Happy Three Friends

Miss Money

Friday 24 February 2012

Dengarlah Mimpi Mengarut Aku Nih


Assalamualaikum and hi readers. Benarlah kata orang, kalau terlalu
fikirkan sesuatu atau seseorang, kita akan terbawak-bawak sampai
ke dalam mimpi. 



Dan malam semalam, aku TERmimpi aku berjumpa dengan penyanyi
favourite aku. Siapa lagi kalau bukan Avril Lavigne !! Hahaha :p
Mungkin aku masih lagi terkilan sebab tak dapat pergi concert dia
hari tu. Sampai termimpi-mimpi haa....motif sangat kann~




Kisah mimpi aku tu, mula-mula aku dengan kawan aku naik kereta
nak pergi mana entah. Pakwe aku ada kat belakang, naik kereta lain.
Masa tu kitorang nak pergi concert Avril Lavigne. Berebut nak pergi
ke satu tempat yang dijanjikan dalam internet bahawa ada suprised
party untuk peminat yang datang awal ke concert beliau.




Guess what, tak boleh blah sebab aku, kawan aku dan pakwe aku
sampai awal, orang first !!! Hahaha...tapi, bila masuk je...aku rasa
macam nak keluar balik !! Sebab......




Tempat tu, macam ada unsur-unsur pemujaan untuk Black Metal !
Dan masa kitorang kat dalam tu, pintu dewan tu tiba-tiba ditutup.
Masa tu sayup-sayup berkumandang lagu Bring Me To Life nyanyian
Evanesence. Korang sure pernah dengar lagu tu kan, imagine lah
starting music tu agak macam berhantu sikit, cuak babe, dalam tu 
serius ada banyak lilin dan sebijik macam dalam filem yang ada pemujaan
syaitannirajim tu (-_-') 



(mungkin aku jugak terkilan sebab tak dapat pergi concert
evanesence semalam, tu yang termasuk sekali lagu diorang)



Cepat-cepat aku lari keluar dewan tu, perghhh ngeri ! (-_-') Tapi, 
tiba-tiba je suasana dalam dewan tu bertukar jadi meriah dan hilang
segala suasana yang menyeramkan tu. Tiba-tiba jadi satu tempat yang
ramai crowd dan tiba-tiba aku terpandang seseorang tengah bermekap.




OMG , It's Avril !!! >_< hahaha...



Tapi, kesian masa tu muka dia penat sangat, sebab banyak buat concert.
Then yang paling tak boleh blah ialah kitorang sempat berborak okay.
Tak nak style pulak si Avril tu berbahasa Melayu dengan aku ! tapi
dalam mimpi kann, semua boleh jadikkk, hahaha :p



Apa entah yang aku bualkan pon aku tak ingat, dan aku cakap
aku nak amek gambar dengan dia. Tapi, masa tu pulak phone
aku entah ke mana perginya, then dengan selambernya Avril
cakap, 


"Pakai phone aku je lah....." kata Avril



Perghh ! Baik hati sungguh beliau. Kahkahkah (>_<) Then, amek
lah gambar bersama. Time nak tengok je pic tu, aku terjaga
sebab abah aku panggil kejutkan aku, bawak oren kucing aku
pergi klinik tadi. (-_-')



Haishhhh, tapi sengal gak aku tadi. Bangun-bangun je rasa
terharu. Padahal dalam mimpi je pon~~ Motiffffff !!!


haha, tabah sangat korang baca mimpi mengarut aku ni, btw
terima kasih, tinggalkan komen or link, nt ak BW balik okay...

Thanx (n_@) !


5 comments:

Putry said...

avril ckp mlyu dlm mimpi.... hahaha dapat bayangkan :)

Anonymous said...

huiyooo...melampau nya mimpi siap dgn black metal lg...

Atirah ★ said...

fuhh ! Hebat2 .

Lynn Damya said...

Putry : hahaha...kannn :p


Ezad : ya, aku pon xtau celah mana leh datang black metal tu...(-_-')



Atirah : hahaha :p

Nong Andy said...

:)

Aku pernah mimpi artis lelaki kegemaran aku jatuh cinta kat aku hehehe( x nak bagitau nama artis tu hehe)

best oh.. mimpi! hehehe..

*tgh bayangkan Avril cakap melayu..

* aku nak ingat pink supaya boleh jumpa dia mlm ni hehehe..