Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 30 November 2011

Model Photoshoot : Cute Angel In Colourful

Introduced the cutest model;
Ash Azizan @ Ashes


We'll try to used the green background also;


She's done a good job !
Tomorrow, i'll go to Mallacca for doing street photography
assignment. Wish me luck ! (n_n)

Tuesday 29 November 2011

Klip 3GP : Jalan cerita berterabur, papar realiti orang Melayu zaman sekarang

Assalamualaikum readers. Okay, aku baru habis tengok filem Klip 3GP lakonan
Zahiril Adzim. Overall, aku rasa filem ni mungkin terlalu mencuba untuk jadi macam
filem-filem berunsur psiko daripada luar negara, so resultnya agak huru-hara dan
certain part rasa macam takde penghayatan. Hanya ada dua isu yang aku nak
sentuh tentang filem ini.


1. Jalan cerita berterabur

Permulaan okay, tapi lepas itu, scene by scene dah rasa macam mesej yang cuba
disampaikan tu macam tak jelas, tak sampai kepada penonton dan tergantung.
Sampaikan aku kena tengok dan teliti sambil otak cuba mentafsir apa yang sebenarnya
berlaku dalam certain tu dan bila scene tu habis, aku macam..........Apekah???
 (-_-')

Terlalu banyak cerita yang nak disampaikan tetapi plot dan susun aturnya tu
agak mengelirukan jadi rasa macam entahlah. Aku rasa cerita ni hanya bergantung
kepada nama besar pelakon berbakat Zahiril Adzim, kerana aku nak tengok cerita
tu sebab beliau berlakon, tapi entahlah pihak filem hanya mensia-siakan peluang itu.

 
Part Hantu Kebaya Merah pula, pelakon-pelakon wanita amatlah gedik dan sangat
annoying terutamanya Tasha Shila. She was great in Ramadhan Terakhir dalam drama
TV3, but in here, lakonan dia mengecewakan. Terlalu gedik sampai macam cacing
kepanasan sampai aku rasa segan pulak tengok dia tergedik-gedik macam tu.
Tak perlu kot........(-_-')

Okay lagi, dalam cerita tu juga seolah-olah mengajar cara untuk skodeng orang.
Macam mana nak skodeng, dekat mana, dalam tandas, dalam taman, dalam semak
semuaaaaaanya ditunjukkan dalam ni dan ya, sekali lagi aku macam....motifff?????

2. Papar realiti orang Melayu zaman sekarang

Satu yang bagus tentang filem ini ialah ia berjaya membuatkan aku rasa takut
dengan manusia zaman sekarang. Aku terfikir, zaman sekarang macam-macam
boleh jadi. Manusia gila ! Buat apa saja demi wang. Berbunuhan sesama sendiri,
diperdaya sana-sini, lelaki yang zahirnya baik tetapi kita tak tahu asal-usulnya, 
adakah dia seorang yang benar-benar baik atau sekadar berlakon je? 

Aku terfikir,
perempuan-perempuan sekarang terlalu open-minded, berkenalan dengan semua
jenis lelaki yang nak kenal dengannya. Ada rupa, ada harta, maka akan dilayan
tanpa menyelidik hati budi lelaki itu. Aku terfikir, apa akan jadi sekiranya lelaki
itu seorang yang psiko, boleh bertindak luar kawalan terhadap orang yang sebelum
ni disayanginya. Sampai sanggup bunuh kekasihnya?? Ini tak mustahil. Dan syabas
Klip 3GP berjaya mengetengahkan isu ini. Dan aku terfikir betapa kejamnya
manusia zaman sekarang ! 

Saat ini, aku mengakui kebenaran Islam yang mengutamakan agama sebagai ukuran
untuk mencari pasangan. Aku tak nak khawin dengan orang yang tak kuat agamanya,
sebab hatinya mudah dirasuki syaitan. Korang berani? Tu sebab banyak kes suami
bunuh isteri, suami tetak isteri, tendang perut isteri yang tengah mengandung. Ini sebab
si suami tak memahami konsep perkhawinan dalam Islam. Bila ada masalah je terus
blame each other, naik darah dan seterusnya membunuh. Masya Allah~

Kesimpulannya :

Kalau orang cakap aku tau nak kritik je, cuba lah kalau kau buat filem sendiri,
tengok bagus ke tidak?? Okay, aku ada hak untuk mengkritik. Bukan aku tak
supprot filem tempatan, tapi filem ni kalau buat dengan lebih teliti dan tak terburu-
buru, mesti okay :) dan lagi satu, orang akan cakap sampai bila filem kita nak
maju kalau orang macam aku ni asyik nak menentang je. Okay, bukan menentang,
aku faham industri filem tempatan sedang bersaing hebat gila nak hasilkan filem
yang canggih macam the matrix (-_-') tapi tak payah lah buat cerita-cerita mengarut
yang boleh ajar budak-budak buat benda tak senonoh.

Korang tau tak filem Syukur 21 lakonan kumpulan Raihan dulu? 

 Filem itu SUPERB !
Still ada teknologi, still ada kecanggihannya di situ tapi lihat macam mana pendekatan
yang digunakan. :) Filem itu menyeru kita kepada kebaikan kan :)

Part Time Jadi Biatch

Mostly girls tak perasan yang mereka ni macam biatch. Nak tau apsal?
Sebab :

1. Dah berpunya, still mengaku single
2. Dah berpunya, tapi still menggedik dengan lelaki lain
3. Panggil kawan-kawan lelaki dengan perkataan yang dia gunakan juga
untuk panggil pakwenya, contoh : Sayang
4. Terlentok-lentok lagi dekat bahu kawan-kawan lelaki yang lain bila
pakwe takde kat sebelah
5. Give bitchy look dekat lelaki lain even pakwe tengah ada kat sebelah
masa tu
6. Berhubung dengan lelaki lain tanpa ada kepentingan, contoh : Mesej, chatting
7. Layan lelaki lain yang syok kat dia
8. Tak kisah dipegang-pegang or disentuh-sentuh oleh lelaki lain
9. Bercakap sambil tangan harus menyentuh lelaki lain
10. Tak nak tulis in relationship semata-mata tak nak saham jatuh, nak ada
ramai peminat kononnya
11. Mengayat lelaki lain termasuklah yang dah ada girlfriend
12. Cuba menarik perhatian pakwe orang terutama pakwe bestfriend sendiri
13. Menunjukkan segala aset yang dimiliki untuk mencairkan pakwe orang
14. Memburuk-burukkan girlfriend seseorang dekat pakwe girlfriend tu sendiri
15. Gedik !

For all biatches, never separate two hearts that really
cares to each other. You're such a low class women.

Monday 28 November 2011

Hasil Street Photography di Melaka

Assalamualaikum readers. Semalam aku pergi Melaka. Dua jam perjalanan dari
jam 9-10 lebih. Sampai, terus ambil bas pergi area bandar Merah kat Stadhuys.
Ramai gila orang ! Dan itu memudahkan photoshoot aku untuk snap aksi dan
gelagat mereka. Aku cuma guna DSLR aku dan lens 50mm (pinjam). Hasilnya
mungkin tak segempak mana, tapi okay kot untuk hantar sebagai assignment. :)

korean?
Demi sesuap nasi yang halal, bukan dengan meminta-minta...

Okay, tengah-tengah ambil gambar tu, hujan turun dengan lebatnya dan aku
terkandas di entrance muzium yang warna merah tu. Ada sorang uncle ni dia
pemain biola rupanya, sembang-punya sembang dia keluarkan biola dia dan
terus mainkan lagu Titanic,perform depan orang ramai yang berteduh juga kat
situ.


Uncle ni sangat friendly sampai aku pon kena petik gak biola tu (-_-') Hish !

Senyuman tu bukan sebab aku excited tapi sebab aku SEGAN GILERRRR
depan tu dah lah ramai orang, hadui...pose je lebih, bunyi tak keluar pon (-_-')

Cuaca hari tu tak menentu, cerah, mendung, hujan, lepas tu cerah balik, siap
panas terik lagi sampai aku sunburn ni ah (T_T) , lepas tu tiba-tiba je hujan,
berapa kali berlari cari tempat berteduh. Cuma aku tak tahu apa motor ni buat
kat tengah-tengah jalan dalam hujan tu :


Mungkin sebagai pembahagi jalan?

Kan.....? (-_-') 

Lepas dah tak larat nak ambil gambar, aku pergilah masuk DP, makan. Lapar
woO satu hari tak makan, breakfast sandwich je. Lepas makan, round dalam
Dp, banyak gila sale tapi aku malas ah nak layan sale-sale ni. (-_-') Kena jimat!
Duit dalam akaun tidak membenarkan !! Lepas tu, baliklah Melaka Sentral, tiket
balik Shah Alam jam 8 malam. Naik Transnasional. Lepas ni memang aku tak nak
naik lagi Trans tu. Perangai driver masing-masing menyusahkan orang.

*Middle finger to WBS 6595's driver yang drive bas tu semalam;
jam 8 malam, Melaka to Shah Alam*

Okay itu je cerita dan hasil trip aku ke Melaka. Any komen? 
Thank Q readrs for read this (n_n)



Sunday 27 November 2011

Segmen Cut Apple A

Hai readers and bloggers. Actually, tak berapa nak free skang ni tapi nak
support member, aku pon join lah segmen ni :

Jom join ramai-ramai kat Blog Cik Ernie

Peserta kena huraikan mengikut kefahaman masing-masing mengenai ciri-ciri
di bawah ni :

1. Caring : Ambil berat dan tidak menindas antara satu sama lain
2. Understanding : Memahami dan cuba untuk faham, certain orang hanya memahami
tapi tindakan dia lepas tu sama je macam orang tak faham bahasa
3. Trusting : Serahkan kepercayaan hanya kepada mereka yang betul-betul boleh
dipercayai
4 Accepting : Jangan tahu nak membantah je, kalau ada idea yang lagi bernas dpd
idea kita, bertolak ansur dan terima lah
5. Positive : Always sebab berfikiran buruk hanya akan buat kita rasa insecure dan
ragu-ragu
6. Patience : Sabar dan minat, kalau tak minat cari benda lain yang kita boleh buat
dengan minat dan kesabaran yang tinggi
7. Listening : Dengar, dengar dan dengar apa orang nak cakap, jangan tau nak potong
orang cakap jer
8. Empathy : Not sure bout this, (-_-')
9. Assertive : This is important supaya kita tak kena buli dan tak kena tindas !

Okay, itu saja. Senang kan, so join lah. Hehe (n_n)

Model Photoshoot : Goergeous In Darkness

Introduced the goergeous model;
Kim ZipZettna

Third Lighting : Background light, hair light & side light

Aku nak action figure Milla Jovovich pakai baju merah tu !

Assalamualaikum readers. Korang tengok tak siri movie gempak yg
bertajuk Resident Evil tu? WhOaahh aku minat gila movie tu weyh..


 Serius karakter Alice yang dibawakan oleh Milla Jovovich tu sangat
mengganggu emosi aku sebab sangat cool dan style ! Puas aku cari
action figure Alice ni dekat Amcorp Mall, tapi tak jumpa langsung !

KECEWAAAA (u_u)

Ari tu, aku search kat internet dan aku jumpa action figure ni !!!!!!!!
Style gila, sebijik macam Alice yang dalam movie tu, lengkap dengan
senjata dia bagai, dan seriuslah aku memang nak beli ! Ni real version.


Memang aku nekad nak beli !!


TAPI, dalam mimpi jelah.......sebab harga dia RM500++
Mampu??? (tanya aku kepada diri sendiri)


KECEWAAAA LAGI (T_T)

Saturday 26 November 2011

Pergi Mampus Lah Dengan Kau Punya 'U follow me, I follow u'

Okay, aku sangat menyampah dengan ayat itu.
Kenapa? Sebab masing-masing punya suka lah kan nak like blog
mana pon, mana boleh paksa-paksa. Lagi-lagi yang cakap camni:

"Dah follow blog awak, follow blog saya pulak ok"

Kau siapa nak mengarah aku?
Kalau kau follow sebab nak suruh aku follow kau balik,baik
tak payah follow sebab kau tak ikhlas

Lepas itu, bila aku ping entry aku, akan ada je link-link yang bagi
pesanan khidmat masyarakat : U follow me, i follow u back !
Yang aku panas ialah aku awal-awal lagi dah follow dia, tapi still
dia menyemakkan link dia kat situ.

Ni lah problemnya kalau tau nak menambah followers je. Tak
pernahnya nak berkenal-kenalan dengan followers korang tu.

Lagi, bila aku cakap aku nak BW, so aku mintaklah bloggers drop
link kat komen. Ok, ada yang tinggalkan link dan repeat the same
thing again ! Fine, aku follow sebab dia cakap dia dah follow aku.
Lepas tu, aku baca lah latest entry dia dan menyemak kat shoutbox
dia supaya dia tahu aku dah BW kat blog dia. Then, hampeh bila aku
check kat blog aku, followers tak bertambah dan dekat Cbox pon tak
de pape...................................

Kalau ye pon dah desperate sangat nak tambah followers, tak
payah lah sampai menipu macam tu. 

Aku tak pernah dengar lagi bloggers mati sebab followers dia sikit.
Jadi, tak payah nak kelam-kabut sangat paksa orang follow blog
korang. Asalkan traffic korang meletup, tu dah menunjukkan korang
hot ! Yelah, hot lah sampai meletup. Kadang-kadang aku BW blog-
blog yang aku tak pernah jejak dan aku takde lah ego sangat, kalau
aku suka aku akan follow, tapi feels free to them sama ada nak follow
aku balik atau tidak, tiada paksaan. :) Okay tu je, thanx sudi baca :)


Very Cute & Adorable Baby !

Introducing this very little cute angel, named

Eliana Narvaez

Have you heard about her?
Okay, for most people who do not know yet about her, here I
shared some cute videos about her. And I'm so excited about this
and I bet you'll regret because these videos already achieved
6 numbers something of viewers !!

did you hear that? She's called her fish; baby~ :)


Owhh i love when she's said; "sorry, hamster....:( "


Okay, here I wanna share some adorable pictures about this little
cute girl. I just thought that maybe she's looked like Selena Gomez...

 Do you agree with me?

Eliana lives with her father and her sister. They're such a lovely and
very sweets family, and if you wanna see one of their happy moments,
watch this video :

Happy family right? (n_n) for those who had a problem with the
speed of your broadband, you should download it first because
it's a must-watch video ! (>_<)

Pursuit Your Happiness
:)

Thursday 24 November 2011

Bila Jenama Terkemuka Di'seni'kan (Burberry, Prada, Giorgio Armani & etc)

Pameran ini merupakan hasil kerja seni pelajar-pelajar Fakulti Art & Design
yang dipamerkan kat fakulti itu sendiri. Memang cantik ! Dan sangat style, so
tadi aku sempat ambil few artworks yang aku rasa sangat superb dan style
untuk dikongsi dengan readers and bloggers sekalian. (n_n)



Dan yang paling hotttt !!!

Impressed ! Oh aku lupa nak mention yang semua artwork di atas menggunakan
marker rendering dan pensel sahaja. Okay, kalau suka, sila komen ye. Thank Q
sudi baca entry ni. :)


Siapa Kata Orang Single Tak Boleh Dating??

Assalamualaikum readers. Haa, selalu aku dengar kawan-kawan aku yang
 berstatus single cakap macam ni,

"Aku takde pakwe, mana boleh dating.."

Hey come on babe, kau tau tak, sebab itu lah kau boleh date dengan
mana-mana lelaki pon sebab kau takde pakwe. Jadi, siapa pon takkan
halang atau marah korang kalau korang dating dengan sesiapa pon atau
nak lagi gempak dating dengan beberapa orang lelaki sekali gus kannn..
It goes same on guys yang single jugak, kau boleh date dengan sesiapa je
yang kau nak, kalau perempuan tu nak lah kan. So, takde siapa marah.

Ha ! Tapi ini bukan alasan untuk korang berdating pulak dengan pakwe/
makwe/suami/isteri orang. Nak kena pelangkung lerrr tu. Agak-agak lah
kalau dah nak berdating sangat kan.

Tak, maksud aku kat sini, stop-stop lah cakap dialog kat atau tu, hehe...
Ini kira kelebihan orang-orang yang berstatus single lah, memang mereka
tak boleh dating sebab takde pasangan tetapi, haa mereka ni boleh je
dating dengan sesiapa tanpa perlu ada rasa bersalah sebab dorang takde
pasangan dan tak perlu lagi menjaga hati pasangan.

Cuma daripada dulu lagi sampai lah sekarang, yang dah ada pasangan tu
pon nak jugak dating dengan seramai-ramai skandal yang dia ada. Apa
masalah entah..susah sangat ke nak setia pada yang satu? Kalau susah,
itu tandanya anda gedik. Ye lah, kau dah ada makwe tapi still nak ayat
awek-awek hot lain, yang awek pon boleh tahan jugak dah ada pakwe
pon still kau nak menggedik-gedik dengan lelaki lain macam dah gatal
sangat. MOTIFFFF~~~~

Wednesday 23 November 2011

Trend Pilihan Korang Masa Baru Nak Up Dulu-dulu?

Assalamualaikum readers. Haa, kita dok sibuk mengata dak-dak zaman sekarang yang baru nak up tu kan, jom kita imbas kembali masa kita zaman-zaman sekolah lagi, yelah zaman-zaman baru nak up. Masing-masing mencari identiti untuk kelihatan lebih cool dan hot. So, apa trend yang korang pilih? Ni aku ceritakan trend yang melanda sekolah aku satu ketika dulu. Flash back~~~~

 
1. Skinhead
Ramai kot budak-budak batch aku yang bergelar budak-budak ska. Haha oi ! oi ! Skinhead. 

 Aku masih ingat lagi, majoriti yang dipengaruhi skinhead ni akan layan habis-habisan muzik-muzik dan lagu ska, yang mana aku pon hampir terpengaruh sebab lagu dia boleh tahan jugak lah. Tapi, geng ni  dimonopoli oleh kaum lelaki.


2. Geng Skuter

Haaa, ni baru betul. Comel tak? Comel tak? Sebab itu lah ada sorang member aku ni terjebak dalam geng-geng skuter ni. Jadi awek scoot/ lebih hot lagi ; Scooter girls ! :) Hehe, tapi aku tak berminat pulak dengan trend ni walaupun ramai gak perempuan batch aku yang minat dengan geng skuter ni. Cuma aku lebih prefer jadi awek scoot lah daripada awek rempit. Dulu kitorang still bertamadun lagi, bukan macam sekarang, trend semua merosakkan diri. Hadoii~~~ (-_-')


3. Skater Boy


Bila aku dah mention ianya 'boy' means ia dimonopoli oleh lelaki lah kan. Tapi, aku pon terjebak gak dalam bidang ni, cheh gaya macam aku main  je, bukan..bukan..Maksud aku, aku berminat jugaklah dengan group-groupskaters ni. Serius, bila diorang terbang-terbang itu nampak macam cool !

Tak kisah ahh lepas tu jatuh ke apa, tapi aku sangat kagum woO..aku sgt mengikuti perkembangan sukan ekstrem ni sampai kan aku jadi pembeli setia magazine Revolution dan 3X. Support babe~~ Hahaha

and yang paling kuat sekali pengaruhnya ialah :


4. Gothic + Emo
Ini memang aku ingat lagi masa tu, cepat gila trend ni tersebar. Tak sampai seminggu, hampir semua pelajar perempuan sekolah aku batch form 5 dan form 4, pakai eyeliner. 

 Yelah, gothic dan emo kan tekankan bahagian mata dengan penggunaan eyeliner warna hitam pekat tu. Just imagine, lepas trend itu tersebar, pelajar perempuan pergi class pakai eyeliner, pergi prep pakai eyeliner, pergi dewan  makan pon pakai eyeliner, sampai kan guru disiplin sekolah aku buat satu peraturan, pelajar perempuan tak boleh pakai eyeliner over sangat.

Dan, before aku lupa, aku nak mention kat sini, bukan student
perempuan je yang terpengaruh dengan style ni, tetapi pelajar lelaki pon sama.
 Haha..Dari  situ lah, aku pon terikut- ikut sekali dengan trend gothic + emo ni sampai lah sekarang, aku still maintain dengan eyeliner, dress + baju aku majoriti berwarna hitam, merah dan putih (sampai masa aku practical tu boring sebab baru aku perasan baju aku takde warne lain) (-_-') 


Haha, itu jelah pasal trend pilihan masa kat sekolah aku zaman-zaman baru nak up dan mencari identiti kan.So, korang punya trend macam mana pulak? Share sikit~~~ Thank Q :)