Happy Three Friends

Miss Money

Monday 3 September 2012

My Final Decision !!


Huarghhhhh !!! Sementara aku masih bersemangat waja ni, baik aku tetapkan
hati dan iman dulu. Hahaha...


Sape yang baca blog aku mesti tahu kan, yang aku ni fresh graduate dan
currently seeking for a job, dan dalam masa yang sama pulak, aku buat
bisnes handmade craft secara online juga di alam realiti ini.


Hari tu dapat offer di KL, tadi dapat offer di JB tapi agak tercekik jugak lah
nak pergi sebab jauh. Dalam pening-pening, pusing-pusing dan berbelah
bahagi darab tolak tambah semua tu, aku jadi setension-tension manusia.


Lepas dekat 1 jam bincang-bincang dengan consultant peribadi aku a.k.a
mak kesayangan aku, selepas mengambil kira pelbagai sudut risiko, 
kebaikan serta keburukannya, maka dengan ini.....


Aku memutuskan bahawa aku nak fokus dalam bisnes aku. Dan bila
termaktubnya keputusan aku ni, maka aku akan berhenti meng'apply' kerja
untuk mana-mana company. InsyaAllah.


Jadi, aku nak memohon maaf dulu lah, kalau lepas ni blog aku dan home
Facebook korang tu penuh dengan segala bagai jenis handmade craft aku ye~~
rakan-rakan sekalian. Heheh.. (n_@)


Ketahuilah, bisnes memang susah pada awal-awal permulaan macam aku ni.
Sebab tu aku kena promosi banyak dan usaha melampaui batas sikit. 
Harap korang faham dan support aku. 


Dan sekarang, aku yang pilih kerjaya aku, maka aku akan bertanggungjawab
dengan apa yang aku pilih. Kalau ada makcik-makcik yang nak tembak
aku, meh sini aku tembak dia dulu dengan jarum-jarum jahit aku ni haa~~


Okay, sekian, ucapan daripada budak kecik yang tiba-tiba bersemangat waja
nih~~~ (-_-') kecik ke?


Owh ye, jangan lupa like page ni ea -->


Terima kasih semua (n_n)




8 comments:

Everything's Everythings said...

Bagus tu.. Rasulullah SAW pun melibatkan diri dalam bidang perniagaan ^^
Dan tiada perniaga yang tak ambil risiko utk memulakan buisness mereka :D
Wish u best of luck~

cik abbit said...

best of luck in wat eva u do

farra fajima said...

good luck dear
bisnes mmg susah
tp kalau dah ade market,ada permintaan, dah ade customer
ape salahnye mencuba
kan?
:)

Anum Shukri said...

Good Luck dik...
jangan putus asa..

Anonymous said...

Goodluck dear!:)

Unknown said...

bukannye duduk saje2 pun kan.. ade jugak income lgpun rezeki ade di mana2.. xkisah la ape kerja sekalipun.. janji halal.. kan kan kan? hehe

Lynn Damya said...

Everything : betul tu, insyaAllah, terima kasih ye :)

cik abbit : thank you, awak :)

Farra : betul tu fara, thank q so much ! :')

Anum : time kasih akak :)

Fyfy : tQ fy~~~ :)

aisya : betul2...time kasih :')

Nong Andy said...

baik adik kecik.. saya like sekarang juga :D