Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 27 September 2011

Mungkinkah kucing akan pupus satu hari nanti?

Yup, sekarang ni memang lah kita boleh jumpa kucing di merata-rata tempat. Tapi aku terfikir, satu hari nanti tak mustahil kucing juga akan jadi haiwan yang dilindungi kerana makin lama populasinya mungkin akan berkurangan. Sebab apa?

1. KEKEJAMAN 'BINATANG' a.k.a MANUSIA TAK GUNA

sengaja kenakan renjatan elektrik kat kucing???

balut kucing dengan salotape???? sanggup ke nak cabut balik salotape tu??

dan banyak lagi kekejaman manusia terhadap haiwan !

2. KUCING KENA MAKAN
Pernah dengar pasal orang-orang asing kat sini makan kucing?? Aku tak pasti berapa banyak kes macam ni dilaporkan, tapi ianya memang berlaku. Bayangkanlah, kat negara kita ni, kucing melambak tepi jalan, kalau nak makan pon, free of charges je. Makin lama, makin lah pupus kucing ni.

3. KUCING/ANJING TERBIAR DITEMBAK MATI
ni aku baru jumpa tadi...salah siapa???

4. PEMANDULAN KUCING

Ok, jangan salah faham pasal proses pemandulan kucing ni..setelah dikaji oleh Panel Kajian Syariah pada 3 & 4 April 2000, keputusan untuk proses ini adalah diharuskan bagi mengelakkan masalah ammah. Masalah ammah bermaksud jika haiwan itu membawa penyakit atau untuk menjaga keselamatan manusia dan persekitaran awamnya. Kucing bukanlah haiwan yg merbahaya, tetapi dalam negara kita, proses pemandulan kucing dijalankan untuk mengelakkan lebih banyak anak-anak kucing yang terbiar/tidak bertuan di merata-rata tempat. Dan seperti biasa, setiap tindakan / keputusan yang diambil pasti ada baik buruknya, dan dalam proses pemandulan ini, dengan kekejaman manusia lagi.....aku tertanya-tanya:

"Mungkinkah kucing akan pupus satu hari nanti......................?"

sebelum aku tamatkan entry ini, aku nak promote satu page kat korang...
especially for cats and dog lovers ( Non Muslims )
sila ke page Ini untuk membantu kucing2 dan anjing2 yang malang di negara kita
terima kasih :)

comel kan kucing aku?? hahaha....name dia oren (n_n)

Saturday 24 September 2011

Kita Yang buat Kucing menangis



 berita ni dilaporkan setahun yg lalu....sebuah keluarga yang menetap di Kunming Panlong District telah memelihara seekor kucing betina dengan 4 ekor anaknya daripada cat stray. Namun, pada pagi 11haribulan, mereka dikejutkan dengan tangisan seekor kucing dan tangisan itu kedengaran sangat sayu dan tragik...mereka bergegas pergi ke arah bunyi tangisan itu dan terkejut dengan apa yg mereka lihat (gambar di atas)...4 ekor anak kucingnya mati bergelimpangan dengan keadaan yang sangat mengerikan dan kejam ! keempat-empat badan anak anak kucing itu dipenuhi dengan bekas-bekas tembakan peluru, dan seekor daripadanya, terdapat tali yang diikat ketat di bahagian leher dan bahagian dadanya terbuka seperti dibelah, sehingga nampak jantung anak kucing itu. Dipercayai bekas-bekas tembakan peluru itu adalah daripada pistol mainan.

Ketika mereka sampai di tempat kejadian, ibu kucing berbunyi seolah-olah sedang menangis dan meratapi sambil melihat-lihat seekor demi seekor anak-anaknya...tak henti-henti dia menjilat anak-anaknya..dengan harapan, jilatannya akn menyembuhkan dan mengembalikan anak-anaknya semula...tapi tidak ! mereka telah dibunuh dengan kejam oleh manusia yg gila dan tak berhati perut ! (dipercayai anak-anak kucing ini dibunuh di tempat lain, tetapi sengaja diletak berhampiran dengan ibunya selepas mereka dibunuh) pemilik kucing ini terlalu sedih dan lemah bila melihat kejadian ini hingga tidak dapat bercakap....bayangkan perasaan si ibu kucing itu....dia hanyalah seekor kucing, yg melawan hanya dengan kudratnya sendiri....dia takda apa-apa senjata melainkan kuku dan taringnya...inikan pula anak kucing sekecil itu....mereka hanya ingin menumpang kasih sayang, bukan didera dengan kejam macam ni, sampai mati ! :'(

something about missing


 i felt alone...even i'm in the big crowd
i felt empty...even i have everything in this world
i felt sick...even the doctor said i'm fine
i felt weak...even my heartbeat is normal
i felt sad...and i'm suffering becaused of missing you
i'm waiting for you every day, each hours, each minutes, even for each seconds
there's no time to think the others besides you
but still,
you're not come back
you're not here
why?
please know that i've been here for too long
please know that i'm here just because i'm waiting for you
please know that there's no other girls will do this for you
please...know that actually i'm missing you so badly
i've been trying so hard...
to make everything fine even without you,
yes, i've achieved my dreams
but deep in my heart...i felt empty...
please...
come back and be here forever

Tuesday 20 September 2011

jangan bergambar tiga orang, tak baik !

 (gmbr hiasan)

selalu kita dengar benda ni, bila nak amek gambar, dan bilangan orangnya tiga atau ganjil, orang2 tua selalunya akan cakap, genapkan...tak baik gambar dengan bilangan ganjil...dikhuatiri seorang daripada mereka yg bergambar tu akan meninggal dunia? Sejauh mana kebenarannya?

mungkin peringatan ini hanyalah kiasan atau sekadar untuk menakut-nakutkan kita saja seperti larangan-larangan lain yg kita selalu dengar contohnya; anak dara jangan menyanyi kat dapur, nanti dapat suami yg berumur..kita tau, itu tidak benar..sekadar ingatan untuk anak-anak gadis supaya fokus ketika memasak, kalau menyanyi sambil memasak, takut terhangus pulak masakan tu...sama juga seperti anak dara jangan duduk kat tangga depan rumah, nanti tak ade orang masuk meminang...itu juga sengaja direka untuk menakut-nakutkan kita supaya kita duduk di dalam rumah, zaman dulu, tak manis kalau anak dara jadi tontonan umum lebih2 lagi tontonan lelaki....

tapi dlm larangan bergambar tiga orang atau ganjil ni, aku tak berapa pasti...sama ada ia benar-benar berlaku atau sekadar untuk menakut-nakutkan kita? tapi kalau ia direka untuk menakut-nakutkan saja, apa yg ditakutkan itu? apa yg tak baiknya bila bergambar 3 orang atau ganjil? ada sesiapa tahu? tolong komen kalau korang tau pasal ni ok..TQ readers.. :)

Monday 19 September 2011

Masalah-masalah perempuan yang cantik

 aku selalu dengar orang mengeluh sebab dia tak cantik macam orang tu, macam orang ini, macam dia dan macam sapa2 lg yg dilahirkan cantik...aku faham, sebab aku tak ah secantik mana pon, tapi yang wat aku macam annoying tu...dok asyik ulang je cakap diri dia tak cantik lah, nak jadi cantik macam artis korea lah, nak jadi cun ala2 model lah...apsal babe??

memang kita selalu dengar orang cantik ni (more on female) akan lebih berpeluang dan dipandang bila ke mana-mana sekalipon...korang mesti pernah dengar kan orang cakap, muka cantik senang dapat kerja kan? memang senang...kite tgk artis pulak..muka cantik tapi suara hampeh...kan? ok lagi, contoh cliche awek cantik ramai admirer..kann? so best kann jadi orang cantik...tapi mungkin korang tak pernah ambil tahu apa masalah-masalah orang2 cantik dan hot ni...

1. Susah nak menilai hati budi lelaki yg datang nak berkenalan dengannya
lelaki cakap : perghh cunnye awek tu, kalau aku dapat ni.....konfem tak cari lain dah
(masalah : ko xtau lelaki tu dtg kt ko sbb ko cantik, cun & hot...bukan sbb btul2 nk bcinta dgn ko, ko punyelah syok bcinta dgn hati yg ikhlas, tp bila ada girls lg cntik dpd ko...bf ko lari plak ke awek tu....)

2. Didekati kerana kecantikan semata-mata
ni selalu kita dengar.....masa muda2 dulu, sayang giler..yelah semua masih cantik...tapi jap g kalau awek tu nampak cam buruk sket or  excident dan berparut....sumpah memang kena tinggal kalau lelaki yg datang kat dia dulu tu cuma pentingkan kecantikan luaran semata-mata

3. Risiko terdedah kepada bahaya
aku bukan nak cakap orang yg tak cantik selamat sangat, tapi kalau ikut logik...gabung plak dengan manusia2 binatang macam kat atas ni yg tak ikhlas sangat berkawan dgn orang2 cantik...korang fikir, agak2 apa leh jadi? silap-silap perempuan cantik yg suci dan innocent pon bleh rosak kalau didekati oleh jantan-jantan binatang yg tau nak rosakkan pempuan je... (grrrr....marah ni !) orang tak cantik akan jadi pilihan kedua atau terakhir untuk dipilih dalam kes2 mcm ni...ye ah, xcantik, sape nak... mungkin itu satu kelebihan yg Tuhan bg untuk orang2 yg xcantik...semua ada hikmah kan?

4. Mengundang fitnah
aku xtau camne nak explain, tapi kalau terlalu cantik pon aku rasa orang tetap akan mengata... orang sekeliling akan terdorong untuk mengaibkan sebab mereka jeles dgn kecantikan orang lain tu contoh, anda cantik...ramai lelaki cuba memikat anda termasuk sorg lelaki ni yg ade admirernye sendiri..even anda tak buat pape pon, pempuan yg minat admirer anda ni akan buat ape je supaya anda nampak buruk di mata lelaki tu...cara paling senang gosip a.k.a fitnah...kalau pempuan tu psycho, anda yg cantik ni memang kena watch out lah...dunia skang macam2 leh jadi, kalau tak aware, tak mustahil boleh cedera disebabkan fitnah2 tu semua

5. Banyak hati yang perlu dijaga
ramai peminat, banyak lah hati yang perlu dijaga kann...tak gitu?? aku bukan maksudkan playgirl..i mean ko cantik, ko ramai peminat tp ko dah ade special boyfriend...tp still ade yg try memikat korang lagi, klw ko ni jenis yg cepat kesian dan lembut hati....konfem korang akan rasa bersalah, rasa keliru, dan macam2 lagi sebab takut ada yang terluka..chewahh~~ penat tau...

ada lagi, tp cukuplah setakat ni dulu...penat ahh nak taip...so, tak yah ahh nak jelez sgt dgn orang2 yg cantik....dh dorg dilahirkan cantik, nak wat cmne...xkan ko nk jelez sampai mati...pe kata ko tukar, pandang diri sendiri plak...cari kecantikan sendiri...kadang2 tak perlu pakai mekap tebal2, pakai heels, dress up mcm ladies or control ayu untuk nampak cantik...cukup ahh korang konfident, itu pon dh cukup buat ko nmpak cantik dan ada personaliti..okay (n_n) hehe tQ readers for read this.. :D

Sunday 18 September 2011

jangan bajet perfect sangat lah

dah lama aku tak menaip dengan penuh emosional kan
ok aku tengok facebook tadi...aku tak taulah tapi aku terperasan something
apsal ramai sangat yang tanya orang lain perfect ke tak untuk dia?
kau tanya orang lain perfect ke tak untuk kau...
aku nak tanya apsal kau tanya orang lain dulu? kau dah tanya diri kau sendiri?
perfect sangat kah??

Saturday 17 September 2011

kenapa aku memberontak??

satu persepsi tentang pemberontakan
yang menyebabkan ia selalu disalah anggap sebagai penderhaka
siapa yang melemparkan fitnah terhadap agenda pemberontakan itu
kalau bukan pemerintah yang sedang takut kepada kejatuhan?

lihat sejarah dulu-dulu...
siapa pemerintah? siapa rakyat? dan siapa pemberontak??
suatu masa dulu...
pemerintah kita zalim, kejam, dan tak berhati perut terhadap orang2 kita
rakyat semua takut, lemah dan terpaksa tunduk dan akur sahaja
tetapi kezaliman pemerintah tidak dapat menandingi keberanian para pejuang kita
yang memberontak bukan kerana peribadi mereka jahat
tetapi mereka bangun..memberontak demi maruah bangsa
mereka memberontak kerana mereka tahu kebenaran
mereka memberontak kerana mereka ingin menyebarkan kebenaran
mereka memberontak untuk menggulingkan yang salah
dan menggantikan ia dengan kebenaran dan keamanan !
itulah pejuang-pejuang kita suatu masa dulu...

sekarang anda nak cakap apa tentang pemberontakan?
anda nak cakap semua pemberontak itu jahat?
padahal mereka memberontak kerana mereka tahu kebenaran
di kala semua rakyat tahu kebenaran tetapi hanya mendiamkan dan akur..
mereka bangun menentang
anda fikir mereka bodoh kerana menentang dan hanya akan memakan diri sendiri?
anda yang bodoh jika anda fikir begitu
sepatutnya anda malu sebab anda tidak mempunyai kekuatan
dan keberanian seperti itu untuk menolong bangsa anda
anda fikir pemberontak akan sengaja memberontak sesuka hati?
rakyat akan senang hati dan taat setia dengan pemerintah dan negara
sekiranya pemerintah adalah seorang yang layak dan melindungi negaranya
tetapi jika sebaliknya? itulah sebab pemberontakan berlaku..
sedang mereka memberontak mempertahankan hak mereka
pemerintah zalim memerah otak mencari jalan supaya mereka itu 'didiamkan'
dalam pelbagai cara !!

zaman berganti zaman...pemerintah berganti pemerintah...
namun rakyat semakin pandai..bukan bodoh seperti dahulu yang hanya akur dan tunduk
kami melihat, kami alami dan kami nilai
dan daripada apa yang aku nilai selama ini...
memang aku ada sebab untuk aku memberontak

Thursday 15 September 2011

erti 'sentimental values'

korang tau tak apa erti sentimental value tu??
contohnya :
ada sorang ni teringin nak beli handphone baru yg canggih dan ada banyak function mcm I Phone, BB, or another smartphone, semua orang pon memang giler kan gadget2 mcm ni zaman sekarang ni...tapi, bila2 dia fikir2 balik, dia tak jadi beli sebab dia masih sayang dan setia untuk guna handphone lamanya yg dia dapat dpd orang tersayang...even handphone tu dah lama, buruk, or paling senang dh ketinggalan zaman...dia still sayang sangat kat handphone tu..dia tak tau nak explain kenapa...
sebab itu adalah sentimenral values...

ada sorang ni, dia ada sebuah kereta buruk yg memang dah rosak dan tak leh dibawa ke mana2 lagi dah...tersadai je kat belakang rumah, ada orang tawarkan harga tinggi untuk beli kereta buruk tu jadi besi buruk, dia tak nak..
sebab dia sayangkan kereta tu..even dah rosak, buruk dan tak berfungsi lagi..tapi ianya harus disimpan !
kenapa? mungkin ada sentimental value pada kereta itu...siapa tahu, kereta itulah yg setia membawa pemiliknya dan bekas kekasihnya bersiar-siar...mungkin kekasihnya itu telah meninggal dunia...sebab itu dia tak nak sesiapa pun mengambil 'harta' itu daripadanya...mungkin kereta itulah yg akan jadi pengubat rindu si pemilik terhadap bekas kekasihnya..siapa tahu kan? itu lah sentimental values...

ok itulah konsepnya 'sentimental values' ni...kita xleh nak explain keapa kita terlalu sayangkan kat sesuatu barang tu...rasa macam banyak sangat yang penting dan berharga pada barang tersebut tapi bila ditanya apa?
kita tak tau apa...tak tau kenapa...itulah sentimental values... :)

Solid Gold Phone yg bernilai $60 000....kau ade??


 handphone giler ni dibuat oleh Danish luxury retailer Aesir
dengan menggunakan emas 18 karat..
lebih 'mengagumkan' lagi....phone yg berharga 42,000 euros/ $60,000
(dlm RM aku xsure berape)
hanya boleh digunakan untuk basic function sahaja..sms, call...
no apps, no camera, no internet mobile, no MP3 or MP4...
so...berbaloikah untuk kita2 yg tak berapa nak kaya ni beli handphone giler ni??
haaa...sebab tu aku cakap ni handphone giler..

lelaki pakai mcm ni ajak korang dating? sanggupkah korang?? erkk... !

 
hah ! comel kan...ala2 korean style x? dah cukup jambu tak?
so, kalau dorang ajak korang g dating..korang nak ke xnak?
kalau aku err......memang belom sempat dia datang kat aku, aku dah lari dulu dah..haha
so, ade ke yg sanggup keluar dengan lelaki yg dress up mcm ni?
kalau dia kaya, aku rasa xmustahil kalau ade yg sanggup..alaa..dunia skang kan..
apa ada hal...hahaha

Monday 12 September 2011

excited yang ter'stop' !

pernah tak korang rasa excited sangat
dan tak sabar nak tunggu 'something' tu...
tapi...dekat2 nk sampai kepada something yg ditunggu-tunggu tu...
hanya kerana satu ayat saja....
terus buat korang down dan rasa...
tak payah ahh !
then cancel sbb apa yg dibayangkan
confirm tak jadi mcm yg dibayangkan tu
hanya kerana satu ayat tu...
ayat tu tak kisah lah pape pon..
yang penting ia seakan batu besar yang terus hancurkan ke'excited'an korang !

Friday 9 September 2011

The MOST I HATED is.........

P.A.C.K.I..N.G !!!
malasnyaaaaaaaaaaaaaaa.........
huwahhhhhhhhhhhhh.................
kalau ade banyak kerja, packing akan jd last kerja yg aku buat........................
warghhhhh............................
>_< !!!!!



ok itu je...TQ (-_-')

kepentingan sapu tangan & handiplast

 
seperti tajuk entri ini,
ramai yang tak tahu kepentingan sapu tangan dan handiplast ni...
tahu tak yang kedua-duanya itu boleh merapatkan hubungan korang dengan pasangan korang??
haaa tak tau kann..meh aku ceritakan sikit macam mana...
sapu tangan penting untuk perempuan...
manakala handiplast penting untuk lelaki...
jadi time korang berdating...contohnya tiba2 korang termarah kat awek korang...
sampai dia menangis....waaaaaaaaa~~~
korang kalau tak reti pujuk pon xpe...jgn gelabah sebab aku tau ramai lelaki tak leh tgk
awek dia menangis....so, korang boleh lah
dengan bergaya dan penuh kasih sayang kononnya,
bagilah sapu tangan itu kepada awek korang...sbg tanda korang sedang memujuknya...
konfem dia cair dan akan ckp "wahh...so sweet~~"....
dan dia akan ingat sampai bila-bila punya lah..hehehe
ke korang xbwk sapu tangan?? haaa...tu ahh kan aku dh cakap sapu tangan tu penting !
ok yg awek ni pulak, korang kena faham...
lelaki ni dia lasak sikit...kadang2 boleh tercedera tanpa diduga (pergh ayat aku)
aku bg contoh terdekat, bf aku...kadang2 dia sendiri pon xperasan tangan dia luka...
so dlm situasi ini..korang leh la tunjuk yg korang ambil berat kat dia..
amek hndiplast bagi kat dia... (itu kalau minah yg cool lah) kalau yg comel sikit dia akan
amek handiplast kat dalam handbag tu, bukak and tampalkan kat luka bf dia..
hehehe.....
laaa....korang pon lupe gak ke bawak handiplast??
kann aku dah cakap, handiplast tu penting....
hahaha jadi kalau nk tau tips ni berjaya ke tidak, try lah sendiri...
sesekali guna cara yg simple tapi lain dpd yg lain pon okay jgk...
takkan asyik 'saya belanja awak makan', 'sy belanja awak tengok wayang...'
cube try tips ni okay...
semoga berjaya ! :D

(n_n) dpt idea dpd love story sendiri...my sweetheart mmg salu bwk sapu tangan,
aku ni plak selalu bwk handiplast sbb aku slalu luka..so time dating, memang selalu ter'exchange'..
dan aku rasa hal kecik ni pon leh buat hubungan tu jd sweet lagi.. :)


Thursday 8 September 2011

aku suka giler top up phone kena cukai !! serius !

haaa bagus ! bagus !
macam ni lah kan baru malaysia leh kaya...
rakyat miskin, orang lain yang kaya...
bagus !!
memang aku suka bila top up handphone pon kena cukai...
aku rasa tak sabar-sabar nak tggu 15 Sept ni..
duit raya aku ni memang banyak gak dapat tahun ni...
pening gak aku pikir camne ahh nak habezkan duit yg melambak ni...
akhirnya, bila dapat tau berita ni...
aku jadi sungguh gembira...
terima kasih sebab bagi aku jalan macam mana nak habiskan duit !

ISU LYNAS : Radioaktif merbahaya ! itu kepercayaan karut???

okay aku baru je lepas tgk buletin utama...
ada isu LYNAS lagi...
dan kali ni terus aku TERcarut bila aku dengar
wartawan yg selama ni glamour dengan pepatah & peribahasanya
apabila dia mengatakan :
"Siapa kata bahan radioaktif ini berbahaya?
itu semua adalah kepercayaan karut.
percayalah pada yang pakar.
jangan terpengaruh dengan pihak pembangkang yang mewar2kan cerita
atau menakut-nakutkan orang ramai bahawa LYNAS itu merbahaya"
kata wartawan itu sambil menadah tangannya yg berisi bahan radioaktif itu yang
seakan pasir ataupun serbuk...
ok, aku tak kisah ahh ni pembangkang punya pasal ke, kerajaan punye pasal ke...
yg membuatkan aku TERcarut sebab :
1. Radioaktif itu merbahaya bukannya kepercayaan karut !!
ko nak tengok karut ke tidak, meh aku try kat ko...sampai ko kena kanser kulit bagai...
baru ko tau karut ke tidak bahan radioaktif tuu...

2. Percayalah pada yang pakar
memang yang pakar itu lebih mengetahui daripada orang biasa...
tapi perlu ke kita terus percaya BULAT-BULAT dan terima je
tanpa buat apa-apa kajian??
percaya setelah mengkaji dengan percaya bulat-bulat adalah dua benda yg berbeza !
orang pandai sure akan kaji dulu sebab dia nak tahu...
so, sape yg plak yg percaya bulat2 ??
Orang Bodoh ahhh !!
ko kena tipu bulat-bulat pon ko tak sedar tawuu?
3. Cakap tak pakai otak
ohhhh konon kau nak tunjuk berani ah...
berlagak ahh ko pegang serbuk radioaktif tu dengan tapak tangan ko...
sikit je memang lahh....belom diproses lg pulak tu...
memang ahh tak nampak bahaye nye tu...
cuba ko bayangkan...bahan yg ko pegang tu, diproses....
guna air yang banyak... campur pulak dgn
ASID HIDROKLORIK = 146 774 TAN
ASID SULFURIK = 110 238 TAN
 haaa time tu kalau ko tersedut asap hasil dpd proses utk melupuskan bahan radioaktif merbahaya
yang ko kata karut tu...hari-hari berturut-turut selama beberapa bulan je
aku rasa ko memang dah cukup layak untuk dapat pelbagai effect yg buruk
akibat kesan dpd kilang LYNAS tu...faham??

4. Kilang tu belum siap, belum timbulkan masalah
memang ahhhhh ko bleh ckp banyak...time ada masalah nanti,
barulah nak sedar yg pembangkang cakap tu ade gak betulnya, bukan sekadar untuk menakutkan...
* INI PADA PANDANGAN AKU TANPA MENYEBELAH MANA-MANA PIHAK...
AKU MEMANG SAYANGKAN BUMI NI..
AKU SAYANGKAN ALAM SEKITAR...POKOK, BUNGA, GUNUNG, TANAH, AIR, SUNGAI
LAUT, AWAN, UDARA, TASIK, HUTAN, DAN AKU PALING SAYANG...
NYAWA MANUSIA DAN HAIWAN !
BG ISU KILANG LYNAS INI, KORANG KENA BERFIKIR SBG MANUSIA...
BUKAN SEBAGAI PENYOKONG MANA-MANA PIHAK
JANGAN CAKAP KORANG SYG ALAM SEKITAR TAPI
BILA BERBINCANG ISU LYNAS...
SIBUK NAK SALAHKAN ORANG LAIN,
SIBUK NAK TUDUH ORANG LAIN...
KALAU ASYIK NAK BERGADUH JE, ORANG LUAR AKAN AMBIL KESEMPATAN
TENGOK ALAM SEKITAR NI, SEDUT UDARA BERSIH DALAM-DALAM
KALU ANDA SAYANG SEMUA NI, ANDA AKAN FAHAM
KENAPA AKU BANTAH LYNAS NI !




Tuesday 6 September 2011

Sushi Coklat ??

aku memang tak reti makan sushi...
sebab dulu aku pernah try nak merasa gak makan sushi ni...
tapi bila masuk je mulut aku rasa mcm loya2 je..
terus aku tak lalu dah dengan sushi bagai ni..
tak kisah lah orang ckp sedap ke, lazat ke...
aku masih lom leh terima lagi nak makan sushi ni...
tapi...bukan untuk SUSHI COKLAT ni !! :D
wuuu...aku first time tahu sushi coklat ni wujud...
kat malaysia ada jual tak?
kalau ade leh ah rekomenkan kat aku kat ne ade jual mende nih...
bgtau harga dia sekali kalau boleh ea...nak gak ajak sweetheart aku try chocolate sushi ni..hehe
macam sedap kan...nyum nyummm !
luar dia coklat keras ala2 choco top kat McD tu..
then 'nasi' dia tu dibuat dpd marshmallow dan coconut (ala2 candy)
atas tabur je strawberry...
yg dalam gambar ni homemade je, aku jumpa...
agak-agak ade masa leh gak try wat mende ni kan..
asyik buat cupcake je...haha
ok itu je aku nak share...
thanx Readers :)

Sedapnyaaaa Chocolate Fountain !

anda ada ini??
dan ini...??
Jom makan !!!!
sedap kann coklat fountain ni....aku suke gilerrrr !!
kalau boleh aku nak minum je mcm tu je coklat cair tu....
perghhh sedap lagi berkrim !
haaa tu sedap kan....hahaha aku tengah mood nak makan benda2 coklat je skang ni..
tapi kat umah aku xde coklat pulak...
so aku makan secara online je lah...tp makan sorang2 tak best...
tu yg aku ajak korang makan sekali ni..haha
haaa...tambah..tambah..jangan malu2....
nak lagi...??
errkkkk.....alhamdulillah kenyang sudah....korang kenyang tak?
terima kasih lah sudi makan bersama....hahaha
(dah kecur dah tengok coklat2 nih? kesiannn.....)
raya tak leh marah tau...:p

tak tau rukun iman? jgn harap kau leh jd menantu aku !


okay, aku baru je lepas bergosip dengan bestfriend aku tadi..
dia ni aku memang kenal daripada dulu lagi, dpd sekolah rendah..
dan aku memang kenal dgn family dia..baek2 orangnya..
dan aku suka sangat sakat kawan baik aku ni sebab
dpd dulu lagi dia dah cerita kat aku yang mak dia asyik kenenkan dia dengan pilihan mak dia..
ni td aku bergosip lagi, dia bgtau aku...
mak dia cakap, umur 24 dia kena khawin..
wuuu aku rase macam awalnye..
aku tanya dah ada calon ke?
dy cakap belum lagi, and the best is dia sorg anak pempuan
so semua calon memang kena tapis betul2 oleh parents dan adik2 nya...
soalan pertama yg adik dia nak tanya ialah Rukun Iman...
ok guys, ini penting !
walaupon korang rock giler sekalipon...
walaupon korang punk dan hati keras kepala batu sekalipon..
jangan lupa agama okay !
memang wajib dan sangat2 penting contohnya dalam proses memikat hati bakal2 mertua..
chewah ! yelah, korang duk sibuk research pasal band2 yg ayah dia suka
tiba dia tanya pasal rukun iman, rukun Islam semua...
yang hafal ok lah, ada yang gagap2 lagi
hancurlah impian kau untuk dilantik menjadi menantu..hahaha
serius tau nih... mak kawan baik aku cakap,
kalau lelaki tu gagap je, fail !
kalau lelaki tu biasa2 je dgn bestfriend aku tu kira ok lah
tapi kalau lelaki tu betul2 cintakan dia...
tak ke frust bertahun...
orang tanya kenapa? --> fail time interview...
orang tanya soalan apa yg ko xdapat jawab? --> errr..........*blushing* sudahh...
kann..simple je....orang lain xdapat bersama sebab hal2 yg besar
contoh main kayu tiga ke, curang ke...
ni kau melepas sebab kau tak expert bab2 agama ni...
aku tau mungkin certain family je yang masih tapis calon menantunya sampai macam tu,
tapi atleast bersedia..korang nak jadi suami nanti,
pemimpin keluarga...
kalau yang asas pon tak tahu, macam mane kann...
ok ni aku noted balik rukun iman dgn rukun islam kat sini...
3. Rukun Negara pon nak jugak ke? tgk belakang buku tulis sekolah CONFIRM ade !
siap dengan sifir sekali...ha hafal !
(n_n) ni utk lelaki, nanti aku update untuk yg perempuan pulak..hehe Tq bace :)



Cuti Sem sudah habis bro !

AMARAN : Baca entry ini dengan penuh emosi !
apekah???
bukan aku dah habez degree ke??
bukan aku dah graduate ekk??
lepas cuti sem 4 bulan..fuhhh
rasa malas giler dah nak balek U...
bila kenang-kenangkan cuti ni tinggal lg brape hari je ni..
arghhhh tak sampai seminggu lagi pon...
tak nak balik  ! tak nak balik !
apsal aku rase macam homesick ni...wuwuwu
 dah ah nexsem xdapat kolej...
menurunkan semangat aku nak study je ahh !!
mane lahh aku nak merempat merempit nexsem ni...??
owhhh pejabat kolej, ohhh aku tak tau nak cakap ape...
kalau aku tak dapat kolej.....
memang lahh..aku berkhemah depan kau wahai pejabat kolej..
sampai kau give up dan bagi aku bilik...
kalau kau tak give up, aku give up...ohhh tidak
adoi mati ahh ikat perut.....makan nasi lauk telur je..
wuwuwu...sape2 yang bace ni tolong doakan aku sekali kay..
semoga aku dapat kolej nexsem....amin ~~~

Anak Cheetah mati tepi jalan

 kitorang nampak time ondaway pergi beraya siang tadi...
abah aku yang perasan anak cheetah ni dah terbaring kat tepi jalan...
sanggup abah aku u-turn semata-mata nak tunjuk kat anak-anak dia ni tgk cheetah...
mula2 aku suspen gak, ye lah ingatkan cheetah hidup...haha
rupe2nye dah mati..anak cheetah...kesian~~
kitorg berhenti kat tepi jalan,
aku pon snap pic dpd dlm kereta je, ngeri pulak nak twun dekat2...:p
tapi serius cantik giler bulu dia !
 cuma yang aku peliknya, macam mana anak cheetah ni bleh ade kat sini??
errrr......mana mak dia ek???
(@_@) erk !
mak aku cakap ni kucing hutan...
kucing hutan kot, tapi cm ngeri je kalau ni betul2 anak cheetah....(-_-')
dan ok aku dah tau name menatang ni
cheetah + kucing hutan = cheetan ! kann...... :P hehe

Raye dgn kucing !

hai readers, dah konvoi raya ramai-ramai ke??
siang tadi aku dgn family aku beraya dpd pagi sampai mgrib..
tak leh smpai malam, sebab malam umah aku pulak kena serang..huhu
so tadi aku beraya empat buah umah je area kota tinggi, johor...
sape orang jay bee kat sini ~~? haha
tapi aku bukan lah nak cerita pasal aku beraya ke ape..
cuma aku nak share apa yang bestnye sepanjang perjalanan kitorg td..hehe
first sekali, kat kampung aku..memang selalu kucing datang..
skang dah beranak pinak dah...dan raya tahun ni ada dua ekor anak kucing yg comel dan....ye, comel !
hahaha...aku kalau nmpak kucing memang pantang sket...konfem kamera aku penuh dgn pic dowg..
jadi, aku nak share kat korg pic2 kucing2 ni... :)
ni oren kecik...
ni name dia gemok...
pagi tadi dowg ni aktif betul...asyik lari-lari je, penat aku kejar..
dapat lah snap beberapa pic tym dowg bermain-main..hehe
si oren ni duduk lama kat daun ni sampai tertido......zzzz
tido sudah....hehe...
lepas tu, aku pon pergi pulak umah makcik aku...
yang ni lagi ahhh banyak giler kucing tapi........
xde orang kat umah, so aku just amek pic kucing yang ada kat lua umah tu je lah..hehe
kucing ni aku tak tau pe nama dia...xgemok sgt tapi bulu dia bersih gila !
 ni tak tahulah...adik-beradik dia kot~~~

haa lepas tu, kitorg gerak pulak umah makcik lagi sowang...yang ni pon banyak kucing gak kat umah dia !
comel ! hehe jom tgk pic anak kucing tu...:)
aku suke giler kucing ni sebab kaki dia macam pakai stokin..hehehe
kat umah tu ada dalam 4 ekor kucing....ada sekor kucing yang mata dia buta...
kesian sebab bila dia jalan, slow je and selalu tersondol dinding or pape je lah kat depan dia...
ni kucing yg buta tu...kesian tengok... ;(

ade sekor lagi kucing, ala2 remaja lah umur dia...comel gile...!!
hahaha sweetkan ! aku suke giler....muke innocent je kucing nih...haha
ok kite tengok lagi kucing gemok yg pakai stokin tu lagi... :D
hahaha okay tu jelah...pic hari raye aku...
orang lain beraya amek pic orang, aku beraya penuh pic kucing je..hehe
okay thank Q pd yg sudi bace smpai habiz.. :)

(n_n) nak kucing maru yg suke masuk dlm kotak tu~~~ huhu