Happy Three Friends

Miss Money

Friday 2 December 2011

Info Baik Hari Jumaat : Zikir ketika berjalan pon boleh tau :)

Assalamualaikum readers. Okay before aku lupa, baik aku share dulu benda
baik ni kat korang semua :) Lagipon, hari ni hari jumaat kan, jadi baguslah
kalau kita bertukar-tukar maklumat yang baik-baik. Aku dah amalkan benda
ni daripada dulu lagi, dan first aku dengar pasal ni adalah masa zaman sekolah,
nak Merentas Desa. Aku rasa semua sekolah ada aktiviti merentas desa ni kan?
So, cikgu kami ajar kalau sampai jalan yang menaik, contoh macam dekat area
yang berbukit-bukit, bila jalan menaik, baca lah

ALLAHUAKBAR

manakala bila jalan menurun, kita ucaplah

ALHAMDULILLAH

seterusnya bila kita tiba di jalan yang rata dan mendatar, kita ucapkan pula

SUBHANALLAH

Aku teringat nak share benda ni sebab aku perlu berjalan kaki daripada bus
stop untuk ke fakulti. Dan jalan nya memang sangat sangat memenatkan so nak
elakkan asyik mengeluh dan merungut cakap penat lah, panas lah, baik berzikir
dalam hati camni kan? :) Dikongsikan untuk semua readers yang juga berjalan
kaki macam aku. Aku hanya sampaikan yang baik, kalau ada yang salah, sila
tegur okay. Thank Q sudi baca ;)

No comments: