Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 19 October 2011

Sedih baca mesej daripada emak

Salam readers, aku nak bagitau yang aku baru habis presentation about my internship
training tadi. Agak ah kan janji pukul 2 petang, tiba-tiba bila baca balik kat notis tu rupanya
pukul 3-5 petang. Aku dengan member2 aku dengan tabah hatinya menunggu lah lagi sampai
pukul 4 lebih, baru lecturer datang untuk access kitorang. Amatlah sedih kan, Untunglaahhhhh
lecturer datang gak kan. Dan aku sangat lega sebab dah present, so tak yah susah-susah dok
pikir lagi pasal mende tu, cuma sekarang ni, aku kena improve lagi slide presentation aku tadi
dan hantar semula pada lecturer aku tu, sebab slide aku ade yang tak lengkap. Baikkannnn~
lecturer aku. Haha, nasib baik beliau baik :p so sekarang ni, before aku menaip untuk improve
slide tu, better aku menaip blog dulu sebab aku ada cerita sedih sikit ni...Wuwu :'(
_______________________________________________________________________

So, tadi lepas habis present aku pun cek lah phone aku, kot2 ada mesej ke sebab aku memang
silent kalau time class or presentation. Kenalah kann. So aku cek lah, dan ada mesej daripada
abah aku. Aku pun opened that message and read. Then tiba-tiba hati aku jadi sebak. Mak aku
kadang-kadang share phone dengan abah aku, so aku kenal gaya penulisan diorang, dan
daripada mesej tu, aku tau ia ditaip oleh mak aku. Dan aku tahu, sesusah mana pon diorang,
diorang akan senyap dan tak bagitau or takdelah sampai cerita kat aku dalam mesej on that time
jugak, kalau ada pon selalunya bila aku balik rumah or call baru lah mak aku cerita. Tapi mesej
tadi betul-betul buat aku rasa nak balik time tadi tu jugak.. :'( mesejnya berbunyi macam ni :

"Kesian mama dan abahkan...hujan, ribut petir...
cari rezeki untuk kita sekeluarga...hujan lebat ni"

Kenapa mak? Hujan lebat sangat ke? Mak kena hujan time niaga? Abah pon kena hujan ke?
Semua okay? Ramai customer tak hari ni? Hujan lagi ke sekarang ni kat sana? Dan bermacam
soalan lagi tertanya-tanya kat kepala brain aku ni. Terus aku diam time tu, hati aku sebak, sedih.
Rasa nak balik time tu jugak. Isk..Isk...serius aku TER'melinangkan air mata aku ni bila baca
mesej tu. 

Owh, aku lupa nak mention yang abah dan mak aku kerja berniaga kat pasar malam.
Jual popcorn dan ice blended. Niaga daripada pukul 4.30 - 9.30 malam every Monday until
Friday, hari Ahad niaga pagi pukul 6.45 - 11.00 tghari dan every weekend memang cuti hari
Sabtu. Memang kalau aku balik cuti, aku tolong mak abah aku pergi niaga. Aku tak sampai
hati nak tengok diorang pergi sendiri sedangkan anak-anak tau duk umah je tengok tv. Sebab tu
aku sedih, aku takde kat sana masa mak aku niaga tadi. Dan hari ni hari selasa. Aku tau, hari
selasa memang hari paling menagntuk kalau niaga, sebab takde orang. Tempat niaga hari selasa
tu kawasan orang-orang pendatang asing, so most of them tak tau makan popcorn. Imagine
kalau lebat cam tu hujan package dengan petir ribut semua, aku tak boleh nak bayangkan wajah
mak abah aku duduk kat bawah payung tu sambil tunggu customer yang entah berepa orang je.

Memang aku tak sampai hati. Aku sedih sangat tadi. Terus aku call mak aku, tapi cover suara
lah kan, tak nak lah diorang tau yang aku sedih. Dengar suara mak aku, terus aku rasa lega.
Sekurang-kurangnya, aku dapat teman dia niaga dalam telefon pon jadilah :) Emak dan abah,
nanti lynn cuti balik rumah, lynn tolong mak dan abah buat popcorn dan tolong niaga tau ! Hehe
 (n_n) thank Q readers sudi baca entry sedih ni..(n_n)

this is my family (pic adik xde time ni)


No comments: