Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 31 July 2012

Life sekarang


(ini entry panjang, kalau tak nak baca, sila scroll sambil pejam mata)


Owh lama gila rasanya tak update pasal diri sendiri kat blog sendiri nih.
Banyak update cerita pasal benda lain je.


Sedar tak sedar sekarang ni, dah nak raya dah pun. Kejap je masa
berlalu. Dan aku pun rasa-rasa dah sakit pinggang duduk kat rumah ni
lama-lama tanpa ada apa-apa kerja yang berat. Hahah...contoh kerja
berat adalah membuat semula assignment yang di-reject :p


Sepanjang duduk rumah ni, memang aku ber-sleeping beauty- je lah.
Dan tolong parents aku pegi niaga kat pasar malam. Time niaga tu
punyalah tak sabar nak tunggu waktu berbuka. Maklumlah kiri kanan
depan belakang jual air, jual makanan. Fuhhhh~~~


Bila dah graduate ni, maka akan ada pertanyaan yang lagi hot dpd
pertanyaan 'bila nak kawen?' iaitu pertanyaan 'bila nak kerja?'


Ohoi~~siapalah tak nak kerja kan. Even aku malas, tapi aku rajin
kalau bekerja. Nak kumpul duit beli handbag CarloRino yang aku ushar
hari tu dengan mama. Amboi, murni sungguh cita-cita bila dapat
gaji first :p


Tapi, semua peluang kerja yang aku dapat tu dekat Shah Alam/ KL.
Kena panggil interview hari Jumaat, aku nak balik rumah hari Khamis.
Terpaksa lah tolak sebab aku lebih mementingkan keluarga dan rumah
daripada kerja. Uhuk~uhuk. Kalau tak, sekarang ni aku takdelah
duk menaip entry di blog dengan sesuka hatinya.


Hmm....aku try gak cari kerja kat Jb ni haa..bila ada je yang menepati
kehendak dan piawaian aku sebagai freshie graduate, mesti ada syarat
lain iaitu pandai berbahasa Mandarin. (-_-')
Kau nak amek Cina kerja, cakap je lah...Hmm...aku ni kena pergi
France lah agaknya, sebab belajar France languange. Mesti mak bangga.
Hahah :p


So sekarang, aku apply je mana-mana. Ada rezeki, ada lah kan..
InsyaAllah, amin.... (n_n)


P/s : satu je yang aku menyampah, mulut-mulut makcik joyah akan
sibuk perli kalau kita tak kerja. Biasalah, mental orang melayu
memang macam tu. Harus kerja berjawatan tinggi baru dipandang
mulia. Kan3 ?



Monday 30 July 2012

Awan :)


Salam and hi all. Entry ni bukan pasal awan nano tau, tapi entry tentang
photo-photo lama aku. Aku ambil masa duduk dekat kolej di tingkat 4
dulu. Aku memang suka ambil gambar. Tapi , antara yang cantik atau
yang bermakna, aku lagi suka ambil gambar yang membawa sesuatu
maksud, berbanding yang cantik. :)


Owh ye, bilik aku kalau bukak pintu, terus nampak awan.
Jelas daripada katil aku, tenang je :)


kalau berdiri dari depan pintu, nampak dah ICT yang cantik tu :)



So, ini antara gambar awan yang aku ambil dulu :

the real color of sunset
gambar aku tak berapa cantik, tapi suasana real senja masa tu cantik
sangat ! dengan warna kuning, oren, jingga, biru, dan ungu tu...
cantik sungguh (n_n) lukisan alam..


the coming storm...
Masa ni cuaca gelap gila. Dan awan tu nampak menakutkan.
Ni aku dah edit supaya nampak terang sikit.


raining...
Lepas tu, terus hujan selebat-lebatnya. Masa tu mendung dan hujan lebat
turun sepanjang hari.


Dan ada satu kali tu, suasana petang tu jadi warna oren sangat.
So, aku pon amek je lah gambar. Hehe


Ni aku amek sebab awan tu macam bentuk burung :)




Hehe, okay itu je..terima kasih sudi BW ke sini (n_n)



Doodles Hari Raya Aidilfitri 2012


Salam semua :) Kat sini ada doodles design untuk
hari raya aidilfitri , dengan pelbagai pilihan warna untuk dipilih.
(chewahh :p)

Kalau korang berkenan, silakan ambil. Free of charges. Hehe :D

Kod - K1

Kod - K2

Kod - K3

Kod - K4

Kod - K5


Terima kasih. Doodles ini free saja, kepada sesiapa yang dah ambil,
harap link kan kepada blog ini ya, Thank Q :)

p/s : Maaf lah, sempat buat doodles perempuan je :p
Nanti kalau free, aku try buat doodles lelaki pulak ea.
 
 

Friday 27 July 2012

Selalu bangun sahur dah.....


Hi all. Salam :)
Alhamdulillah dah masuk hari ke-7 Ramadhan, aku masih lagi dapat
berpuasa dengan sah. Selalu awal Ramadhan je dah tak dapat sambut
(-_-')


Owh sebut pasal 7 Ramadhan, dah start ke belum ea cerita tu? Aku
jarang pulak tengok TV bulan-bulan puasa nih. Tengok iklan macam
best, tapi tu lah...TV pon tak berapa nak elok skang ni. Sabau je lah~


Aku takde idea sangat nak update blog ni, tapi nak menaip gak,
so aku tulis apa yang aku terfikir je. Owh ye, Alhamdulillah sejak aku
tukar alarm tone aku guna lagu Kaulah Segalanya dpd Ruth Sahanaya,
aku selalu bangun sahur... (u_u) Magic sangat~


Emm...sejak awal Ramadhan hari tu, aku dah bercita-cita untuk buat
Doodles hari raya, tapi aku malas~~~~~sangat ! Ada juga bercita-cita
nak buat kad raya online untuk pembaca sekalian, tapi ponnnn aku
malas~~~sangat. Sudahnya, sampai ke hari ni aku masih bercita-cita
macam tu. Tapi, korang nak ke amek? Kalau tak lawa, confirm lahh
korang tak amek kan? Haha ;p


Okay, dah tak tahu nak merepek apa lagi. Bye2...

(u_u)



Wednesday 25 July 2012

Gurau


Nak begurau dengan aku...
Boleh...
tapi jangan gurau macam kau taiko besar sangat
!!



(ini entry luahan perasaan)

Tuesday 24 July 2012

Tips Sihat di Bulan Ramadhan


Salam and hi. Berpuasa, tak semestinya kita tak boleh menjaga kesihatan.
Jadi, aku nak share sedikit tips untuk sihat dan bertenaga pada
bulan Ramadhan yang mulia ini.

Waktu Bersahur :

1. Harus bangun sahur dan makan, kerana Allah SWT sangat
menggalakkan kita untuk bangun sahur

2. Makan makanan yang penuh serat seperti nasi, roti, bijirin dan
sebagainya untuk memastikan kita bertenaga pada siang hari nanti

3. Ops, pengambilan buah kurma bukan saja bagus ketika waktu
berbuka, malah juga boleh diambil ketika sahur sebagai sumber
tenaga dan karbohidrat kita. Lebih-lebih lagi jika kita terlewat
bangun sahur. Kurma sudah memadai.

4. Banyakkan minum air masak ketika bersahur


Waktu Berbuka :

1. Amalkan sunnah berbuka dengan buah kurma. Gantikan kurma
dengan manisan yang lain contoh kuih-muih manis, jika buah
kurma takde

2. Elakkan meminum air sejuk / air berais batu ketika berbuka kerana
adalah tidak baik ketika perut sedang kosong. Seeloknya minum air
panas / air masak agar badan berasa segar

3. Makan jangan berlebihan ketika berbuka. Kalau lapar lagi, sambung
second round :p

4. Ketika malam, banyakkan meminum air masak untuk menggantikan
jumlah air masak yang sepatutnya kita minum pada siang hari

 
(dapatkan Doodles Free kat Sini )

 

Adakah ??


Ok, dah lewat malam dah ni.
Tapi mata aku masih tak mengantuk lagi.
Masih nak online FB, masih nak BW.
Tiga hari puasa, dua kali dah terlepas sahur.
Alarm aku tu dah cukup kuat aku rasa.
Agaknya kena letak lagu Justin Bieber
baru boleh terjaga dengan pantasnya, dan terus
baling phone..
Malam ni aku dah set alarm dengan lagu
Ruth Sahanaya yang bertajuk,
'Kau lah Segalanya'

Erk...agak-agak korang, aku bangun tak?

Zzzz....
Selamat bersahur jap lagi. Nitez (u_u)



Monday 23 July 2012

Jom Buat Roti Johnny Sendiri ! :D


Roti Johnny??
Haha, nama originalnya adalah Roti John, aku memang suka panggil
roti John ni sebagai Roti Johnny, tak tahu kenapa (-_-')

Owh ye, mesti ada yang dah terfikir-fikir menu berbuka puasa
hari ni, even sekarang err..baru jam 12 lebih kan. Takpe2,
meh aku bagi resepi cepat lagi mengenyangkan untuk anda semua.


Nama Menu kita hari ini ialah :

Roti Johnny

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Roti Perancis
2. Telur
3. Bawang besar
4. Daun sup
5. Garam
6. Marjerin
7. Sos

Haaa..dah ada semua?? Meh kita main masak-masak (n_n)

Cara-cara membuat Roti Johnny :


1. Masukkan telur 2 biji, bawang yang dah dihiris, daun sup yang dah dipotong halus,
garam secukup rasa. Kacaukan sehingga sebati.

2 & 3. Ambil roti Perancis, dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
Pastikan saiz roti tak terlebih saiz kuali, nanti tak muat pula :p

4. Panaskan kuali. Letak sedikit marjerin dan tunggu marjerin cair
(marjerin untuk gantikan minyak, dan rasanya pon lagi sedap!)

5. Lepas marjerin dah cair, ratakan ia. Dan lepas tu, cedok telur dan bahan-bahan
yang dah dikacau tadi tu, masuk dalam kuali. Biarkan jap selama beberapa saat

6. Ambil roti perancis yang dah siap dipotong, tekapkan atas telur dalam kuali tu.
Biar jap selama 1-2 minit. Kalau nak garing lagi, biar lama sikit. Tapi hati-hati,
takut hangit pula :p

7. Sebelum terbalikkan roti, sapu sedikit marjerin kat belakang roti. Haa...
lepas tu baru boleh terbalikkan macam ni. Biar selama beberapa saat.

8. Okay dah boleh angkat ! Dan siap untuk dihidangkan dengan sos cili
atau sos tomato kegemaran anda :)

(2 biji telur yang dikacau tu cukup untuk buat 3 roti johnny)


Okay, nak tau sedap ke tak? Try lah sendiri petang nanti waktu berbuka.
Hihi, senang, jimat dan mengenyangkan.

Selamat Mencuba (n_n)



Sunday 22 July 2012

Koleksi Kartun Muslimah Yang Menawan Hati


Salam and Hi. Bulan baik ni, aku nak kongsi benda-benda baik untuk
pembaca sekalian. Sejak akhir-akhir ni, aku tengok makin banyak
doodles kartun muslimah menghiasi page home di FB. Cantik-cantik
dan sejuk je mata memandang. Jom tengok doodles kartun
Muslimah kat bawah ni (n_n)


Ada yang lemah-lembut saja :




Cantik sangat kan?


Ada juga karakter kartun Muslimah yang aktif dan ceria :


Comel (n_n)


Paling sweet kartun pasangan suami isteri / keluarga Muslimah /
sahabat-sahabat macam ni :





Satu yang aku perasan, kartun / doodles Muslimah ini tone warnanya
dan moodnya adalah terang dan tenang. Mungkin tone itu simbolik
kepada cahaya atau 'Nur' itu sendiri bila kita beriman kepada-Nya :)



 Sweet sangat :)


Aku suka gambar ni ! Hihi~

Style gila !! :D


 "Wanita, hiasan dunia...
Seindah hiasan adalah wanita solehah..."

Owh ye, wanita-wanita sekalian, peliharalah diri anda ya.
Semoga kita terpelihara dari segala kejadian buruk dan jahat,
amin~~


Owh ye, ini cool~


Heheh...itu je, thank sudi baca (n_n)




Pergi Solat Terawih kerana ibadah, bukan untuk menunjuk


Hi. Salam semua. Tengok tajuk entry dah terang tang tang entry ni
pasal apa kan? Yup, malas nak mukadimah. Straight to the point.


Memang obvious sangat. Terutamanya pada yang suka update
kat lamang-lamang soSiaL seperti FB / Twitter. Ye, aku tahu certain
orang update untuk mengajak orang lain supaya turut sama
melakukan kebaikan.


Tapi, harus ada cara lah bro !
Nak berdakwah harus berhikmah, ayat mengajak biar cun.
Ini antara hikmah dengan perasaan riak pun kau tak reti nak bezakan.
Tu yang jadinya, keluar komen or statur macam ni :


"Alhamdulillah, selesai mengerjakan solat tarawikh malam pertama
sebanyak 20 rakaat"

"Baru balik daripada solat tarawikh 20 rakaat. Penat tapi atleast
aku pergi daripada orang yang duk rumah tengok cerekarama"

"Aku sempat buat 20 rakaat je tadi :( Sikit sangat"

"Kau buat berapa rakaat? Setakat 8 je tak main lah, aku buat tadi
sampai 20 rakaat tau !"


Eh, hello?

Kau dah kenapa bro? Ini bukan mengajak orang, ini menunjuk-nunjuk
kat orang ramai. Aku rasa kalau nak beribadah ni, tak payah lah
nak update kat status segala bagai nih.

Ini tiap kali buat baik sikit, dah nak kena cerita semua kat lamang-lamang
SooSiaL. Siap mention segala bagai yang tak perlu lagi haa, supaya
orang tahu betapa 'IKHLAS' nya konon dia buat semua tu.




"Weyhh....

Bukan friends kau kat facebook tu yang bagi kau pahala.
Bukan followers Twitter kau yang bagi kau pahala..."


 Kau buat baik, kau beribadah, senyap je lah. Allah tahu.
Gerenti Allah bagi ganjaran kat kau. Jangan risau, InsyaAllah, bro~

Ok, tu je. Salam Ramadhan.

p/s : owh ye, jangan lupa niat puasa ye. Kalau tak ingat, ada kat bahagian
atas blog ni. Hehe :)



Saturday 21 July 2012

Puasa Pertama Tahun Ini :)


Salam. Hi. Semua dah sahur? Aku ambil kesempatan ni untuk
ucapkan selamat menyambut Ramadhan (dah sambut pun) dan
Selamat Berpuasa pada semua umat Muslim :)

Tahun ni, insyaAllah akan berpuasa selama sebulan di rumah sendiri.
Hihi~~ (n_n) tapi, masih teringat kemeriahan berbuka puasa
dengan kawan-kawan zaman-zaman study dulu. Owh rasa
sungguh tua bila dah habis belajar (-_-') Haha~

Teringat masa buka2 puasa kat KFC Alor Gajah
masa diploma dulu

Owh, btw mak aku dah masak ayam masak kicap malam tadi untuk
sahur. So, kira kalau bangun sahur tinggal nak tumis sayur je lah.
Nasi pon dah siap masak malam tadi.


Tapi, dugaan hari pertama, kami satu family bangun lewat. Tinggal
5 minit je sebelum habis waktu untuk sahur. Hahaha...


So, hari ni memang aku dah tau lah apa menu untuk berbuka hari ni :p
Hahaha...selamat berbuka y'olls (awal gila)


 

Monday 16 July 2012

Ha Meh Lah Baca Entry Khas Untuk KAU Nih !


Hey pretty !
You've got pretty face,
but you're heart was too dark...


You've called you as a girl
But actually, you're are the best biatch
Among us as women


You said that you're fall in love
But I bet you really doesn't have any clue
About what is love actually


You're talking nonsense about me
Trying to make a fool of me
But I see you're such a pathetic baby girl


You're thought that you're really busy
But actually you've been damn busy
Stalker this blog


And what i really need to say to you...



Is F.U.C.K Y.O.U !


Yeah, it's not about him, but this entry wrote about 'that' annoying girl
and YOU know who she is....



p/s : owh btw, i hope you understood English well :p



Saturday 14 July 2012

Party Final Year !! : WANNABE


Hi. Macam biasa mesti kena mulakan dengan..

"Lamanyaaaaaaaa aku tak update blog !"

:p

Okay, semalam aku dah merdeka !!
Yahoo !!

>_<


So, malam ni kami ada Malam Pra Graduan,
ala-ala Prom Night gitu~~~~~
dan tema dinner itu adalah :

 ~~~ WANNABE ~~~


Guess who will be at the party ~~~~~


Mestilah aku. Aku kan suka makan free.
Masalahnya, apa aku nak jadi malam ni nanti ?


Aku sangat minat watak Alice dalam movie Resident Evil....


Dress up dia pon takdelah heavy sangat...beli dress merah hati macam tu,
then koyakkan sikit dah siap !

Nak berjalan pon sonang, takdelah aku perlu cover ayu dan
cover cara melangkah agar tak tersadung
di mana-mana..hahaha !


Tapi........tengok je lah malam ni. Agak-agak tak tau sangat,
jadi je lah diri sendiri~~~~ :p


Owh ye, malam ni mesti ramai nangis kan? :) Standy lah tisu sekotak dua
untuk aku yang sangat cepat ter'touching ni~~ Haha