Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 5 February 2012

Pengertian Selawat dan Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW


Assalamualaikum and hi readers. Mula-mula sekali aku nak ucapkan selamat
menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Siapa tengok cerekarama
Tv3 tadi? Cerita itu sangat-sangat membuat aku tersentuh dan sebak. Demikian
besarnya fadhilat surah Al-Ikhlas :)
Bersempena dengan Maulidur Rasul, aku nak berkongsi sedikit sebanyak tentang
Selawat.

Pengertian Selawat

Selawat dari segi bahasa diertikan sebagai doa, rahmat daripada Allah, 
memberi berkat dan ibadah.

Manakala Salawat dari segi syarak pula, ialah mengakui kerasulan Baginda
Rasulullah SAW lalu berdoa kepada Allah Ta'ala mengurniakan keutamaan
dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.


Seringkali, kita diingatkan agar berselawat ke atas Nabi, tatkala mendengar
ungkapan salawat yang diungkapkan daripada orang lain. Dalam solat Lima
waktu kita juga ada ungkapan salawat ini. Ini kerana besarnya fadhilat daripada
berselawat ke atas Nabi SAW. 
Antara kelebihan berselawat ke atas
Nabi Muhammad SAW ialah :

1. Selawat merupakan amalan yang sangat dimuliakan oleh Allah SWT

2. Ia mampu menjadi benteng kepada diri kita daripada sifat munafik
dan kafir

3. Ia merupakan satu sebab untuk hajat, doa dan amalan baik kita diterima
oleh Allah SWT

4. Selawat mampu menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu
bersedekah

5. Ia boleh menghapuskan kesalahan dan dosa

6. Selawat merupakan jaminan untuk mendapat rahmat Allah SWT di dunia
dan di akhirat, serta syafaat Rasulullah SAW

7. Selawat merupakan tiket untuk memasuki syurga dan terlepas daripada
perhisaban yang rumit

8. Selamat daripada huru-hara hari kiamat

9. Dikurniakan ketenangan hidup di dunia dan bahagia di akhirat kelak
terlepas daripada segala yang mendukacitakan

10. Sesiapa yang banyak berselawat akan dikasihi oleh Nabi Muhammad SAW
dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak


Hadis Berkaitan Kelebihan Berselawat :

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

” Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku
adalah yang paling banyak selawat untukku.”
 
Maksud Sabda baginda lagi:

  "Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku,nescaya Allah akan
berselawat padanya sebanyak sepuluh kali,dihapuskan daripadanya
sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat.”
 ( Riwayat Ahmad,al-Nasai dan al-Hakim daripada Anas r.a )
seterusnya :

"Sesiapa yang membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat,
diampuni dosanya oleh Allah selama 200 tahun.”
( riwayat al-Dailami daripada Abu Zar r.a )

Sabda Seterusnya:
  "Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali
pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada Hari Kiamat.”
( riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda r.a )

  "Di mana sahaja kamu berada,berselawatlah kepadaku,
nescaya selawat itu sampai kepadaku.”
( riwayat al-Tabrani daripada Husain bin Ali r.a )


Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah SWT di dunia dan di
akhirat kelak. Semoga kita mendapat syafaat Baginda Rasulullah SAW di
akhirat kelak. Berselawatlah dengan banyaknya, tak susah kan? 

Peringatan untuk diri aku dan semua :) Ada ilmu, aku kongsi :)
Sekian terima kasih baca ya (n_n)


1 comment:

Anum Shukri said...

Perkongsian yang bermanfaat..marilah kita sama berselawat ke atas Baginda NAbi..