Happy Three Friends

Miss Money

Friday 30 November 2012

Blog Aku Berwajah Baru :D


Hahaha
Blog aku telah bertukar !!
Setelah aku
begitu selesa dengan
keadaan blog aku before ni
Yang putih bersih dulu tu...
Makin lama,
aku makin rasa bosan pulak..
(u_u) <-- bosan="bosan" p="p" wajah="wajah">
Jadi,
aku memutuskan
nak guna balik blog templates
macam yang aku buat
masa awal-awal
aku berblogging dulu

So, agak penat lah tadi
mencari background yang best,
actually semuaaaaaanya tak best !
Aku tak berkenan betul,
sebab yg wide punya takde :(

Ini pon aku kidnap gak
sebab dua button pink yang ade
kat kiri kanan blog aku ni,
comel !
Haha...
So, design blog aku
buat masa ni,
agak huru-hara sikit lah
Sebab aku dah ngantuk
nak betulkan semula
Templates dan layoutnya..
Wuwu ngantuk,
so apekah?
Cun tak wa punya blog sekarang ni?
Huru-hara kan?
Hahaha..

Takpe,
yang penting blog aku sekarang,
ade 2 button comel,
Hahaha...
jap lagi aku boring lah ni,
bukan leh caya aku ni
Jap lagi korang datang blog aku,
Pling !
Dah bertukar lagi, hahaha
Okay, 3 hari esok aku agak busy sket
So, nanti aku kembali
Akan ku terjah blog-blog korang yer :)

Take care blogger !
(n_n)

Thursday 29 November 2012

15 Foto Keindahan Alam Semulajadi yang menenangkan (terapi)


Aku teringin nak buat rumah yang dekat dengan alam semula jadi.
Jauuhhhh dari bandar, dan jauh dari teknologi.

" Biar aku hanya menikmati keindahan alam semula jadi di sana~
  Menghirup udara segar...sejuk dan nyaman...
  Memandang hutan dan pokok-pokok...seluas mana pemandangan pun
  biar hanya hijau yang mendamaikan~
  Biar aku sentuh daun-daun yang masih sejuk berembun
  di waktu paginya..
  Sambil merasakan kehangatan matahari pagi
  yang sungguh selesa~ :) "

Okay dah ambil mood? Jom terapikan jiwa dan mata anda dengan
ketenangan dalam foto keindahan alam semula jadi ini :



breath in...breath out, people :)



Biri-biri yg bulat (n_n)


arhh rasa nak pergi mandi sungai pulak (>_<)


Bayangkan bila kita datang dekat je, rama-rama biru ni terbang semuanya~
Cantik kan ? :) Ala-ala Alice in Wonderland gitu :D


My favourite photo ! :D


Diet yang sihat ! :D


Yang aku tahu, alam semula jadi itu memang sudah cukup indahnya, jadi tak perlu
nak over editing sebab ia hanya akan membuatkan foto anda nampak tidak natural :)

Kalau anda memang benar-benar pencinta alam, like page ini di FB : I Love Nature
sebab page tu memang selalu update foto-foto macam yang aku tunjuk tadi :)

Kadang-kadang kita bersusah-payah pergi klinik, jumpa doktor, makan itu makan ini,
pergi shopping habiskan duit sebab kita tension. Kita tak sedar yang sebenarnya, dengan
memerhatikan alam semula jadi, fikiran kita akan jadi lebih tenang, damai dan ringan. :)

Mungkin lain orang lain caranya, tapi cara ini berkesan untuk aku (n_n)
Okay itu saja, terima kasih sudi datang :)

psst : bestnya dapat duduk kat sini \(n_n)/



Monday 26 November 2012

Musim berjubah StarWars & Dapat bunga


Yeayyyyy !
Aku dah konvo !
Kesukaan melanda-landa !
\(>_<)/
best dapat jumpa
member yang lama tak jumpa
sejak habis study bulan July
hari tu (n_n)

Nama aku antara yang terawal,
jadi lepas je naik pentas,
keboringan pula
yang melanda-landa..
Haha,
jadi dalam entry ni,
biar lah hanya gambar yang menyemak
Sila tahan mata anda
melihat segala aksi di bawah :p


1. Kesalahan cara pemakaian di situ~~

(masa ni, mak abah adik aku begitu musykil macam mana nak
pakai menatang merah kat leher aku tu, so dengan konfidentnya,
dipakaikannya aku macam tu, hahaha...maklum lah first time~~)

2. Aku di pentas~~~

(kamera di zoom sepenuhnya sbb parent aku duk jauh, diorang tak masuk
dalam dewan, wuwuwu :( )

3. Retis baru keluar mahkamah~~


4. Bergambar bersama penaja utama pengajian aku~~hihihi

Terharu sgt aku, even kami bukan orang senang, mereka
berjaya me-universiti-kan aku hingga ke degree (n_n)

5. Hadiah pillow untuk encik beliau (n_n)

Hehe, bukan aku tak nak bagi bunga, tapi bunga tu agak mahal lah :(
so aku buat je lah sendiri hadiahnya, hehe

6. Hadiah bunga untuk aku (n_n)

Warna rose ni pink pekat ! Suka ! Suka ! Sukaaaaanya !!! \(>_<)/
so tadi, aku dah bercakap-cakap dengan roses ni, tu yang dia kembang
dengan gembiranya..hihi

Yelah, kata orang
kalau nak bunga cantik,
kita kena selalu bercakap
dengan dia kann :D

7. Gambar dalam bilik Vip ala-ala setinggan, eh?


Nak tau apa kes dengan bilik Vip tersebut? meh klik link kat bawah ni :

Klik Sini Aku Kata !
(kisah bilik VIP aku yang sumpah best gila)

Owh come on, bilik VIP katanya~~~


Holla !
Semalam
bersamaan dengan
25 Nov 2012
adalah hari
per-conVO-an aku
Hahahaha !

Dan seperti biasa, (macam convo sebulan sekali pulak :p)
seminggu sebelum tu
masa aku ambil jubah,
aku kena booking dulu
barang sebilik dua hotel
Untuk family aku stay
Sebab kitorang duk jauh...

Aku ni memang malas dah
nak merayau-rayau cari hotel masa tu,
so aku terus pergi tengok
hotel yang dekat-dekat area Uitm je~

Konon nak dekat lah check in kat situ
Masa tu bilik family penuh,bilik connecting room pulak dia cakap
kecik, tak muat untuk empat orang
So, dia suggest aku amek bilik VIP,
you alls~~~
Bro tu pulak bercakap
ala-ala bagus benarrr sih kamarnya !
So, aku terpedaya~~(u_u)

Meh aku bagitau keseronokan bilik VIP di sini :D

1. Bilik yang sangat-SANGAT comel untuk 2 orang shj :)

(bro tu kata bilik VIP sesuai untuk 4 orang, and yup, memang sesuai
habis, puihhh..bawah tu letak tilam satu je kitorang terus dah tak leh
gerak nak ke mana-mana)

2. Bathroom nya boleh dibuat badminton court :D

 
(okay, konon terubat lah hati customer bila tengok bathroom yang
panjang dan luas macam ni dalam seekor bilik VIP yang kecik, huu~)

3. Sarapan yang sangat-SANGAT mendietkan ! :D

Nasi Separuh Polisterin \(n_n)/ yeaaaay !!

(aku memang tak tau ape motif diorang letak nasi yang memang sikit
tu ke tepi belah kiri, adakah itu style baru catering di hotel-hotel begini?
ia hanya menampakkan lagi nasi tu mmg sikit...yaaaa, aku sungguh suka !)

dan owh, btw masa check in tu,
aku dengan abah aku yang uruskan
Dan kami sekali lagi terpedaya
dengan reward yang bakal kami dapat
jika kami register sebagai member club~

dan dengan rasminya sekarang,
aku ada card grand tersebut,
warna emas tu~~~huyoo~~~
Damn sangat~
Tak payah buat aku rasa lagi bagus !
Hahaha :p

Owh ye,
sementara bersiap nak
ke dewan konvo,
kitorang sempat
mengabadikan kenangan
dalam bilik VIP tersebut
:D

(Sebesar alam gambar nih, hahaha)

Bila check out je daripada bilik VIP ni,
kitorang dapat lah tarik nafas lega
kerna aku tak apa-apa~~~
Corridor pun aku rasa lagi besar
dari bilik,
abah aku pon sampai cakap
rasa nak tidur je kat dalam bathroom
yang panjang tu, haha

Owh ye, sebelum ada yang judge aku
ni tak bersyukur lah, apa lah...
aku nak mention kat sini,
yang aku bayar mahal untuk satu bilik tu
dan lagi pun ia berTitle VIP,
so sepatutnya bukan lah macam tu kan~
Hahahaha

so that's all,
coming up next is...
My ConVO story !!  <-- br="br" klik="klik">
;D


Friday 23 November 2012

Misteri Bunyi Sistem Penggera di Pejabat


Korang~~~nak dengar cerita hantu tak~~~
Hihihihi (n_n)
Okay, sumber cerita ni adalah daripada
Kawan Baik Saya (n_n)
Aku ringkaskan ceritanya yang penting-penting je ye :


( Sila imagine kan di tengah malam yang sunyi,
anda berada di office dengan beberapa rakan sekerja anda )


Satu malam tu,
dia dan kawan-kawan office dia balik lambat
Kena stay back sebab banyak kerja
Jadi, lepas siap semua kerja
Aku tak ingat dalam jam berapa,
mereka pun keluar lah dari office

Dan dekat office mereka ni,
ada pasang sistem penggera
Untuk elak kan pencuri / penceroboh masuk
So, orang last akan set semula nombor pin sistem tu
Dan tutup pintu..
So kalau orang lain main pecah masuk je
Memang berbunyi lah penggera tu..
Ala korang pon tahu kan,
mesti ade sesiapa yang dah pasang kat rumah..

Okay so lepas tu, mereka pun
turun lah ke bawah,
masing-masing nak balik dah..
Office mereka kat tingkat 3,
mereka dah turun sampai bawah..

Tiba-tiba.....


Penggera tu berbunyi !
Memecahkan kesunyian malam masa tu.

Kawan aku ni dan member-member dia pon
bergegas lah nak naik semula
office mereka yang dekat tingkat 3 tu...

Tapi...


Apabila mereka sampai di tingkat dua,
ketika diamati betul-betul..
Ia bukan lah bunyi sistem penggera itu...

Bunyi itu adalah bunyi wanita mengilai....
yang menyerupai bunyi penggera itu


" Hieeehieeehiieeeeehieeee~~~~"


Hmm..korang pernah terfikir nak pasang sistem penggera di rumah?
Fikir betul-betul.
Jangan biarkan diri anda di selubungi....mistewiiiiieeeee~~~

...

...

...


CUT !!!!

(semoga pic baby ni dapat melegakan perasaan korang tadi, hahaha)


Seram tak?
Aku sebenarnya tak reti nak tulis entry seram-seram macam ni,
kalau bercakap tu reti lah

Haha btw maaf lah kalau ada antara korang
yang menyesal baca entry seram ni.
Tapi, ianya memang kisah benar dan Alhamdulillah,
selepas diadakan kenduri dan bacaan Yassin,
benda tu makin kurang mengganggu di office tersebut :)

Korang ada kisah seram jugak?
Meh lah share link kat aku, hihihi
Owh btw ni kisah hantu yang lain, enjoy ! (n_@)

Misteri Bilik Sebelah
Pengalaman Seram Crew Filem (3)
Pengalaman Seram Crew Filem (2)


Supper...midnight....stories..


Hai. Masih ramai lagi ke
yang tak tidur malam ni?
Well~ aku tengah ber-supper
sekarang ni,
sambil menaip entry ;)
Korang suka ambil supper?

I mean supper tu makan
yang ringan-ringan je,
bukan melantak nasi ke apa..
Haha, tapi
aku selalu gak melantak nasi
dan segala benda yang berat
malam-malam..
:p

Kekenyangan perut
menjadi keutamaan aku
selalunya..
Haha..

Teringat pulak dulu-dulu
masa aku habis SPM,
tidur awal jam 12 tengah malam,
tapi lepas tu bila terjaga je
Dalam jam 1 lebih or 2 lebih,
confirm aku akan turun bawah
Selongkar dapur
dan makan or
habiskan lauk-pauk hidangan
makan malam tadi..
Sambil tengok tv..

Bahagia sungguh masa tu,
rasa macam bersahur pulak
Waktu bulan puasa pon,
aku memang semangat bangun sahur,
sebab nak makan..
Hahaha..

Dan orang-orang yang kenal aku
akan bercakap dengan jeleznya~
"Kau ni makan banyak,
tapi badan keding !"

Ohoi~~
itu mengutuk or jealous ye?
Haha,
mula-mula memang aku kecik hati,
tapi bila fikir-fikir balik secara positif,
hahaha

"Engkau mampu nak makan malam-malam?"
Sure takut kan kalau berat badan naik~~ :p
Hehehe jangan marah aa..
Itu hanya lah untuk menyedapkan hati sendiri
Tapi lantak apa aku kan :D

Hmm..owh ye panjang lebar bercerita,
ini menu supper aku malam ni..
Simple je, sebab jam 12 tadi aku dah
makan nasi (n_n)


Tiga biskut tu dah habis,
tinggal kek lembut perisa oren tu je,
siapa nak tolong habiskan?
Hehehe (n_@)



Sunday 18 November 2012

Bukan sekadar universiti...


(hasil karya clasmatez kitorang, Mat : Kami di-cartoon-kan mengikut final project kitorang.
Aku buat berkaitan dengan skateshop, so nampak tak belah paling kiri yang girl terbalik pegang deck
itu adalah icon aku, haha)


Universiti Teknologi Mara
ia bukan sekadar sebuah universiti
Ia tempat di mana aku
Mengenali erti sebenar
tentang kehidupan
Tentang tanggungjawab
Tentang susah dan senang
dan juga tentang kasih sayang

Masih segar dalam ingatan aku
Kali pertama jejak kaki ke alam diploma
Aku ingat aku sorang je
Budak perempuan dalam kelas tu
Suspen jugak fikir,
macam mana aku nak survive ni
Kalau takde clazmates perempuan?
Hmm..rupa-rupanya, ada..
Cuma diorang
Berkumpul dekat tempat yang jauh sikit
daripada tempat aku tu..
Fuh, lega rasa~~

Minggu pertama,
dah pandai keluar pergi bandar
Masa outing itu lah,
aku dapat kawan-kawan
yang kononnya 'family'
ada gelaran along, angah, adik
dan aku
digelar 'achik'
cuma yang aku tak sangka,
masa kitorang keluar tuuuu lah
Berlaku sesuatu yang aku
tak pernah expect langsung
Haha..
biarlah cuma kami yang tahu :)

Teringat lagi,
kenangan di studio,
kenangan di cafe,
kenangan di hostel,
kenangan di pasar malam,
kenangan di dewan makan,
kenangan di tepi tasik, 
even dalam tasik pun ade kenangan

(sudah direndam, ditabur tepung pulak, tunggu nak goreng jer, haha)

(-_-') Hahaha~
Sebab masa buat birthday party classmates,
beberapa orang clazmates lelaki
telah menjadi mangsa korban
dan dicampak ke dalam tasik
yang sangat bersih airnya tu~~~
HAHAHAHAHA ! (>_<)

Dan yup,
teringat jugak birthday party member yang lain
Yang diatur oleh pengatur yang setia
iaitu 'Bunga Sejambak'
termasuk lah pengaturan untuk birthday party aku
Terharu sangat masa tu
Hihihihi...

Bila melangkah ke alam degree,
semuanya tak segila alam diploma
Pemikiran dan idea seolah-olah disekat
Nak buat itu tak boleh,
nak buat ini tak boleh,
Agak biased sikit,
rasa macam agak tak dipedulikan oleh orang atasan
Memang rasa di anak tirikan
Memang,
rasa lain..
Dah lah aku lain kelas dengan 'yang itu'
Rasa poyo bila sebab tu pon
aku nak menangis,
Hahaha... :p

Degree,
memang lain
Yang dulu rapat,
rasa macam jauh,
yang dulu tak pernah bertegur
tiba-tiba sekarang jadi bestfriend
Alhamdulillah,
'kami masih lagi..'

Degree,
memang mencabar
Dengan subjek-subjek yang aku
ibaratkan macam pil-pil tidur
Kalau pergi rasa mengantuk
Kalau duduk dalam kelas tu lama-lama
boleh overdose,
memang mencabar
Report ! Report ! Report !
Proposal ! Proposal ! Proposal !
Damn~~

Pulak tu subjek pil tidur tu
subjek yang memerlukan kedatangan
yang konsisten
tapi even aku jarang ponteng pun,
tetap kena tanya orang lain jugak
Sebab aku rasa macam...
apakah lecturer ni ajar (-_-')
Eh...
jarang ke aku ponteng?
Hak.hak..hak..

Tapi even macam tu pun,
aku ada seseorang
yang merupakan
Pil perangsang aku
Selalu mengomen, memberi idea, mengkritik dan membetulkan
segala tentang assignment aku
Dia jugak ibarat macam
Minyak yu yee cap limau
Selalu hilangkan pening
dan sakit aku
Bila aku rasa stress
pasal assignment
dan dia jugak
ibarat sang badut
Yang mengiburkan
dan melayan saat aku sedang sewel
Pun disebabkan oleh assignment..
Hahaha (n_n)

Banyak !
Banyaaaaak gila benda yang tak boleh nak lupa !
Dulu, masa nak masuk degree,
benda yang paling aku ngeri
ialah buat Thesis

Sepatah haram pun
aku tak tau
menatang apakah itu?
Yang aku faham,
Thesis tu
boleh membunuh !
Hahaha

dan yeeeeeeee....
memang aku rasa nak mati
masa buat Thesis tu
Owh aku tak boleh nak ingat semula
Betapa bersusah-payahnya
Aku bermalam di fakulti
Selama beberapa hari,
dengan makan snek-snek yang
langsung tak mengenyangkan
Wuwuwu...
Lagi time bila Thesis tu
tiba-tiba bertukar format,
masa tu serius rasa
macam dah nyawa-nyawa ikan
Semput bila ingat semula..
Dah lah time tu
aku tak sihat..
Ish3...

Tapi, Alhamdulillah
semua itu sangat berbaloi..
Sangat-sangat !
:)


Soon..
A week later,
I'm officially graduated
and it's the beginning
of the new stage of my life
The stage that requires me to be more serious
More commitment
and thousand times more stronger
then before..

This is just
the beginning...
and I'll believe in myself,
...
I
can
do
it
!
:)






Saturday 17 November 2012

What's now and what's next ?


Today is the day
That makes me seriously thinking
about my future
what if?
what's now?
what's next?
What's that?
What's this?
and all...
Curious to know
Which way is better
and which way that i've shouldn't choose
Thinking what is the real plan
and at the same times
TRYING to prepare the back up plan
You know
you really desperate for it someday...

We can determined the decision
but God determine the fate
We can trying so damn hard
We can do it all over again
We can defend something that really worth

and what we do is;
We are currently trying...

What we're really really do now
is trying...
Trying to get better life
Trying to find a soulmate
Trying to have all of fun
Collecting friends and money
and so on...
We are trying right now

Same with me
I am trying...
Ya...


Wednesday 14 November 2012

Chill Out~


Well~well~well~
broadband aku belum bayar
Bila keadaan ini berlaku
Maka akan berlaku
Penurunan mood
yang mendadak
untuk berblogwalking
ke blogger BFF aku~

Tu nampak kat right sidebar aku tu
Blogger BFF tu~~
Hihihi, mereka mendapat gelaran itu
Sebab mereka selalu singgah blog aku
dan meninggalkan bukti-bukti
penyinggahan mereka di sini
Terima kasih
kanak-kanak sekalian~
Hihihi :p

Dan kat belah bawah pulak,
ada list Bloglist yang baru
Itu blog-blog yang aku suka singgah
Tapi,
kerana line aku lambat sekarang ni
Dan situasi aku pulak
makin kesempitan masa
Chewah~
So, aku jarang dah bersiar-siar
ke blog diorang
Entah apa khabar lah mereka
dan Blogger BFF aku tu
Hmm~
:(

Laptop pun aku dah jarang on
kalau on pun sekadar update page je lah,
lepas tu off balik
Konon nak jimat letrik~
Hahaha,
maklum lah lepas ni
aku yang kena bayar letrik
Hahaha
rasa macam dah dewasa betul~
Haha

Korang-korang sekalian,
jap lagi aku dah setel hutang broadband aku ni
Aku akan melawat korang okay
Dan tinggalkan seguni komen di entry-entry korang
Hahaha,
owh bila lah tu,
hope lepas ni tak berapa nak buzy sangat

Okay, take care tau semua (n_n)
Dah kenapa kali ni
entry aku tulisan ke tepi je kan?
Haha



Monday 5 November 2012

Apabila aku bermimpi tentang SPM


Entah mengapa, oleh kerana kat Facebook banyak sangat agaknya tulis
pasal SPM hari ni, maka dengan indahnya aku bermimpi tentang SPM
malam tadi. Dan ia sangat sengal aku rasa. Ini mimpi aku :


Di sebuah kampung, aku terserempak dengan adik sedara aku yang
sepatutnya tengah menduduki SPM sekarang ni. Aku pelik lah apsal
budak ni merayau-rayau lak kan?


Aku : Diba, kau tak amek SPM ke hari ni?

Diba : Taklah, SPM dibatalkan sebab kat sekolah tu ada zombie...


Aku pun macam nak caye ke tak ek masa tu. Aku cakap biar betul ni,
macam dalam movie pulak. Chewah~ rupa-rupanya memang betul ada
zombie. Hahaha....habis aku kena kejar. Dan-dan terus aku pandai drive
lori time tu. Hebat sungguh aku~~


Kalau macam tu bukan SPM je yang batal, semua aktiviti harian mau
tergendala nih. Ala, macam dalam movie Resident Evil tu, aku baru je
tengok hari tu, hahaha...pengaruh filem lah ni :p Hihi~


Okay, klik sini utk baca mimpi aku dengan avril lavigne pulak :

Mimpi aku dan Avril Lavigne



Saturday 3 November 2012

Krubera Cave : GUA TERDALAM DI DUNIA


Tadi baru lepas tengok blockbuster movie kat TV2,
citer Journey to the Center of the Earth tuu~~~

dan tengah-tengah online tiba-tiba ternampak gambar yang amazing ni.
Subhanallah, dah lah aku dalam mood mengembara nih. Jadi aku share kat
sini supaya korang boleh ikut aku mengembara kat sini.



Tolong laahhh, kalau boleh nak bagi lagi besar pic nih.
HAHAHAHAHAHAHA !! (gelak bergema ala-ala dalam gua)

Nak tahu lebih pasal tempat ni sila mengembara ke link ini :


Sekali lagi, ikut aku kita gelak bergema-gema bersama sekali lagi~~


HUHUHAHAHAHAHAHA !!


HUHUHAHAHAHAHAHA !!


HUHUHAHAHAHAHAHA !!

HUHUHAHAHAHAHAHA !!

HUHUHAHAHAHAHAHA !!

...

seronok kan~
(u_u)


Friday 2 November 2012

6 Sebab Kenapa Anda Patut Mandi Sebelum Subuh


Korang selalu bangun pukul berapa dan mandi pukul berapa ??
Ahakz, sebab ada jugak orang yang bangun awal tapi mandi lambat,
mungkin sebab dia bangun-bangun terus mengadap laptop or pc dan terus online.

Toink !

Fine~~~~ terkena batanag hidung sendiri. Sakit betol :p

Okay, aku nak cerita pasal mandi ni. Siapa yang amalkan mandi sebelum subuh ni?
Haaa, tahniah lah kepada mereka yang amalkan, sebab ternyata mandi sebelum
Subuh ni memang best dan banyak kelebihannya !

 
Antara kelebihan mandi sebelum subuh


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi
lebih tinggi dari waktu lain.  oleh itu, gas ozon ini juga amat penting
untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh,
ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat
untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :


1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk
mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini,
jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan
air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata.
begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak.
kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi
lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian
tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila
anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada
lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan
salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH,
dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah
lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik
utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam
tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan
tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk
dijangkiti dengan sebarang penyakit.



dan aku tambah lagi satu, ia akan membuatkan kita segar bugar seperti ribena
apabila kita menunaikan solat Subuh ! Yeayyy

\(n_n)/

~Selamat mengamalkan mandi sebelum Subuh~








Thursday 1 November 2012

Hebatnya ayat Qursi



Khasiat Ayat Kursi :

☑ Baca pada saat keluar rumah,
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

☑ Baca saat masuk rumah,
Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

☑ Baca setelah berwudhu,
Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

☑ Baca pada saat tidur,
Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

☑ Baca setelah sholat,
Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.