Happy Three Friends

Miss Money

Monday 28 May 2012

Beronok-ronok di Cameron Highlands I (Jumaat)


Hellow Mellow~~
 
Lama sudah aku tak update blog ni, untuk pengetahuan korang,
last weekend aku pergi trip ke Cameron Highlands. Dan masuk
ni kali ketiga aku pergi, cuma kali ni first time aku pergi naik bas,
so perasaan aku masa tu agak risau sebab jalan naik ke sana
amatlah berliku-liku dan tebing tak nak curam 90darjah pulak kan~


Kami start naik jalan gunung dekat Maghrib, hari dah gelap.
Memang aku makin risau, semua benda aku baca supaya kami
selamat sampai. Aku duduk seat tepi tingkap, memang pakej lah
dapat tengok pemandangan cantik + cerun-cerun curam yang
betul-betul sipi je bila bus lalu...hadoi~ nak pengsan tengok (-_-')


Tapi, bila naik malam-malam, kami dapat tengok suatu pemandangan
yang sangat cantik masa tu :) Malam-malam, ladang-ladang strawberry
yang luas terbentang kat lereng-lereng bukit tu di pasang dengan
berjuta-juta lemon lilin, dan ianya sangat cantik (n_n)

Satu bas jakun tengok lilin yang banyak tu, hihi cantik ! :D


Perjalanan hari tu banyak dihabiskan dalam bas sahaja. Sampai
pon dah malam, so takde pape yang menarik sangat. Tengah-tengah
malam kami beramai-ramai pergi ke pekan berhampiran untuk
cari makan~
 
 
dan on the way balik masa tu, gelap dan sejuk. Dari jauh samar-samar
ada lembaga yang berpakaian pelik. Jalan dari arah bertentangan
dengan kami. 
 
Aku dah suspen jugak, siapa pulak lahh yang jalan malam-malam
pakai baju kimono lak ni. (O_o') gulp!
 
Lembaga itu makin dekat......
dan dekat.....
dan.....
 
 
 
Cis, rupanya petani kat situ, baju dy kembang-kembang dibuat
daripada plastik agaknya, hadoi...suspen aku :p Haha
 
 
Haha, okay itu je...part II & III akan disambung nanti, thank Q
sudi baca (n_n)
 
 

No comments: