Happy Three Friends

Miss Money

Saturday 29 September 2012

Sabarlah, mungkin belum rezekimu :)


Salam :)


Tadi, aku pergi lunch dengan family kat satu food court ni. Berderet kedai makan.
Kitorang memang dah plan nak makan di satu kedai nasi ayam kat situ. Nasi dia
memang sedap ! :)

(memang saje je letak besar gabak cam ni, kenyang sikit tengok~)

Tapi, takde parking, so kami terpaksa parking jauh sikit. Lepas tu berjalan lah menuju
ke kedai yang aku maksudkan tu. Sebelah kedai nasi ayam tu, adalah kedai jual
nasi beriyani. Kami kena lintas kedai beriyani tu dulu untuk ke kedai nasi ayam tu.


So, dari jauh aku tengok, kedai beriyani tu kosong, lengang, takde pelanggan
langsung. Manakala kedai nasi ayam tu hampir penuh meja dan kerusi, ramai
orang tengah makan.


Aku memang tak boleh tengok 'scene' macam tu. Memang aku kesian :(


Masa kami lintas kedai tu, beriya-iya makcik kedai nasi beriyani tu ajak kami
makan di gerainya, tapi kami nak makan kedai sebelah. Tapi dia senyum je :)


Masa makan, aku duduk mengadap kedai nasi beriyani tu. Kosong je. Aku
tengok muka pakcik yang jaga kedai tu, dia duduk je. Tengok kedai nasi ayam
yang ramai orang ni. 


Datang 2, 3 buah family lagi, lintas juga di depan kedai dia. Pakcik tu mempersilakan
family tu duduk, tapi mereka hanya nak melintas untuk ke kedai nasi ayam ni.
Lalu, pakcik tu duduk semula. Aku tengok muka dia.



Aku cukup faham. Memang faham, sebab aku pun ikut parents aku pergi niaga
kat pasar malam. So, aku tahu apa perasaan dia masa tu. Sebab tu aku memang
cepat kesian dan sedih kalau tengok gerai-gerai makan yang kosong je, sedangkan
gerai-gerai sebelah dia laris ya amat !


Dan selalunya, aku akan segera berdoa,


" Ya Allah, murahkan lah rezeki orang itu, semoga ramai orang datang gerainya.."

berkali-kali aku ulang, sebab kesian sangat..


Lagi-lagi kalau gerai tu, makcik-makcik or pakcik-pakcik separuh umur yang muka
diorang pesen kesian je tu, lagi lah aku rasa cam nak je bagi sedekah kat dorang (-_-')



Okay dah melalut pulak~ balik pada kisah kedai nasi ayam dan nasi beriyani tu tadi.


Aku doa biar Tuhan bagi lah sikit rezeki untuk diorang.


Dan masa kami dah nak habis makan, datang sebuah keluarga besar dalam
6,7 orang macam tu pergi kat kedai tu. Lama jugak diorang berbincang nak makan
apa, aku dah cakap dalam hati, mintak-mintaklah diorang makan kat situ.


Dan akhirnya, yahoooo !! Berjaya jugak kedai tu dapat pelanggan ! Hahaha
aku gembira betul masa tu :p Hihi


Yelah, bukan apa, at least terubat sikit hati dan sedih owner kedai tu bila dia
dapat customer. Kalau tak, maybe dia akan berputus asa.



Itu baik lah kalau dia berputus asa, buatnya dia dengki. Main 'asap-asapkan' orang,
'asap-asapkan' kedai lain, habis bisnes orang lain lingkup sebab sikap dengki dia tu.


Ingatlah, 

adat berniaga ada untung, ada juga ruginya. Tak kira lah nak start buat kerja apa
pun, niat tu kena lah kerana Allah, baca bismillah, supaya apa yang kita buat tu
diberkati. At least, bila kita gagal, kita tahu dan sedar yang kita tengah diuji oleh
Allah masa tu :) InsyaAllah~


Ok, nak siapkan projek keychain aku ni~~thank you singgah sini baca entry
panjang gila nih, korang memang tabah ! hahaha (n_n)



6 Idea Untuk Gaya Hidup Yang Kreatif dan Jimat !


Hi :) Aku tengok orang sekarang ni lebih gemar tukar yang baru daripada
membaiki atau mengubahsuai. Tahu tak, orang-orang Barat sebenarnya lagi
gemar membaiki or mengubahsuai sendiri barang-barang terpakai mereka
kepada sesuatu yang kreatif dan boleh diguna hari-hari.


Sebab tu, rumah-rumah mereka ni tak lengkap kalau takde bengkel or loteng
yang jadi stor pelbagai alatan pertukangan mereka. ;)


So, kat sini aku nak kongsikan betapa mudahnya mereka mencipta sesuatu
untuk kegunaan harian dalam rumah mereka, hanya dengan menggunakan
bahan-bahan buangan yang kita selalu anggap tak berguna lagi :)


Sangat mudah ye tuan-tuan dan puan-puan :D, first kita tengok yang ni dulu :



1. Rak daripada botol/ tin minuman/ tin besar/ cawan plastik dan sebagainya
(tapi jangan pula letak barang yang terlalu berat, ikut kesesuaian lah ye)

Tahap kreatif : 10/10



2. Tempat letak bahan bacaan menggunakan botol terpakai

Tahap kreatif : 10/10



3. Rak daripada susunan buku

(Opz, tapi kena pastikan betul-betul buku tu memang dah tak digunakan, kot-kot
terambil komik favourite abang, memang naya :p Dan kena gunakan gam bapak
gajah kalau nak lekatkan buku ni, hihi )


Tahap kreatif : 8/10



4. Bekas letak pensel daripada buku tebal
(hah, sape yang ada lagi Yellow Pages tu boleh lah cuba buat bekas ni)

Tahap kreatif : 5/10



5. Dekorasi lampu guna bulb lampu terpakai
(ini sangat cool, rasa nak buat esok jugak, sape nak bagi bulb lampu free untuk aku~)

 Tahap kreatif : 10/10



 6. Bangle / Gelang tangan daripada penutup tin minuman
(okay, aku rasa nak pakai, tapi malas nak buat, tengok je dah nampak lecehnya
nak buat, tapi coOL)

Tahap kreatif : 8/10




Dan kat Malaysia ni, pergi lah area Felda, memang banyak gila style pasu bunga
dia buat daripada tayar terpakai macam ni :

...



...





Setuju ? :) Kreatif juga orang kita kan (n_n) So, janganlah membazir sangat, 
selagi ada, boleh lah try buat benda-benda yang kreatif dan jimat. Kalau tak
pandai, research je lah kat internet, banyak lagi idea best untuk dicuba.


Okay, itu saja, thanx sudi baca :D







Thursday 27 September 2012

Entry kedua khas untuk Sarah Mohd Salleh


Salam. Hari tu, ade dah letak harga bantal handmade aku tu kat entry aku, 
untuk kau wahai cik Sarah. Sebab aku tak tahu lah apa masalahnya, aku dah
berkali-kali send mesej guna acc aku sendiri kat FB kau, tapi kau tak terima jugak.

Aku komen kat entry blog kau pasal harga nya, tapi tak tahu lah kau terbaca
ke tidak, sebab blog kau, komen akan publish automatik kan..


Okay,this time, special untuk kau, nak bagitau yang aku ni bukan lah dah terlalu
maju untuk meng'ignore' pertanyaan kau. 


Memang betul, kau dah tanya aku kat page aku tu, dan aku dah rep.
Aku tak tahu lah, kalau kau tak perasan. Aku tunggu jugak, tapi kau tak reply pun?



Tarikh yang sama, satu jam lebih je lepas tu...ke kau tak check ;(

Kau tak perasan kot cik Sarah~ ;(


Sorry lah babe, aku terpakse print screen dan buat macam ni, sebab lain-lain cara
dah tak tau nak contact kau camne...inbox FB tak dapat,
komen kat entry kau pun kau tak perasan, balas mesej kau tak perasan

;(


Kalau kau dah baca, bagitau aku okay, nanti aku delete entry ni, thanx :)




Wednesday 26 September 2012

Meow~meow Hitam dan Bantal Merah :D


Salam semua. Malam tadi tidur lambat, tapi hari ni hujan, tu yang aku bangun awal.
Hehe, aku memang suka hujan. Tapi aku tak suka tidur time hujan. Kenapa ea?


Entah, sebab hujan best kot, rasa freshhhh sungguh ! (>_<)


Oh okay, malam tadi aku tidur lambat sebab siapkan 3 design bantal iaitu
satu Handmade Teddy bentuk kucing, dan dua lagi Custom Pillow punya.




Sebenarnya, dua-dua bantal merah tu dah siap jahit + diisi dua hari yang lepas. Tapi, aku
stuck time nak letak design kat depan. Even customer dah buat requirements nak
macam mana, tapi, aku perlu jugak tengok kesesuaiannya.



Tu yang makan masa berhari jugak, kalau idea tak datang-datang. Rasa dah
macam buat assignment pulak :p




Harap-harap Nurrul suka ya (n_n)


Okay, itu cerita bantal merah hitam putih, sekarang aku nak tunjuk bantal teddy
versi kucing hitam :)


Katanya, sebagai hadiah convocation, tu yang ada 'congratez' di situ, hehe :D

dan tak lupa juga, ada nota cinta~~~


Hehehe, okay itu sajalah, malam ni dah kena start buat bantal lain pulak.


Maaf lah, sekarang blog aku dah macam jadi blog craft pulak, aku duk asyik update
pasal bantal handmade aku je, maaf ye kawan-kawan. Aku takde cerita, so update pasal
ni saja lah, hehe..



Okay, nak pergi tolong mak dah ni, take care all ! :D



Tuesday 25 September 2012

Oh My Tears...



Nekad Dalam Debaran


Perghhh, aku rasa dalam banyak-banyak tajuk entry aku, tajuk entry inilah
yang paling best aku rasa. Ala-ala drama slot Samarinda gitu~ Huhu


Apakah yang aku nekad? Dan apakah yang aku berdebar sangat tu?
Hmmm....


Sebagai seorang manusia yang sentiasa mencuba untuk meramal masa depan,
aku memang tak lari daripada perasaan curiga.


Kadang-kadang, aku TERcuriga jugak dengan jalan yang aku pilih sekarang ni.
Bukan tak bersyukur, tapi inginkan yang lebih baik. Yang lebih mudah, mungkin...


Terus begini, aku boleh, tapi kadang-kadang keyakinan aku tidaklah sekuat mana.
Kadang bila digertak, terus pengsan lalu rebah. Nasib aku masih boleh bangun.
Nasib aku tidak mati mengejut...


Ada peluang bakal mendatang, mahu mencuba atau tidak? Masih dilema...
Bukan tak percaya pada kebolehan sendiri, tapi faktor lain yang menggugat pendirian.


Dunia sekarang bukan macam dulu, kita mencari rezeki pun kadang-kadang boleh
melayang nyawa. Aku tahu ajal maut di tangan Tuhan, sejauh mana mengelak,
kalau dah sampai, tetap sampai.


Jadi, apa sekarang?


Mahu atau tidak? Hati kata mahu, tapi otak ku bertanyakan sesuatu yang juga bernas..


Selamat kah?


...


Entah...



 jadi buat masa ini, aku masih lagi nekad dengan keputusan aku..


Nekad...
dalam debaran....



.....





(seni sungguh bahasa aku kali ni....)



Thursday 20 September 2012

Bila terpaksa menerima..... T_T


Hahahahaha

Surprised ! Surprised !!

Best kan bila kena paksa? Rasa macam nak menyumpah je dalam hati.

Uhuk~~~uhuk....


Dulu boleh lah tukar balik, tapi sekarang dah kekal.


Aku tak suka lah layout blog yang baru ni, rasa menyerabutkan.

Rasa macam masuk dalam makmal sains, yang button-buttonnya teratur, kemas
dan skema. Aku pun dah rasa aku macam saintis pengkaji bulan sabit dah ni haa~


Haishh...disebabkan benda alah ni, aku rasa dalam seminggu jugak nak pulihkan
mood aku untuk berblogging nih...


Sungguh tak best !


tapi, nak buat macam mana kan...aku bukannya ada kuasa Sailormoon pun nak
mengembalikan layout blog ni kepada layout yang lama tu.


Nak tak nak, kita kena terima. Sesuaikan lah diri dengan menatang baru ni.
kan~~~


(u_u) <--- muka pasrah !


P/s : kalau sape2 tau kot-kot ada cara nak tukar balik ke layout lama, sila
inform kat inspector Lynn Damya ni ok, roger and out ! Zzz~~



Tuesday 11 September 2012

Nampak gempak, tapi jahil


Beli DSLR, lepas tu berlagak dengan aku yang memang dah ada DSLR ni.
Cakap yang kau ada itu ada ini. Bila aku tanya sikit, haram kau tak tahu jawab.


Kau ajar aku guna DSLR tu, kau bandingkan gambar aku dengan gambar
yang kau ambil. Ya, gambar kau memang cerah, gambar aku ada bayang
bawah hidung dan mata.


Kau paksa aku guna flash kamera tu. Aku tak nak. Kau paksa, supaya
gambar aku sama cerah macam kau punya gambar. Aku berkeras tak nak.
Terus dia bandingkan lagi gambar dia dan aku.


Memang, gambar kau cerah. Cerah sungguh. Sebab kau guna flash kamera
tu. Berlagak sungguh cara kau mengarah aku itu dan ini, sampai aku tak
sampai hati nak bagitahu yang lecturer aku, sangat melarang menggunakan
flash kamera tu, sebab gambar akan jadi tak cantik.


Pada kau cerah itu mungkin cantik, tapi pada aku yang dah belajar lama ni,
cerah yang begitu adalah tak cantik. Jujur, cerah, tapi gambar flat. Tak ada
nilai seninya. Aku tak sampai hati nak cakap, aku senyum je.


Lepas tu, kau berlagak dengan aku. Cakap pasal lens. Kau tanya aku ada
lens yang panjang-panjang tu ke? Aku cakap takde, tak mampu. Dan aku
tak kuasa nak beli, sebab aku bukan niat nak jadi photographer tetap pon.


Lalu, dia bercerita dengan berlagaknya tentang harga lens yang beribu-ribu
tu. Bagi nasihat kat aku kalau nak ambil gambar wedding, kena ada lens panjang
yang boleh zoom tu. Hehehe, zoom lens pun kau tak tahu nama dia kan~


Aku cakap dalam hati, zoom lens tu tak perlu sangat lah kalau nak ambil
gambar wedding, lain lah kalau artis yang kahwin. Ini kalau setakat jadi
freelance ambil wedding photoshoot berdiri sekangkang kera je daripada
depan pelamin tu je...


Ape gila kah kau nak suruh aku pakai zoom lens??


Kau masih tak nak kalah. Kau nak tunjuk lagi kau hebat. Kau nak tunjuk pulak
kau tahu semuanya yang aku tahu. Okay, aku diam. Aku bagi kau peluang.


Kau ajar aku Adobe Photoshop. Kau ajar aku cara crop gambar dengan
menggunakan magic wind. Penuh berlagak nya kau ajar aku. 


Tahu kah kau, crop guna magic wind tu adalah crop yang sangat tidak
professional. Kalau orang yang ajar aku itu memang tak tahu, aku sudi untuk
betulkan. Tapi, kau ajar aku masa tu dalam keadaan yang super berlagak.
Seolah-olah engkau lah yang paling mahir dalam Adobe tu.


Kau lupakah, aku ni dah 5 tahun bertapa guna adobe-adobe tu? Segala skill
malas, rajin, professional dan tidak pro, aku dah tahu. Sebab aku belajar dari
asas, dari aku tak pandai hinggalah Alhamdulillah, aku dah mahir.


Tapi kau berlagak, buat aku macam aku baru nak masuk tadika. Aku layankan
aje. Sinis ;)


Dua benda yang aku nak tegaskan kat sini :


"Kreativiti seseorang bukan datang daripada kecanggihan peralatan, tapi
kreativiti itu datang daripada otak dan pengaplikasian skill"

Si A guna kamera digital, si B guna DSLR,
even dua-dua cantik, tapi tak semestinya gambar si B boleh seunik dan sekreatif
gambar si A kalau dia tak berfikir secara kreatif.


"Jangan berlagak pandai depan orang yang memang sedia maklum pandai,
kau akan nampak bodoh bangang di situ"

Aku takkan mengaku atau berlagak pandai dalam bab merepair kereta depan
mekanik. Kang dia tanya lebih, kantoi tak leh jawab. Nampak sangat bodoh
bangang kan?? 


Gebaaang je lebih !




Haa, tu makan dia !




Sunday 9 September 2012

Aku di-pow tadi..... (-_-')


Salam. Koraaaanggg....nak tawu tak, tadi kan...kita kannn...pergi raya umah
sepupu mak kita. Kita raya kannn...dua kereta, satu lagi tu kereta makcik kita.


Hahaha, motif gedik sangat gaya cakapnya haa~


Takde, tadi aku g beraya. Dua family. Balik beraya, aku nak singgah Jusco.
So, family makcik aku tu pon nak ikut lah kitorang g Jusco. Pergilah sama-sama.


Sampai sana, beli lah pape yang patut kan. Then, before balik tu, mak aku
singgah Big Apple, nak belanja anak-anak makcik aku tu makan donut. Anak
dia ada 3 orang (Taufiq, Rina & Pikah), so mak aku beli yang set 6, 
dapatlah sorang makan 2 donut.


Lepas tu, dah jalan ke kedai yang lain lah, sambil anak-anak makcik aku tu
rasa donut tu. Diorang cakap sedap, nak beli lagi 1 set yang 6 tu. Tapi masa
tu, dah jauh kedai Big Applenya. Uncle aku bagi duit RM15 kat Taufiq.


So, aku pon mengoffer diri untuk teman anak dia tu pergi semula ke Big Apple.
Aku ajak lah Rina dengan Pikah ikut sekali.


Setelah selesai pilih-pilih donut dalam tu, masa bayar kat kaunter :


Rina : Kak Lynn, rina nak air lahh....
Pikah : A'ah lah, kita pon nak air......

Gulp ! Aku tengok harga air dalam Big Apple tu, yelah bagi orang-orang yang
ala-ala belum berpendapatan tetap ni rasa harga RM 8 lebih tu mahal gila untuk seekor air.

Aku : Nak air ke? Emm kejap ea..jap lagi kita beli kat kedai lain..

Rina : Ala, tapi dah haus. Rina nak air......

Aku dalam hati : Ala, baru lepas borong barang kat Watson tadi. Berapa
je tinggal dalam purse ni (-_-')

Aku : Emm, air kat sini mahal sikit lah Rina. Kita tengok kat luar jap g ea..

(dalam kepala otak dok fikir kedai mana aku nak beli air ni, sebab tau je lah
dalam AEON Mall tu aku rasa semua macam mahal je)

Then, lepas bayar kat kaunter, selangkah je tapak kaki aku ni keluar
terus Rina cakap :


"Rina nak air lahhh....."

(-_-')

Aku : Adoi, jap-jap..jap lagi kat luar ni kita singgah mana-mana kita beli air ea..

Then, naik tingkat 3, nak keluar kitorang kena lalu kat cinema kat tingkat 3.
Lepas tu, ahh tak yah citer lah, bukan korang tau pon macam mana struktur
bangunan tu. Haha


So, sampai kat tingkat 3, ada satu gerai jual air. Diorang yang nampak dulu
gerai tu daripada aku. (-_-')

Perbualan di situ :


Aku : Rina nak air apa? Air milo boleh?

Rina : Aaaaa...air.......emm....

(lama sungguh fikir)

Aku : Air milo je la ea Rina? Pikah nak air apa? Milo jugak?

Pikah : Haa..eh taknak..nak air Teh..

Aku : Bang, milo satu, teh satu

Bahagian kaunter jual air tu, terhidang dengan lazatnya buah-buahan untuk dimakan
bersama asam dia tu seperti buah mangga, jambu batu, jambu air, betik, tembikai
dan sebagainya. Dan,

Pikah : Kak Lynn, nak jambu tu satu boleh tak?

Aku : Err..nak jambu pulak?

Pikah : Ala, catu je...catu je... 
(sambil tunjuk jari telunjuk dia, bersungguh-sungguh)

Aku : Okay lah..okay lah....
(berjalan tepi sikit nak amek plastik, nak isi jambu)

Tiba-tiba,

Pikah : Ehh, nak dua lahh..nak dua..nak dua...hehehe

Aku pandang dia. @_@

Dia cakap nak dua je, sambil tunjuk dua jari dia kat aku. 

Aku dalam hati : (-_-') adoi, berapa lah ni semua...

Aku pon amek lah lagi sepotong jambu tu, masuk dalam plastik. Tiba-tiba lagi,

Pikah : Haa, nak tiga lah, nak tiga...... :D

Aku pandang dia lagi. @_@

Tiba-tiba dia cakap, eh takpelah, takpelah nak dua je.

Lepas tu aku pon bayar. Hahaha naseb baik kena RM 5 je. Agaknya bangla
yang jaga kaunter tu pun tahu agaknya aku ni risau berapa harganya :p


Bukan aku berkira, aku tak berkira pon, tapi aku risau duit aku tak cukup
je masa tu. Lepas shopping tadi, aku tak check berapa duit lagi dalam purse.
Tu yang berjimat-cermat habis tadi tu. Hahaha :P


Hadoi, eh maaf lah, aku tadi balik lambat, belum sempat nak BW blog
kawan-kawan blog aku ni. Esok aku round blog korang okay :D


Owh ye, before aku terlupa, ini wajah-wajah budak kecik yang pow aku tadi :

Kiri : Pikah , Kanan : Rina


Hahaha, hai~~memang betul diorang ni. Tapi paling sweet, Rina bagi aku rasa
air milo dia sket kat aku, lepas tu dia cakap 'Time kaceh, belikan ina air~' seyum, sambil
tangan dia dua-dua genggam kat bawah dagu dia, dengan mata bulat dia tu.

Rina~rina~ comel sungguh budak ketot ni, haha (n_n)



Saturday 8 September 2012

Malam ni, aku rindu dia...


Malam ni, tiba-tiba teringat kat dia. Aku dah lama tak dengar dia nyanyi
untuk aku. Nyanyian dia, boleh buat aku bersemangat untuk survive.


Sejak akhir-akhir ni, aku busy sikit. Lama dah tak contact dia. Dia lagi lah,
haram nak contact aku. Lagi busy agaknya. Hmm...rindu~~rindu~~


Aku bila teringat kat someone, aku akan tengok gambar-gambar dia.
So, aku pon bukak lah folder khas gambar-gambar dia. Banyak, memang
banyak. Aku tengok satu-satu gambar dia. Kadang-kadang style dia best,
tapi ada masa bila datang sewel, sengal gak gambar dia. Haha


Aku layan lah gambar-gambar dia. Sambil dengar lagu-lagu dia.


Ehhhh, lagu? Penyanyikah beliau??? Sejak bila beliau bertukar profession nih??

....

...


...


....


...

...


...

Sebenarnya....kannnnnn...


....


....


aku......kannnnnn......


 ....


....



rindu minah ni !!!


.....



HAHAHAHA !!!

Alaaaa, tolong lah..tolong lahh..jangan tampar aku~~wuwuwu aku dah lama
sebenarnya tak layan lagu-lagu dia ni. Tu yang rindu tu, hahah


Selalu aku on laptop, memang habit aku terus je pasang headphone kat kepala
tapi........lepas tu lupa nak play lagu. So, sekadar hiasan je lah menatang
headphone tu atas kepala aku ni... (-_-')

Cool sangat minah ni, aku rasa dah berapa kali entah aku buat entry pasal dia.
Hihihi....

Favourite lagu aku daripada dulu sampai sekarang ialah dua ni :

Skater Boy & Losing Grip

Skater Boy - aku dengar untuk naikkan mood aku, sekali dengar terus excited

Losing Grip - memang lagu favourite masa karaoke !! lagi-lagi kalau nak release
tension. Nyanyi lagu ni 10x pon xpe, tapi takot orang yang dengar
pengsan. Hahaha >_<


Owh ye, semalam aku ada update bantal handmade aku yang baru siap ni.


Dan ada orang nak berkenalan dengan si arnab kecik tu. Owh ye, aku baru
perasan semuaaaaaaaaa model aku tu spesis arnab rupanya (-_-') Ish3....


Ha, meh aku kenalkan si arnab kecik yang paling kecik tu (-_-')


Nama : Arnab Comel
Umur : Baru je dua bulan
Hobi : Suka ambil gambar
Cita-cita : Jadi model terkenal (hampir tercapai)
Makanan kegemaran : Kapas (-_-')
Kata-kata ucapan utk para pembaca : Doakan saya, saya nak masuk American
Next Top Model (n_n)


Ok, semua tu ditaip sendiri oleh beliau yang bajet hot. Naseb tangan dia pendek,
aku letak dia jauh-jauh tadi, terus dia tak dapat capai keyboard ni. Hahahaha~


Ok, bye2 tu je. Time kasih lah sudi baca entry mengarut aku ni. Takdak idea
tapi nak update jugak. Ini lah jadinya :p Hehe..thanx~



Monday 3 September 2012

My Final Decision !!


Huarghhhhh !!! Sementara aku masih bersemangat waja ni, baik aku tetapkan
hati dan iman dulu. Hahaha...


Sape yang baca blog aku mesti tahu kan, yang aku ni fresh graduate dan
currently seeking for a job, dan dalam masa yang sama pulak, aku buat
bisnes handmade craft secara online juga di alam realiti ini.


Hari tu dapat offer di KL, tadi dapat offer di JB tapi agak tercekik jugak lah
nak pergi sebab jauh. Dalam pening-pening, pusing-pusing dan berbelah
bahagi darab tolak tambah semua tu, aku jadi setension-tension manusia.


Lepas dekat 1 jam bincang-bincang dengan consultant peribadi aku a.k.a
mak kesayangan aku, selepas mengambil kira pelbagai sudut risiko, 
kebaikan serta keburukannya, maka dengan ini.....


Aku memutuskan bahawa aku nak fokus dalam bisnes aku. Dan bila
termaktubnya keputusan aku ni, maka aku akan berhenti meng'apply' kerja
untuk mana-mana company. InsyaAllah.


Jadi, aku nak memohon maaf dulu lah, kalau lepas ni blog aku dan home
Facebook korang tu penuh dengan segala bagai jenis handmade craft aku ye~~
rakan-rakan sekalian. Heheh.. (n_@)


Ketahuilah, bisnes memang susah pada awal-awal permulaan macam aku ni.
Sebab tu aku kena promosi banyak dan usaha melampaui batas sikit. 
Harap korang faham dan support aku. 


Dan sekarang, aku yang pilih kerjaya aku, maka aku akan bertanggungjawab
dengan apa yang aku pilih. Kalau ada makcik-makcik yang nak tembak
aku, meh sini aku tembak dia dulu dengan jarum-jarum jahit aku ni haa~~


Okay, sekian, ucapan daripada budak kecik yang tiba-tiba bersemangat waja
nih~~~ (-_-') kecik ke?


Owh ye, jangan lupa like page ni ea -->


Terima kasih semua (n_n)




Sunday 2 September 2012

Setiap drawing aku ada ceritanya


Hi. Korang suka melukis tak? Actually, semua orang boleh melukis.
Bezanya cuma kemas atau tak, dan cantik atau tak. Tapi, aku tak pandang
pada kecantikan, aku pandang pada ceritanya.


Bila aku tengok balik, hampir semua drawing aku yang aku lukis secara
spontan, ada ceritanya. Sebab aku melukis untuk express feeling aku.


Drawing aku buruk je, kadang-kadang flat nak mampus macam ni :


Tapi ada ceritanya. Gambaran aku masa tu, lelaki ni dah mati, dan dia terpaksa
melepaskan cintanya (belon love) sebab dia dah berada di dunia yang lain dari
kekasihnya.


Dan baru-baru ni, aku sedih. Dan masa tu, aku seboleh-boleh nak sembunyikan
rasa sedih aku tu, aku tak nak orang tahu. Dan dalam sedih-sedih tu, terhasillah
drawing ni :



Aku sangat percaya yang manusia ni ada 'the other side of them' masing-masing.
Even kita sedih, dan kita sembunyikan macam mana pun, 'the other side of us' tu
lah yang faham dan tahu kita tengah bersedih, even kita pretend tengah happy.



Kalau korang nak tahu, aku melukis mata perempuan belah kiri tu dengan feel
yang sangat bersungguh-sungguh dan mendalam. Sebab pandangan mata dia
seolah-olah memang faham dan tahu kesedihan perempuan belah kanan tu.

Yeah, dua-dua perempuan adalah perempuan yang sama, that's what i mean
'the other side of you'

Personality mereka pun tak sama, sorang ala-ala feminin, dan sorang lagi
ala-ala darkness sikit. Maaflah, pengaruh emo + gothic masih kuat dalam
diri aku. Hahaha :p



Senyum, tapi menangis :')


Owh ye, dalam banyak-banyak drawing yang pernah aku buat, aku paling suka
yang ni :


Aku pun tak tahu kenapa....