit yang aku gunakan untuk belajar, duit yang aku gunakan untuk bersuka-ria menonton
wayang, berkaraoke, makan di restoran-restoran mahal, shopping dan lain-lain lagi kononnya
dengan alasan melepaskan tension, duit yang kadang-kadang aku guna untuk belanja orang
tersayang dan kawan-kawan semuanya hasil jualan pop corn dan ice blended mak ayah aku
kat pasar malam. Aku takkan lupa semua tu.

Dulu waktu aku masih belajar kat U, aku memang sedih gila tak dapat tolong mak ayah
aku niaga. Dan sekarang, aku dah habis study, jadi takde masalah nak tolong, kecuali
kalau aku penat gila kerja satu hari tu. Haha :p

3. Kerja yang dalam masa yang sama, aku boleh tetap jalankan bisnes craft aku

Promotion terbaru Hummy Lovey : Siapa Cepat, Dia Dapat !! :D
Hohoho ! Ini serius sangat berbaloi, dan aku tersangatlah sukanya pon adoi sebab bukan
senang weyh nak set up bisnes ni. Lagi-lagi kalau bisnes sendiri-sendiri dan produk sendiri,
takde partnership bagai. Hoo kalau disiplin tak kuat, boleh lingkup bisnes maa....

Alhamdulillah, setakat ni aku belum pernah terdetik untuk tutup terus bisnes craft aku tu.
Sekarang ni, memang proses pembuatan agak lambat sebab aku nak kena bahagikan masa
kepada tiga; kerja - niaga - buat craft. Tu yang aku punya bisnes skang agak slowww je,
tapi takpe! Slow-slow dulu, biar Hummy Lovey aku tetap beroperasi, mula dari bawah babe
:D Hehe

Hmmm...(n_n) so, apa lagi yang aku nak selain dari tiga benda ni? Benda yang selalu aku
doa-doakan, tanpa aku sedar dah pun aku dapat. Alhamdulillah. Dan ada orang tanya aku,
tak nak kerja tempat lain ke? Hehe aku senyum je, kalau aku jawab pasal tiga benda ni pon,
mesti diorang tak faham, nak melawan juga or pandang rendah kat aku. :p


Whatever dear, aku happy tau macam ni. Lagipun, kat ofiz aku, boleh online, hahahaha...
balik ikut office hour~ bos suruh aku overtime, pun aku taknak. Hahaha >_< !

Owh and lagi satu, buat masa sekarang ni, kalau ada yang mempertikaikan apesal aku tak
nak sambung study lagi, sorry lah dear, memang aku dah takde hati lagi nak belajar.
Penat lahhhh, sorry to say aku memang bukan jenis perempuan yang bercita-cita tinggi :D

Aku rasa masa untuk aku study tu terlalu lama dan terasa rugi, baikkk aku duk rumah
manja-manja dengan family dan kucingan aku yang comel-comel tu. Hihi (n_n)


Okay tu je coretan panjang aku ni. Ish3 memang panjang betul aku rasa ni. Thanx sudi
baca ! (n_n)


Friday 25 January 2013

Kisah Perjalanan Islam Lauren Booth #2

Bersambung daripada Bahagian #1

Lawatan Lauren Booth ke Gaza benar-benar memikat hatinya untuk terus tinggal
lebih lama bersama orang-orang Islam di sana. Tiga hari yang dirancang dirasakan
terlalu sekejap, dan akhirnya Lauren membuat keputusan untuk tinggal selama
beberapa hari di sana, walaupun beliau mempunyai dua orang anak di Perancis
yang padanya lagi penting daripada orang-orang islam di Gaza. Tetapi, dia pun
tak tahu, kenapa dan bagaimana hatinya terdetik untuk buat begitu.

Lauren mengambil masa selama 30 hari untuk meninggalkan Gaza, berikutan beliau
ditahan oleh pihak israel yang tidak membenarkan beliau keluar daripada Gaza,
melalui Mesir. Beliau terperangkap, tetapi sebenarnya, itu merupakan pembuka jalan
daripada Allah untuk Lauren menghayati lebih banyak tentang keindahan Islam,
daripada orang-orang Islam di sana.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Menurut Lauren, selama 30 hari di sana. Banyak penghayatan tentang Islam yang
beliau perolehi. Lebih-lebih lagi, ia pada bulan Ramadhan. Beliau masih ingat, 
kejadian yang berlaku pada suatu hari dalam tempoh itu.

Beliau dijemput masuk ke dalam rumah seorang wanita tua yang miskin. Apabila
Lauren masuk, ternyata rumah itu kelihatannya sangat daif, tiada perabot atau apa-apa
yang berharga, memang hanya tempat untuk berlindung semata-mata. Lauren yang
merasakan Tuhan orang Islam menyusahkan orang-orang Islam dengan berpuasa
kemudiannya bertanya wanita tua itu,

"Kenapa kamu berpuasa, adakah Tuhan kamu sengaja membuatkan kamu lapar dan
dahaga?"

dan wanita tua itu menjawab'

"Saya berpuasa kerana ingin merasakan kesusahan orang-orang yang miskin..."

dan ketika itu, Lauren berasa sungguh tersentuh dengan jawapan wanita tu itu.
Pada pandangan Lauren, wanita tua itu sudah cukup miskin baginya, tetapi dia
tetap bersyukur kepada Allah, selalu saja menyebut 

'Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah....'

sehingga wanita tua itu tidak sedar bahawa dia sendiri juga sebenarnya miskin.
Lauren cukup mengingati kisah itu dan beliau mula melihat apa sebenarnya Islam.


                                       * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Namun, Allah menggelar manusia ini sebagai 'insan' (lupa), apabila Lauren kembali ke
London, namun Allah tidak melupakan Lauren begitu sahaja, dan beliau sangat beruntung
kerana telah memperoleh hidayah dan petunjuk Allah SWT.

Hari demi hari berjalan seperti biasa, dan suatu hari Lauren telah masuk ke dalam masjid,
beliau duduk di dalamnya, dan ketika itu, hanya Tuhan yang tahu betapa tenang dan
indahnya rasa yang menyelubungi dirinya ketka itu. Suatu ketenangan yang tidak pernah
dirasakannya ketika itu. Dan apa yang Lauren pasti adalah, Islam adalah sesuatu yang
benar.

Islam adalah agama yang benar !

Dan, kali kedua beliau masuk ke dalam masjid adalah ketika dia masuk untuk memeluk
Islam, masuk untuk mengucapkan syahadahnya. Dan dari situ, anak-anaknya juga turut
memeluk islam. Dan ketika ditemubual itu, beliau berkata sambil tersenyum, 

'Ini Ramadhan saya buat kali kedua.." :)

                                            * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Itulah kisah Lauren Booth, seorang wartawan penyiaraan Britain yang dahulunya
sentiasa menyediakan cerita-cerita yang lebih menyifatkan Islam itu adalah terrorist,
kini Alhamdulillah, telah memeluk Islam, dan ternyata pengislamannya itu membuktikan
bahawa Islam bukan lah seperti yang beliau dan sebilangan besar masyarakat dunia
bayangkan.

Islam itu indah, islam perlu dihayati. Semoga ramai lagi yang akan dibukakan pintu
hatinya oleh Allah swt untuk memeluk Islam. Amin~~


Sumber : Rancangan 'Lauren Booth - My Journey to Islam' di TV9


Thursday 24 January 2013

Kisah Perjalanan Islam Lauren Booth #1

Siapa tak kenal Lauren Booth ni? Beliau ialah adik ipar kepada Tony Blair dan merupakan
seorang wartawan peyiaran Britain yang terkenal kerana telah mengejutkan satu dunia
apabila beliau akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan agama Kristian dan
memeluk Islam.

Mungkin semua tertanya-tanya, bagaimana dan apakah yang membuatkan beliau nekad
untuk memeluk Islam. Apa yang menjadi pembuka pintu hatinya untuk memeluk Islam? :)

"Lauren Booth - My Journey to Islam"

(Teruskan pembacaan untuk mengetahui siapa beliau dan bagaimana beliau dibukakan
pintu hati untuk memeluk Islam)

Lauren Booth


Kisah ini bermula pada awal tahun 20-an. Masa tu beliau bekerja sebagai wartawan
penyiaran untuk sebuah akhbar terkenal di Britain. Menurut Lauren, usia remajanya
membuatkan beliau semakin lupa tentang Tuhan. Rasa macam tak relevan untuk
percaya. Tambahan pula, ketika remaja, beliau seorang yang cantik dan berbakat,
jadi beliau agak lupa diri.

Tetapi, semuanya berubah apabila Lauren terlihat sekeping gambar yang berlatarbelakangkan
suasana di Palestin. Gambar itu menunjukkan belakang seorang budak lelaki yang sedang
memegang sebiji batu di tangannya. Manakala beberapa meter sahaja di hadapan budak
lelaki itu adalah sebuah kereta kebal, yang sedang mengacu tepat ke arah budak lelaki itu.
Dan nama budak lelaki itu ialah Faris Odeh, berumur 15 tahun.

Palestinian boy, Faris Odeh, shot and killed by Israeli forces on November 9, 2000
Faris Odeh Photo
 Ketika melihat gambar ini, Lauren seolah-olah terdetik di hatinya, tertanya-tanya,
bagaimana seorang kanak-kanak Islam di Palestin mempunyai keberanian yang sebegitu
kuat, bagaimana kanak-kanak Islam itu seolah-olah tidak takut langsung dengan kuasa
kereta kebal itu yang boleh menghancurkan tubuh badannya hanya dalam sekelip mata
saja ! Dia tertanya-tanya....

Dan tak lama lepas tu, beliau mendapat tahu bahawa kanak-kanak Islam itu telah mati
dibom oleh pihak Israel, dan Lauren berasa terkilan dan kesal dengan hal itu. Beliau mula
melihat siapa yang kejam, dan siapa yang tertindas. Dia sedih kerana budak itu baru
berumur 15 tahun sahaja.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Suatu hari, dia masuk ke bilik penyunting dan memberitahu bahawa dia nak ke Palestin,
untuk mendapatkan berita atau cerita, gambar dan tentang apa yang berlaku kat sana.
Lauren berkata, dia pun tak tahu macam mana dia boleh buat keputusan macam tu dan
yang paling menakjubkan, pengurusnya terus bagi cek, dan berkata, pergilah dan cari
cerita.

Dengan hanya berbekalkan tiga nombor telefon sahaja, beliau pergi ke Palestin. Tanpa
sebarang kenalan, tanpa sebarang hubungan dengan sesiapa, dan tanpa apa-apa, hanya
seorang diri. Ketika itu, beliau takut apabila memikirkan adakah orang-orang Islam itu
benar-benar terroris? Beliau risau akan keselamatan dirinya...

Lawatan pertama beliau ke Palestin dipandu oleh seorang pemandu teksi yang dikenali
sebagai Jamal Jimmy. Seorang yang baik dan sepanjang perjalanan itu, Jimmy menceritakan
kisah penindasan Israel terhadap Palestin selama lebih kurang 63 tahun (ketika itu). Lauren
mendengar dengan perasaan yang ingin tahu.

Sedang dalam perjalanan, Lauren melihat jalan yang Jimmy lalui penuh dengan kesukaran,
banyak halangan, ramai orang, sedangkan terdapat sebuah lagi jalan yang lengang. Lauren
berasa hairan lalu bertanya, kenapa Jimmy tak lalu jalan yang lengang tu? Dan jawapan
Jimmy mudah saja,

"Because i'm Palestin"

Menurut Jimmy, jalan itu hanya untuk orang Yahudi. Dan kalau didapati ada orang
Muslim yang melalui jalan itu, akan di bom, hanya dalam masa 5 minit sahaja. Dan selepas
itu Jimmy bertanya Lauren,

"Kamu masih nak lalu jalan itu?"

"Nope" jawab Lauren.


Perjalanan diteruskan sehingga beliau sampai di suatu tempat. Beliau ketika itu berada di
hadapan sebuah rumah penduduk Palestin. Ketika beliau berada di situ, tiba-tiba pintu
rumah dibuka, dan kelihatna seorang wanita tua tersenyum. Dia melihat Lauren yang tidak
memakai kot, lalu ditarik tangan Lauren masuk ke dalam rumahnya dan diberinya sehelai
kot kepada Lauren.

Kemudian, Lauren melihat wanita itu membuka almarinya, mengambil beberapa helai
pakaian, dan membuka pula sebuah beg, mengisi pakaian-pakaian itu ke dalamnya.
Dan diserahkan kepada Lauren. Wanita itu memberi beg berisi pakaian itu kepada
Lauren, menghantar Lauren ke pintu semula, dan mengucapkan,

"Assalamualaikum..." dengan mesra.

Disitu, menurut Lauren, hatinya mula tersentuh dan tersedar dengan kebaikan orang-
orang Islam Palestin. Beliau kagum dengan betapa baiknya wanita tua ini, padahal
beliau hanyalah orang luar, yang entah atau memang tidak akan berjumpa lagi dengan
wanita tua itu langsung selepas ini. Wanita tua itu tidak mengenalinya tetapi tetap menjaga
orang luar yang berada di hadapan pintu rumahnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Lawatan-lawatan seterusnya juga memperlihatkan kebaikan orang-orang Islam Palestin
terhadap dirinya. Sekembalinya Lauren di London, beliau berkata pelajaran tentang
Islam pertama yang dia perolehi adalah daripada pemandu teksi yang berbangsa Somalia.
Menurut Lauren, di London, kebanyakan pemandu teksi adalah orang Somalia.

Bayangkan beribu-ribu, berjuta-juta manusia dari pelbagai bangsa akan menaiki teksi
yang dibawa oleh orang Islam Somalia, yang akan memberi sepotong hadith atau ayat
al-Quran kepada mereka, sekurang-kurangnya akan ada segelintir yang mungkin
berminat dan akhirnya tertarik untuk memeluk Islam.

Lauren membayangkan pemandu-pemandu teksi ini ibarat tentera rahsia Allah! :)
Dan keadaan itu juga lah membuatkan beliau tidak sabar untuk menaiki teksi bagi
mendalami dan mengetahui tentang Islam.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

 Hari demi hari berlalu seperti biasa. Apa yang mengejutkan adalah tiba-tiba, dia
mendapat sebuah email. Ada dua perkara dalam email itu.

i. Anda mahu ke Gaza dengan menaiki kapal?
ii. Hubungi nombor ini jika berminat.

Menurut Lauren, hal itu sangat pelik kerana tiada lagi kapal yang berlayar ke Gaza
selepas Israel mengebom sebuah kapal untuk ke Gaza pada tahun 70-an dahulu. Dan
penganjur yang membuat lawatan ke Gaza itu pula dibunuh ketika itu. Dan kini,
sekumpulan wanita Amerika menganjurkan lawatan itu, dan mereka telah menghantar
email itu ke seluruh dunia dan..Lauren adalah salah seorang yang turut serta.

"I did called the number" kata Lauren sambil tersenyum.

Beliau dan rakan-rakan yang berada di atas kapal memang sudah menulis surat wasiat
kerana khuatir akan keselamatan mereka, takut terjadi apa-apa dalam perjalanan nanti.
Tetapi, Alhamdulillah.

Apabila mereka menyaksikan Gaza semakin muncul daripada kabus-kabus, mereka
berasa sangat gembira. Terdapat perasaan yang sungguh indah menyaksikan suasana
ketika itu. Dan apabila semakin dekat, titik-titik yang dari tadinya jauh kini semakin dekat
dan jelas rupa-rupanya adalah berjuta-juta rakyat Palestin yang sedang menyambut, dan
menurut Lauren, mereka tidak henti-henti menyebut satu perkataan yang ketika itu tidau
difahami olehnya iaitu;

"Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !!"

Seolah-olah bersyukur dan mengetahui, ramai manusia di seluruh dunia yang mengambil
berat tentang mereka.

Mengikut perancangan, lawatan itu hanyalah untuk tiga hari sahaja, tetapi apa yang berlaku,
pada hari ketiga beliau tidak berada di atas kapal, tetapi beliau berada dalam kalangan
orang-orang Islam di Gaza, bersama melambai-lambai kapal yang akan memulakan
pelayarannya. Beliau ada dua orang anak di Perancis, tetapi beliau tidak tahu mengapa,
beliau boleh membuat keputusan untuk tinggal di situ selama beberapa hari lagi.

Apa yang menarik adalah, ketika itu adalah bulan Ramadhan, di mana Lauren sekali lagi
berpeluang meyaksikan keindahan Islam dan umatnya ketika itu...

(bersambung di Bahagian #2 )

Sumber : Rancangan 'Lauren Booth - My Journey to Islam' di TV9

(sebenarnya, tadi aku dan nak tutup TV, tapi aku tertengok siaran ini, dan aku dengar dia
cakap sangat lembut, lancar dan tenang. Dia bercerita dengan senyuman, dan entahlah,
macam indah je aku dengar, tu yang aku tengok sampai habis, dan aku memang tersentuh
dengar cerita dia. Aku ada catat-catat jugak untuk aku share dalam blog aku ni untuk
orang baca.)

Salam Maulidur Rasul (n_n)













Yes ! aku mimpi Avril Lavinge lagi :p

YESS !! Aku mimpi lynn damya lagi !

Psst, aku memang minat Avril Lavinge, tengok gadget label aku sebelah kanan
tu, khas ada label untuk entry berunsurkan Avril Lavinge :p

Aku rasa beruntung betul sebab dah dua kali aku termimpikan minah rockstar nih.
Paling best ialah macam real punya depan mata, sebab memang sebijik Avril Lavinge,
takde distort-distort or tiba-tiba berubah wajah jadi Zizan Razak ke apa, memang
rasa maca betul-betul aku dapat jumpa dia. Hahaha...

Semalam, aku mimpi yang minah ni stay rumah aku. Aku tak ingat kenapa, tapi yang
penting memang daripada dulu lagi kami tinggal bersama. Sejak lahir agaknya. Haha!




Dan aku ingat lagi, masa tu Avril speaking Malay dengan aku, dia cakap dia nak
buat concert , ala-ala tour, so lama lah tak balik rumah. Aku dah sedih :( Motif lah
kan macam couple pulak. Dush ! Dush !



Owh btw, memang orang ramai tak tahu yang Avril ni duduk dengan aku serumah,
sebab kalau tak rumah kitorang kena serbu dengan peminat-peminat dia. Then, tak
memasal aku cakap kat dia macam ni,

"I don't know how to explain...it seems like I can't tell everyone that you'd actually
stay here, live here in my home, together....I can't share with people about the thing
that make me very happy.."

Hahaha macam harammmm je bila aku ingat balik. Sumpah aku tak tahu apesal
tiba-tiba aku bermadah sebegitu rupa (-_-'). Yang penting masa Avril dengar aku
cakap macam tu, muka dia terus berubah, jadi sedih. Tapi, dia kagum dengan
ayat aku, dan dia cakap nak guna ayat-ayat aku tu dalam lirik lagu dia nanti...(u_u)

Tak sabar nak dengar Avril nyanyikan lagu ciptaan aku tu. Haha, perasaan sungguh !!
Owh and then, boleh pulak tiba-tiba aku tengok minah tu dah pakai tudung. Masa tu
dia dah nak keluar pergi Tour concert dia tu. Masa dia blah tu dia tak cakap pape pun,
dia cuma pandang je aku. Mungkin hati dia sayu dan sebak untuk tinggalkan aku masa tu.

Hahahaha, sudah ! sudah ! Mesti korang dah tak sanggup nak baca kann?? Baguslah
sebab mimpi aku bersambung takat tu je, hahaha :p Cuma aku rasa mimpi kali ni
lebih better lah, aku berpuas hati berbanding MIMPI AKU YANG DULU TU (KLIK)


CUN tak ?? :D


Tuesday 22 January 2013

Amazing Food Art !








aRkkkkk sakit ! sakit !!




ngilu pulak rasa mulut aku tengok~~









Ive always loved this photo, might as well post it :D

Apple Fruit Cups!

Aku bukan rasa lapar tengok makanan-makanan ni, tapi rasa kagum, Hahaha~

Nak lagi? Meh tengok pulak Pancakes bentuk organ-organ dalaman manusia. Euwww~


Pancakes Bentuk Organ Dalaman Manusia?

coolest pancakes ever

Tak lalu nak makan rasanya, haha :p Korang nak? Amek lah semua, hehe~


Monday 21 January 2013

Sebab kenapa aku tak update blog...









Keesokan harinya....








Okay, pic last sangat lah tipu. Memang berkobar-kobar aku nak update
blog, tapi bila tenung je skrin laptop tu, rasa macam ada sesuatu kuasa
psikik yang menyedut idea aku habis-habisan sampai aku rasa macam
tak reti nak mengarang.

Grrrrrrrrr !

(owh ye, lepas ni selalu lah aku menyalahgunakan scanner yang ada kat
sini,untuk scan doodles2 aku..hahaha tak perlu lagi nak men'snap' dan
mengedit pic. Mudah bukan~ Ngehehe)

Baca Percintaan Sweet atau Romantik yang menjadi pilihan ?