Happy Three Friends

Miss Money

Monday 7 November 2011

Hukum Allah

Assalamualaikum readers. Sekarang ni tengah kecoh pasal hukum hudud kan.
Aku tak nak bagi apa-apa komen, cuma hari tu aku terbaca dalam majalah
Solusi, sebuah majalah yang sangat berinformasi dan bagus untuk kita tambah
ilmu kita yang tak seberapa ni. Ada sebuah perenggan yang menerangkan
sabda Rasullulah SAW yang aku rasa ada sedikit perkaitan dengan situasi sekarang ni.
Perenggan itu berbunyi begini :

"Ingatlah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka
tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran,
dan tidak menjadikannya pilihan,
maka (pada saat itu) Allah akan menjadikan peperangan
dalam kalangan mereka sendiri"

Apa maksudnya?
Bukalah mata anda seluas-luasnya, pandang negara kita,
selami apa yang berlaku dengan mata hati, bukan dengan emosi,
renungkanlah apa yang sedang berlaku dan fikirkan.
Mungkinkah realiti masa kini amat bertepatan dengan maksud
ayat di atas?

No comments: