Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 28 November 2013

Habislah Lepas Ni Kita Jilat-jilat Logam Je lahhh....

Salam. Owh man~ teknologi yang canggih kadang-kadang membuatkan manusia kelihatan
seperti bangang. Aku masih ingat lagi ketika awal-awal dahulu tahun 2006 masyarakat
diperkenalkan dengan permainan video seperti Wii Sports keluaran Nintendo, yang mana
alat kawalannya mampu mengesan pergerakan dan daya momentum.



Wii Sports mengubah cara masyarakat bermain game, daripada duduk atau berbaring saja
sambil menekan-nekan button di game console kepada pergerakan sepenuhnya yang maksimum
seolah-olah kita betul-betul sedang bermain, dengan hanya memegang alat kawalan yang aku
maksudkan tadi !

Walaupun ianya macam 'main permainan video yang menyihatkan' kerana dapat mengeluarkan
peluh, aku tetap rasa kelakar bila tengok orang main game ini. Rasa macam bangang sungguh
apabila kita membuat gaya sesuatu yang kita tidak buat secara zahirnya, di depan TV or PC,
dan erk..bersungguh-sungguh pulak tu (-_-') :

 
 

Bersemangat di depan TV (-_-') :




Sungguh apakah~ (-_-')

Dan kalau anda ingat sebelum-sebelum ni, ramai pakar yang berusaha untuk menghasilkan
'perasa digital' yang membolehkan kita merasa makanan tanpa memakannya, dan kini
mereka semakin hampir dengan teknologi itu :

Digital Taste

The Digital Taste Interfaces yang membolehkan pengguna merasai sensasi perasa
perisa yang pelbagai melalui elektrod
tastething500sc.jpg
Part of The Digital Taste Interfaces
Sumber Gambar : Ranasinghe

Tonton video untuk pemahaman yang lebih berkesan :

Aku rasa macam geli pulak kalau kena berkongsi logam tu (Tongue Interface),
boleh basuh dengan air ke? Kang kena letrik pulak, hahah :p

Digital Lollipop

Matlamat mereka membuat kajian untuk menghasilkan 'Lollipop Elektrik' ini yang
kononnya dapat membantu masyarakat yang gemar memakan candy / ice cream,
tetapi dalam masa yang sama tidak mahu tubuh badan mereka menjadi 'comel'.

Konsepnya dan method nya mungkin sama dengan Digital Faces Interface, dan kalau
nak tau lebih lanjut, boleh baca sini kot~

So,


Aku harap kita tak terpengaruh dengan semua ni, sebab kalau nak diikutkan,
banyak lagi cara untuk kita berdiet secara sihat. Produk ni sama je macam
produk-produk kuruskan badan yang lain. This is pharmacy and technology business
and once it called a business, ia hanya hendak mengaut keuntungan daripada anda.

Ia memang satu teknologi yang tak dapat dinafikan betapa hebat dan canggihnya,
tetapi kalau difikirkan secara mendalam, tidakkah ia merosakkan sesuatu yang asal
dan semulajadi ? Maksud aku, cara kita menikmati makanan dan sesuatu yang
semulajadi seperti sistem dalam tubuh badan kita.

Bila benda ini wujud, jangan terkejut kalau ada yang terlalu obses dengannya,
sampai tak makan dan hanya menjilat logam-logam besi ini sebagai ganti
kepada 'makanannya'. Ia adalah sesuatu yang tidak sihat.


Jangan biar diri anda diperbodohkan :)


Sekian, terima kasih sudi baca :)


3 comments:

Nong Andy said...

Biar betul rasa makanan dgn alat tu huhuhu..
Akak pun tak lalu gak nak try heheheh

muja said...

eeeeeeeyuuuuuuuuuuu..... tak kan sama,,, tekstur makanan kan lain,, aduss,, tak mau la gini,, makin ramai lak aneroksia,, tak mauuuu

eima said...

dah tentu logam ade bahan kimia..pasni sakit pulak... mcm2 betui teknologi sekarang ni